Bagi yang tak tahu atau belum pernah dengar tentang asam rom, Pak Man nak terangkan sikit apa dia yang di katakan 'asam rom' ni.
Ianya sejenis perencah gulai yang dihasilkan dari buah perah. Sesuai dimasak dengan ikan atau kancil.
Asam rom yang telah siap dan sedia untuk digunakan. Ada jual di pekan-pekan sari sekitar Raub dan Jerantut.
Gulai asam rom adalah makanan tradisi masyarakat Melayu, asam rom lebih dikenali di sekitar Kg.Ulu Sungai dan Batu Talam, Raub & Ulu Tembeling, Jerantut(Tempat lain ada juga). Terdapat dua jenis asam rom, satu dari buah perah dan satu lagi dari buah getah. Jika anda berada di kawasan Batu Talam Raub, hidangan gulai asam rom adalah menu utama kenduri-kendara(suatu masa dulu laa, sekarang ni masih ada tapi tak banyak).
Asam rom buah perah.
1. Buah perah terdapat dalam hutan (sama spesis dengan buah getah cara sebarannya) Dalam kelonsong ada 5 biji sebelum pecah secara sendirinya menjadi berulas.
2. Ulasnya di keluarkan & dijemur dua-ketiga hari.
3. Kemudianya ditumbuk hancur dicampur sedikit garam
4. Disimpan dan sedia untuk dimasak (sama konsep asam tempoyak)
Asam rom buah getah
(biasanya orang Ulu Tembeling)
Asam rom buah perah.
1. Buah perah terdapat dalam hutan (sama spesis dengan buah getah cara sebarannya) Dalam kelonsong ada 5 biji sebelum pecah secara sendirinya menjadi berulas.
2. Ulasnya di keluarkan & dijemur dua-ketiga hari.
3. Kemudianya ditumbuk hancur dicampur sedikit garam
4. Disimpan dan sedia untuk dimasak (sama konsep asam tempoyak)
Asam rom buah getah
(biasanya orang Ulu Tembeling)
1. Buah getah di keluarkan isinya
2. Dijemur dua-tiga hari
3. Ditumbuk hancur campur garam
4. Sedia untuk dimasak gulai atau..sambal lempeng
5. Biasanya dicampur sedikit cili di giling dan dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak (hidangan seperti lempeng)
Jeruk buah perah (Buah perah sahaja)
2. Dijemur dua-tiga hari
3. Ditumbuk hancur campur garam
4. Sedia untuk dimasak gulai atau..sambal lempeng
5. Biasanya dicampur sedikit cili di giling dan dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak (hidangan seperti lempeng)
Jeruk buah perah (Buah perah sahaja)
1. Setelah dibersihkan
2. Direbus sehingga masak (tidak sehingga hancur)
3. Dimasukkan dalam tempayan campur garam
4. Boleh dimakan selepas seminggu hingga setahun
5. Awas, jangan makan terlalu banyak! nanti pening! (mabuk -kata orang!)
Ini saja yang Pak Man mampu tulis, harap anak-anak berpuas hati.
(sumber: Jerantutnet)
30 comments:
Salam Cikgu,
Walaupun saya orang kampong, tetapi kedua-dua benda tu tak pernah saya tengok dan dengar. Mungkin di NS namanya lain kot? Tak tahulah. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
oooowwhhh!!!
baru tau!
selama ni dengar orang cerita jer...
makan gulai tu lagi lah tak pernah!
terima kasih Pak man....
Pok Mae...ambo ghoyak sunggoh ambo tok beso denga & makae duo2 tuh..sedap ko Pok Mae?? Mmano buleh caghi tuh?? Kalu on the way balik KB singgoh di Raub buleh juppo ko??..
lama tak dengar dah sebutan nie. dulu2 arwah bapak suka gak cari buah perah nie... sy suka yg dah siap rebus lemak2 masin. pas tu sambal dia... perghhhhh sedap tuuu... tapi sekarang nie kalau kat pekan dong susah dah nak tgk(mak yg ckp)kalau ader pun kena dtg awal pagi utk beli.
aiseyman..yg ni Sally surrender..tak pernah dengar apatah lagi makan..hmmm..mungkin satu hari nanti ada rezeki bole merasa..
feberet saya makan asam rom. Ayah saya terer masak asam rom ni, memang kaw punya... ni yang kena balik kampung ni... (Sebab saya tak pernah masak sendiri. Hihihi).
Mungkin elok juga buat lauk kenduri kawin adik saya nanti. :)
Cikgu Man,
Ana pernah dgr pasal ni..tapi tak tahulah rupa buah perah tu camne.. gulai ngan jeruk tu pun tak pernah jumpa lagi kat kenduri2 di pahang ni setakat ni.. harap2nya dapatlah merasa sekali.. mesti best ek..
Saya pernah merasa jeruk perah sewaktu kecil dahulu. Saudara bawa dari Jeli. Memang sedap. Lemak masin.Tapi sekali tu ajelah merasa...tak pernah jumpa pun kat pasar KB or Pasir Mas.
Pak Man,
kampong kito ada ker buah perah asam rom ni?
mcm xpernah dengar jah..
Pak Man.
Saye lagi laa tak penah dengar &
makan..
Blog Pak Man dah macam blog
resepi pulak ni.
Terime kaseh kerana berkongsi.
PM
kita pernah dengar asam rom tapi tak pernah rasa, buah perah rebus pernahla, itupun kena masak baik baik kalau tidak mabok.
Saya yang tua ni pun tak pernah dengar nama buah rom apatah lagi kenal buahnya .
Thanks sebab berkonngsi maklumat .
Neeza pernah dengar orang sebut buah perah tapi tak pernah tengok dan tahu apa gunanya..
asam Rom ni first time dengar..
yang neeza tahu negara Rom ada la.. hehee.. tapi dah tak dengar dah negara tu.. dah takde ke yek? hahaha!!
uhh tak penah dgr buah perah ni..sedp ke kalo masak gulai dgn buah ni, pak man? hehe kena mntak MOT masak nih..nak la cuba gak masakan pahang ni..=p
ada orang kata, yang makan asam rong ni, orang ulu aje.
Saya memang orang ulu. Semantan ulu. :D
Zabs,
Saya pun semenjak dok di Raub ni lah baru kenal buah perah dan asam rom. Pak Man pernah terbaca dalam blog Awang Goneng, dia kata di Terengganu ada, terutama di kawasan Kuala Berang. Tempat lain rasanya tak ada.
Pinat,
Saya pun dulu membesar dengan ikan singgang aje, maklumlah orang tepi pantai.
Achu tra,
Buah perah ni ada musim nya. Kalau di luar musim susah lah sikit.
Di Gua Musang dan Jeli mungkin ada, tapi di klate tak berapa popular sangat.Kalu lalu Raub pada hari Ahad boleh cuba cari di Pasar Minggu.
Shiela(MOT),
Pak Man tak berapa tahu sangat, tolong lah terangkan kepada sahabat-sahabat kita nih.
tcher,
Pokoknya tumbuh meliar di dalam hutan, kawasan bukit. Tidak semua tempat ada. Tidak semua orang suka dengan masakan ni. Cuma popular di Raub dan Jerantut.
lina,
Lina pun pernah tulis pasal asam rom ni dulu, jadi tolonglah terangkan kepada kawan-kawan semua.
Ayah Lina ada jual juga kan benda nih.....sekarang ada lagi kah?
Catz,
Nanti adalah rezeki tu......
tapi awas....gulai asam rom ni pedas yang amat.
Cik Perunding,
Memang susah nak dapat dipasaran, pokoknya pun dah banyak kena tebang jadi balak.
faraulah,
Di kampung kita tak dok!
Pokok ni tumbuh di kawasan bukit, di hulu sungai. Kita dok di hilir.
meEn,
Sama-sama....hehehehe.
AZANI,
Pernah makan buah perah rebus ya.....Azani orang mana?
Silversarina,
Memang ramai orang yang tak pernah dengar....jadi sekarang dah tahu sikit-sikit jadi laaaa.
Neeza,
First time dengar 'asam rom'......
Asam Rom........negara Rom
Asam Parsi......negara Parsi
Hahahahaha.....
Nour,
Ada orang kata sedap, ada orang kata tak sedap....macam-macam, tapi Pak Man kata sedap!
Cuma Pak Man tak tahan pedas.
Bapak saya masih jual lagi... tapi itulah, bukan sepanjang masa ad stok.
InsyaAllah, nanti saya buat pos macam mana nak masak, tapi saya kena balik kampung dulu. Kalau tak takde pulak gambar asam rong tu. :)
PM
kita orang selangor,dok kat kaki bukit fraser,kat jalan lama nak ke raub,mak mertua kita yang masakkan,lemak, sedaprasanya.
salam pak man;
Pernah tgok kat M3, tapi tak penah try makan... buat perah peernah makan masa kecik2 dulu, org kampung jual yg sudah direbus.. sedap jugak. TAPI buah getah? ERK tak penah pulak. Yang saya tahu pandai main laga buah getah jek la masa kecek2 dulu hehe
PS: Nice entry!
Kopiah senget,
Buah getah hanya digunakan untuk buat asam rom saja, tak boleh makan yang rebus macam buah perah.
Pak Man pun dulu suka main laga buah getah.
Tq.....
Pak Man
TQ soooooooooooooooo much!
vy,
Sama-sama....
salam pak man,
mertua saya duk kat kg ulu sungai.Memang org luar mcm saya tergezzuttt mula2 jumpa benda ni...tapi, not bad arrr. Boleh diterima tekak, dan semakin dicuba ...semakinlah sodap! Unik sebenarnya daerah raub ni...belum lagi dialek percakapan dia org. dah hampir 8 thn kawin pun saya belum master percakapan dia org. susah sikit nak faham dan nak ikut...senang kecek kelate lagi rasenya....
Salam
Saya dan keluarga pernah merasa gulai asam rom ikan sungai di kg. Mat Daleng, Ulu Tembeling satu masa dulu.Ketika itu saya dipanggil oleh Kementerian Belia Dan Sukan menjadi fasilitator satu kursus.
Post a Comment