Wednesday, January 7, 2009

Demam Chikungunya

Sekarang ni demam chikungunya(ejaan nya tak pasti) sedang merebak di Raub. Cikgu sekolah Pak Man pun dah ada seorang yang kena. Tapi sekarang dah baik. Alhamdulillah. Sekolah kami bersebelahan dengan kebun getah, jadi banyak lah nyamuk terutama pada waktu pagi.
Jadi sebelum mula kan kelas Pak Man akan pasang ubat nyamuk dan letak di penjuru kelas selama 10 minit. Lepas tu padam kan, kalau lama-lama sangat takut lemas pula budak-budak ni. Nanti jadi kes dera pula....nak halau nyamuk, tapi anak murid pula yang sesak nafas.

Sebenar nya ada orang kata ubat nyamuk ni tak baik untuk kesihatan. Tapi Pak Man hanya ada dua pilihan sahaja. Sama ada ubat nyamuk atau kelambu.
Kalau Pak Man guna kelambu takut pula akan gempar satu Malaysia. Akan keluar berita muka depan,"AJARAN SESAT MANLAKSAM - AJAR MATEMATIK DALAM KELAMBU".
Jadi buat sementara waktu ni biarlah Pak Man guna ubat nyamuk saja......

17 comments:

VimmiYasmin said...

pak man
laaaaaaaaa! baru hari tuh kawan saya Chik n anak beranak kena.
Mmg tak der ubat kan. Kena banyak minum 100 Plus.
pak man
nak tanya ? kenal tak En Abd Rasyid. S/U MajlisDaerah Raub.
Pastuh nak tanya kat mana nak cari Asam Rong ???

Tepi Sungai Batu said...

vimmiyasmin,
En.Abd Rashid, Pak Man belum pernah jumpa lagi, kenapa?
Asam Rong ada jual kat pasar minggu Raub.
Yasmin ni pernah makan asam rong ke?

Unknown said...

apa kata pakai semua tutup ala ala Ninja? pasti nyamuk tak leh gigit....hehehhe

PINATBATE said...

Salam Pakman
serbur Ridsect pun boleh ..atau pakai yg lektrik tu..asal jangan buat macam tajuk muka depan suratkhabar tu dah lah..:)

"Belajar Matematik dalam kelambuu..." adoi lah..

cikMilah said...

Minggu lepas pegi ziarah satu keluarga di daerah Sik, Kedah; ibu kelurga tu baru balik hospital kena chikugunya..kesian tengok dia berjalan terketar-ketar.. sakit satu badan dan segal sendi katanya.
Muga PakMan, anak didik dan kita semua di lindungi Nya..


hahaha, kelakar tajuk akhbar tu.. sah gempaq!

Sally said...

Pak Man niii..dlm serius ada klakar..dlm klakar ada serius..Sally suke..bab nyamuk ni..kalau guna "ubat" nyamuk..kita kena tukar2 brand..nyamuk ni cepat adaptasi kpd ancaman..kalau manjang guna jenis hok tu lerr je..nyamuk akan ketawa sambil berkata.."tak heran puuuun"..
Pak Man guru perihatin!!

Tepi Sungai Batu said...

Pp,
Boleh juga kita cuba....atau pakai tudung tutup muka macam orang di Afhganistan. Tapi susah lah pula nak kenal mana satu Ali dan mana satu Minah serta mana satu cikgu, semua sama saja.


Pinatbate,
Nanti Pak Man cuba sembur, atau pakai yang letrik pula. Terima kasih.

Tepi Sungai Batu said...

CikMilah,
Terima kasih banyak-banyak.


Teacher Sally,
Waaa ada buat kajian tentang nyanmuk ya....
Bagus!....terima kasih atas cadangan tu. InsyAllah Pak Man akan cuba.

eiyda said...

Oh skrg ni tengah merebak demam ni pulak ye Pak Man? ish..kt rumah mama eiyda ada banyak nyamuk jgk..selalunya time eiyda balik kalau tak nak anak2 eiyda kena nyamuk eiyda lumurkan minyak daun ubat( minyak serai) kt tempat yg terdedah supaya nyamuk tak datang gigit..selalunya menjadi..

Neeza Shahril said...

hahahaa!!! kalau pasang kelambu, pakat tidur aje laaa.. matematik dalam mimpi lah jawabnya..

bagus idea ubat nyamuk tu.. memang ubat nyamuk berkesan walaupun boleh sesak sikit nafas.. ;)

lina said...

Yasmin,
ayah saya buat & jual. Ndak ke? Nak mintak resipi pun boleh. :-)

Pak Man,
hahaha. mest glemer Pak Man kalau ajar math dlm kelambu. Satu Malaysia kenal nanti, kalah Ayah Pin! LOL

Tepi Sungai Batu said...

Eiyda,
Yaaa...sekarang ni tengah merebak. Tak tahu dari mana asal nya.
ooooo minyak serai ya, nanti Pak Man nak cuba juga.


Neeza,
Hahahaha..memang la kalau guna kelambu , dengan cikgu-cikgu nya sekali tertidur.


Lina,
Tu la pasal....takut nanti jadi lebih popular dari pengasas 'kerajaan langit'.

Anonymous said...

tak bolehke pasang mosquito netting kat tingkap? pastu frame pintu rangka kayu tapi berbadankan mosquito netting. pasan engsel pasang belah dlm. kalau keluar masukpintu bilik kelas yg kayu tak yah tutup. cuma pintu yg ada mosquito netting tu aja tutup. modal minta le cikgu besar. kurang kurang ada udara dan chaya masuk melalui ,osquito netting tu..

Tepi Sungai Batu said...

Sahabat,
Nanti akan Pak Man panjangkan perkara ini kepada Tuan GB.
Terima kasih.

Anonymous said...

sekolah ditaman tun dr ismail 60000tu ada aircond bapa yg kaya donate... kalau sekolah en pak man tu cuba minta gurubesar gunakan apa peruntukan yg dia ada. kalau tak minta le donation sesapa yg ingin berbakti kepda tempat sekolah en pak man.
semua ruangudara ditutup dengan mosquito net. orang kita kan banyak yang boleh bertukang. malah saya rasa lagi senang nak suruh tukang kayu kita buat... tapi tengok lah samada frame kayu atau frame besi lagi elok ?

Mother of Two said...

mmg betul pakman. sy pun tak tahan kena asap ubat nyamuk... tapi lagi kesian kat anak2 sy setiap kali balik mesti ader tanda kenangan...

asam rong tu bukan buat dari buah perah ker?? tak silap arwah bapak dulu suka buat..sedap gak tu.. makan ngan pucuk betik muda.

VimmiYasmin said...

Salam ALL

ASAM RONG tuh saya makan masa majlis kenduri kahwin pak sedara yg En Abd Rasyid di dewan majlis daerah 3 tahun lepas.
Ada mcm mcm pucuk kayu dalam Asam Rong tuh. Sedap giler!!!
Yg dah siap masak ada ke jual kat Pekan Sehari ???