
Gula Melaka, orang Kelantan panggil'nnisae'. Asal dari perkataan manisan. Pak Da Daud, jiran depan rumah Pak Man di Bachok, seorang Tok Penyadap(pembuat 'nnisae').
Setiap pagi Pak Da Daud akan memanjat berpuluh-puluh batang pokok kelapa untuk mengumpul nira yang telah ditadah dengan menggunakan 'tukil'.
Tukil ialah tabung yang diperbuat daripada batang buluh.
Selepas itu, nira kelapa akan dimasak sehingga menjadi pekat. Warnanya akan bertukar menjadi perang.
Lepas tu, masukkan ke dalam acuan yang diperbuat dari daun mengkuang(berbentuk bulat seperti dalam gambar di atas).
Setelah beku, bolehlah dijual. Pak Man suka tunggu waktu peringkat terakhir proses membuat nnisae ni. Sebelum kawah di cuci, kerak nnisae akan di keluarkan......masa ni lah budak-budak akan tadah tangan, kerak nnisae akan diagih-agihkan kepada kami semua. Dapatlah kami makan......masa dulu tak ada 'cokelat ' yang mahal-mahal macam sekarang. Kami makan kerak nnisae saja.
Terima kasih Pak Da Daud dan Mak Da Yoh. Mereka sekarang dah pergi Makkah.....rumah pun dah bertukar rumah batu.