Monday, April 27, 2009

Bisnes anak-beranak.

Bila gi Kota Bharu, kita akan jumpa dengan banyak kedai emas yang ada di merata kawasan di bandar itu. Yang membanggakan Pak Man ialah kedai-kedai itu kepunyaan orang Melayu. Bisnes ini biasanya dijalankan secara 'anak-beranak'. Ianya akan diperturunkan dari satu keturunan ke satu keturunan.
Sering juga kita baca dalam akhbar-akhbar atau majalah-majalah yang menyatakan bahawa negeri Kelantan adalah merupakan salah sebuah negeri termiskin di Malaysia. Tapi Pak Man tengok kedai emas di Kota Bharu selalu penuh dengan pelanggan. Orang dari mana yang beli barang kemas tu, Pak Man tak tahu lah.
Yang Pak Man pasti ialah pembeli itu bukanlah orang miskin.

25 comments:

Mulan said...

ya betol.. mostly bisnes kelorga.. jualbeli depa pun hebat2..

PINATBATE said...

Pak Man..
Ya betul! masa saya ke KB hari tu saya memang kagum dgn deretan kedai milik org kita di KB....fenomena yg amat berbeza dgn 'negeri termaju'..ahaks..nak cari kedai Melayu dicelah-celah kedai ca ya nun alif pun payah..

faraulah said...

Pak Man,

Bisnes keluarga saya xder saper nak teruskan...

generasi baru kata tak glamer...
sumer nak kerja makan gaji..

memang 'sekok sebok' kalu dengar atau baca pasal org kata kelate tak maju...mundurlah

padahal orang yang mengata tu xpernah pun sampai ke kelantan. demo ni tak sedar
ramai jer yang duduk banglo kat kelantan

yang mengata tu dok teres jer kat KL

pB said...

Salam PM

pB kalu nok beli baghe mah ni , memae tunggu kelik Klatae. Baghu carik.

Lebih baik kito tulun orghe kito , dari kito dok tulun bangso laing tu

lina said...

Alhamdulillah, moga bisnes keluarga ni akan terus berkembang - kalau boleh bersaing lah pulak di bandar besar lain, naikkan taraf orang Melayu. :)

Bisnes keluarga saya takde ofis, ofis kat rumah aje, keje basuh ofis orang lain. :D

akula said...

Bisnes anak beranak ni memang baguh..dan patut dikembangkan kepada lain2 perniagaan jugak.

Kita tengok orang cina maju dalam perniagaan sebab mereka mengamalkan bines 'anak beranak' ni lah,,,

en_me said...

salam pak man.. dh lamerr me tak gi kota baghuuu..

Achu Tra said...

Pok Mae..betul sekali tuh..keda2 mah do KB banyok hok oghe kito..ambo ni pong anok beghanok toke2 mah ni lah jugok..cumo dulu2 kure minat nok sambung bisnes keluargo nih..lo nih baghu la nyesal...

aza ni said...

PM:Assalamualaikum
Dua tempat nampak Melayu niaga jayanya,Kelantan dan Trengganu,tempat lain kalau nak tengok kedai Melayu maju, kedai tomyam,itupun orang Kelantan yang punya.

GombakRock said...

dulu selalu dicanang2 kan "SELANGOR negeri termaju kat Malaysia"... "Kelantan negeri termiskin"... tapi lepas PRU ke-12 jarang pulak dengar "SELANGOR negeri maju"...kenapa ye?? haha...

hutang negeri Selangor kat kerajaan persekutuan beratus kali ganda dari Kelantan..tapi Kelantan "negeri miskin"..kenapa ye??pelik...

orang kelantan ramai jadi tauke... orang KL/Selangor kaya...kaya hutang ar tapi...haha

walaupun saya anak selangor tapi ini adalah kebenaran...

Anonymous said...

Cikgu Man,
Saya tak berpeluang ke Kelantan lagi.. tapi mostly barang2 perhiasan - emas dan tudung banyak yang dibeli dari sana..

Tepi Sungai Batu said...

Mulan,
Ada yang dah buka beberapa cawangan untuk diberikan kepada anak-anak.

Pinat,
Pak Man tak terlintas nak komen pasal negeri lain, tapi kalau Pinat dah cakap macam tu......ya lah tu agaknya.

Tepi Sungai Batu said...

faraulah.
Rugi tu kalau bisnes keluarga dibiarkan berkubur.

pB,
Tolong lah anak-beranak kita dulu, lepas tu baru tolong orang lain....betul ko?

silversarina said...

Saya memang tak percaya orang kelantan termiskin sebab apa yang saya lihat dan ada kawan2 dari Kelantan mereka memang pandai berniaga dan suka beli emas.

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Bisnes tu pun bagus juga tu.

Akula,
Betul tu...bisnes anak-beranak ni memang bagus, sapa yang berkeupayaan tu harap teruskan lah.

Tepi Sungai Batu said...

en_me,
Kalau ada masa gi lah makan angin....

Achu Tra,
Oooooo....anok-beranok tokey mah rupanya dio.......

Amermeftah said...

Apa yang saya perati kebykan kedai-kedai itu bernama Yusof. Kadang-kadang tokeinya tak bernama Yusof pun. asalkan bapak atau tok neneknya bernama Yusof akan diambil sebagai nama kedai. Contohnya M.H.Yusof. Saya tanya mama kenapa? Mama kata agaknya sebab nabi Yusuf kan comel, jadi nama Yusof padanlah dengan barang emas yang cantik.

Achu Tra said...

anak nah...keda mah hok ado yusof di belako tuh anok beranok Mohd Yusof.. moyang ambo lah kironyo...anok cucu cicit dio ramai jugok hok terus sambong bisnes emas nih...pok mae maaf bbanyok deh guno ruang pok mae nih..

Tepi Sungai Batu said...

AZANI dan GombakRock,
Kalau itu pandangan ikhlas dari anda berdua, Pak Man terima saja.
Tq.

Catz,
Kalau ada cuti, ajak lah En.Farid tu gi makan angin ke KB.

Silversarina,
Pak Man menghargai segala pandangan anda. Tq.

Tepi Sungai Batu said...

Anak nah,
Haaa....tu dia....cicit Mohd.Yusof tukang emas dah jawab tu.
Pok Mae pun tahu tahu sebelum ni, jadi sekarang barulah Pok Mae tahu.

Achu Tra,
Terima kasih kerana tolong jawab untuk Pok Mae.

Zaki said...

Selain kaya dengan emas, ore klate juga kaya dengan budi pekerti.

Amermeftah said...

oh macam tu, sorang yg saya kenal mak bapak saya panggil che mud

Mother of Two said...

part paling best kelik kelate ialah gi membeli... dan yg paling best sbb kebanyakkannya adalah org kita... tapi dah lama tak beli emas... :)

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Simpan duit ko?....ko beli tanah?
ataupun beli rumah banyak-banyak.

Anonymous said...

Nk kutuk ngeri Selangor...
Tapi xsedar diri...Tgl kt negeri tu cari rezeki kt negeri tu jgk...
Suluh r kt cermin dulu baru nk kutuk...