Wednesday, February 18, 2009

Kalah Yang Bermaruah

Semalam budak-budak Semantan Ulu pergi bertanding olahraga di SK Tersang 3. Ada lah seorang yang dapat pingat perak bagi acara lompat jauh perempuan. Yang lain-lain dapat pengalaman saja.......
Mula-mula tu ada harapan pelari pecut Semantan Ulu nak dapat tempat pertama 100m. Si A ni dah mendahului lain-lain peserta sehingga ke 70 meter pertama, cikgu-cikgu dah melompat kegembiraan. Pingat Emas dalam tangan. Peserta lain jauh ketinggalan di belakang, tapi malang tak berbau.....tiba-tiba tali seluarnya terputus!......Si A terus berhenti untuk menyelamatkan maruahnya, peserta lain pun terus memotongnya.
Si A dapat tempat terakhir. Cikgunya kata,"Tak apa, kamu kalah kerana nak pertahankan maruah kamu, cikgu bangga dengan kamu."
Ini lah sebenarnya "Kalah Yang Bermaruah".

14 comments:

DrSam said...

salam,
tergelak betul saya baca cerita ini. memang betul tu, maruah perlu dijaga. apa pun tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya kita cuba lagi ditahun hadapan.

Zaki said...

isk..isk..isk..kesiannya, cik gu man ikat seluar dia pakai tali apa ni...

Tak pe la, pemenang tak semestinya dapat nombor 1.

eiyda said...

laa..kesiannya dah hampir2 berjaya..tapi takpela nak buat macam mana..kalau tercabut seluar tu lagi malu..hehehe..
Tahniah kepada pemenang pingat perak..dan pada yg tak berjaya cuba lagi tahun depan. ;)

KR 31 A.K.A Zabri said...

gelak saya sesorang depan pc... hehhehe

Anonymous said...

Cikgu Man,
Tu lah namanya pengalaman dalam hidup. Tahun depan, ana sendiri akan pilihkan seluar untuk budak-budak tu.
Huhuhu...

Neeza Shahril said...

tak tahan tali perut neeza.. bergegar 1 badan gelak.. hahaha!!!

PINATBATE said...

hadoii...

kesiannya..

Mother of Two said...

takpe..cuba lagi.... hehehehe.. ingatkan maruah aper:)

lina said...

takpe, cuba lagi nanti ye. :-)

Unknown said...

Pok Mae,
Ambo mampu sengih jah hehe. :D
Tapi takpo, kalu derah setaro tu laghi, pasni pun buleh rebut lagi pingat :)

Anonymous said...

Salam Cikgu,
Dari menang tapi maruah tergadai. Lebih baik kalah yang bermaruah. Ada peluang lagi di lain masa. InsyaAllah.

Anonymous said...

Ada orang sabotaj kot sebab dah tau dia ni ada potensi menang dengan bergaya dan bersih...persis senario sekarang!

CikguAtlet

Tepi Sungai Batu said...

Dr.Sam,
Tak dapat pingat pun tak apa, dapat pengajaran berguna untuk atur strategi tahun depan.Tq...

Zaki,
Ya betul!...pemenang tak semestinya nombor satu.Sebenarnya tali tu tak putus, cuma ikatannya terlerai.....cobaaan.

Eiyda,
Betul tu. Terima kasih atas sokongan.

Zabri,
Itulah gelagat budak-budak kita, macam-macam.

Catz,
Pak Man tabik sama lu.....hari-hari melatih mereka, bawa pergi bertanding, sampaikan pemilihan seluar pun cikgu nak buat, hidup Cikgu Ana.

Neeza,
Hahahahahah...

Pinatbate,
Terima kasih...

Shiela,
Terima kasih....

Lina,
Terima kasih.....

Akmal,
Betul tu, terima kasih...

Zabs,
Betul tu, terima kasih...

Cikgu Atlet,
Mungkin juga....guna bomoh kot.(hehehe main-main aje lah...)

Anonymous said...

kah kah kah ... lawak tul... tapi betul ke jadik camtu pakman...