Petang semalam, sebelum balik ke Kg.Setalam Batu, Pak Man ke bandar Raub untuk membeli bekalan barang-barang dapur. Waktu sudah hampir Maghrib.
Pak Man parking kereta tepi jalan , depan kedai, di bawah talian elektrik. Belum sempat Pak Man melangkah keluar dari kereta, beberapa tompok cairan melayang dari atas dan menimpa kereta Pak Man.
Nasib baik Pak Man belum keluar, kalau tidak, alamat semakin suburlah rambut Pak Man kerana disirami baja 'tahi burung layang-layang'.
Sekarang ni banyak sungguh burung layang-layang ni di bandar Raub.
(PM = Pak Man )
13 comments:
Nasib baik tahi burung layang-layang,kalau yang lain naya...
Hahaha...kelakar Pak Man ni....! Ramai peminat tu, sampai burung pun suka.... Ambiklah sarangnya, boleh kaya tuh!!!
Salam PM..
ingatkan PM betul-betul yg dapat hadiah ni..rupanya PakMan! sabar jer lahhh....
waaa..org kata kalau ditimpa benda tu..murah rezeki..haha..
fuh~~~nasib baik! hehehe.
Cikgu Man,
Lebih-lebih lagi kat dengan area Bank Simpanan tu kan?
Huu.. banyak giler kat situ..
hari tu balik Raub, saya ambil gambar kenang-kenangan tahi burung layang-layang. Ingat nak letak dalam blog. :D
Pak Man ni buat saspen aje... ingatkan Pak Man pegi hantar jumpa Pak Lah. hihihi
Ingatkan peta negara mana lah tadi hehee..
kui kui kui....pandai PM mencuit hatiku hehe.
hehehhe... kena la basuh kete...
Pak Man
Salam semua,
Pak Man nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pengomen-pengomen di atas. Jangan lupa datang lagi!.
pakman,
petuanya..jgn parking kat atas wayar letrik... kena parking open space gitu... welcome to Raub:)
Pak Man,
Salam. Buat la 'swiflet hotel'. Tauke rumah burung layang-layang di Pasir Mas kaya raya hasil dari sarang burung layang-layang. Sekarang burung layan-layang tak tidor atas talian letrik lagi di Pasir Mas jadi tak ada masalah kalau parking kereta dibawah line letrik.
Post a Comment