Pak Man memang jarang gi kedai kopi. Bukan tak ada duit atau kedekut, tapi Pak Man rasa tak perlu. Kita hidup ni tak lama, jadi kita buat apa yang perlu sahaja.
Semasa Pak Man ngajar di sekolah sebelum sekolah sekarang ni, pernah terdengar ibu-bapa komplen, "Cikgu-cikgu ni sombong, tak pernah nak bergaul dengan orang kampung(felda). Balik dari sekolah tu, singgah-singgah lah kedai kopi. Bersembang dengan orang kampung."
Sebenarnya cikgu-cikgu balik dari sekolah nak cepat , nak ambik anak yang bersekolah di sekolah lain, ada yang nak ambik isteri yang mengajar di sekolah lain dan ada juga yang terus ke masjid, sembahyang zohor.
Mereka yang dok bersembang di kedai kopi tu memang tak ada kerja, kebun upah orang Indon bersihkan.......
Bila mesyuarat PIBG, mereka tak hadir, mereka kata banyak kerja. Bila buat solat hajat, mereka juga tak hadir tanpa sebab, yang hadir tu adalah muka-muka yang sama. Yang jarang dok bersembang di kedai kopi.
Bukan tak boleh gi kedai kopi.......tapi jangan lah sampai dua tiga jam ........
Sekarang ni, keadaan di kampung ni baik-baik saja. Tak ada masalah. Pak Man lalu depan kedai kopi, hon!hon!, angkat tangan, senyum........
12 comments:
itulah dia asam garam kehidupan kan,pak man.
yg buruk selalu nampak di mata..yg baik tibe2 lak jadi rabun..huhu.
Cikgu Man,
(Ketuk meja macam kat Dewan Parlimen tu tanda setuju..)
Salam Pakman..
baguslah begitu..bagi saya kedai kopi tu tempat minum atau makan bila tak ada makanan yg dimasak kat rumah atau tempat isi perut bila dlm perjalanan bermusafir...
Bukan tempat melepak minum secawan kopi borak berjam-jam..buang masa..lain lah kalau memang jadi tokey kedai kopi tu sendiri..
kalau minum sekali sekala waktu malam masa kerja dah selesai, neeza rasa okay..
tapi, kalau siang2 di waktu kerja banyak, sangat tak sesuai..
takde kerja ke diorang tu?
lain kali kenalah mesyuarat PIBG kat kedai kopi lak, Pak Man. hehehe
Gud lah Pak Man..
Sally mmg x berapa gemar org kaki kedai kopi nih..bersembang berjam2..tu bersembang blom mengumpat mengata lagi tu..ish..free je "anyam ketupat" ..dosa keringgg je..
kedai kopi!!!! mmg pantang aku nak lepak kat sini... buang masa jer... skrg ni kedai kopi tumbuh bagai cendawan... kopitiam la... ali cafe la... penghuninya melayu kebanyakannya... patut la digelar MELAYU... ARG YG LAYU DI KEDAI KOPI... huhuhu... biasalah pak man, lagak org felda mmg gitu... perasan kaya dah... cakap2 kat kedai kopi mana laku dlm mesyuarat PIBG... syok sendiri boleh la... sama pengalaman cam ko 7 tahun mengajar kat sekolah felda... aku pun anak jati felda gak... apa nak heran...
membazir duduk minum kopi kat kedai kopi tiap tiap hari. kalau income is fixed tiap bulan dan banyak takpe. kalu income musim hujan kurang... tak ke membazir..
harga minum dan makan luar tu boleh beli bahanmentah buat sendirri minum danmakan sekeluarga. Banyak bleh jimat. Ni takde uang salahkan org dan negeri.. aduuuh bangkitla... kedai kopi ni memang dari zaman saya kecik lagi macam tu.. apa allergy ke nak minum kopi kat umah pagi pagi... macam org yg keja kat city of London lak minum kopi beli tiap tiap hari. tapi mereka gaji besar. yg nih gaji...tak usahlah nak sebut.. malu kalau bukan melayu baca..
Bukan kat kg je ada budaya kedai kopi ni, kat bandar pun ada. Dia orang panggil 'ngeteh'. Aturcara dia sama je, cuma nama je berbeza. Mintak secawah teh, dok lah bersembang 4&5 jam. Pesertanya pun samalah. Ore2 kita.Topik cerita pulak macam2. Kawe pernah juga ikut, sekali tu sampai termuntah, habis dok cakap sampai 4,5 jam.
Cikgu Man,
Veteran di kampung 'ngeteh', Anak muda di bandar 'yamcha'.
Veteran di kampung 'kedai kopi', Anak muda di bandar 'Mamaks, Starbucks, Coffee Bean'.
Veteran di kampung 'air liur, rokok dan cerita rakyat', Anak muda di bandar 'air liur, rokok, bola, laptop, handphone 3G, chatting di internet'.
Veteran di kampung 'shif pagi sampai petang', Anak muda di bandar 'malam sampai pagi'.
Sama je..pokok pangkal - Makan dan minum diluar dan berjam-jam.
Tak jemu ke?
Pak Man nak ucapkan terima kasih kepada Tulipurple,Catz, pinatbate, Neeza Shahril, Lina, tchersally, Ayie, nonama, Zaki,dan catz sekali lagi. Maaflah, sejak akhir-akhir ni Pak Man tiba-tiba jadi sibuk. Urusan demi urusan datang serentak. Tak ada masa nak buka blog, nak ziarah blog kawan-kawan pun tak sempat. Minta maaf banyak-banyak. Masuk kan entri pun tergesa-gesa saja(ala-ala 'touch and go')
Post a Comment