Pak Man memang berhajat sangat nak ambil gambar budak berdua tu semasa menerima wang tersebut, tetapi mereka tak nak bergambar kerana malu. Keluarga mereka pun begitu juga.
Terpaksalah Pak Man cari serata tempat, akhirnya dapat juga gambar mereka.
Ini Nur Aqilah bt. Razaman semasa menerima keputusan UPSR daripada Tuan GB. Murid tersenyum, GB pun tersenyum. Tahniah Aqilah !. Aqilah sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih kepada hamba Allah yang baik hati itu.
Ini pula Encik Zakaria atau Pak Ya, ayah kepada Nurul Syafinas, anak dapat 5A...senyumlah sikit Pak Ya. Hari-hari terpaksa lewat pergi menoreh kerana terpaksa hantar anak-anak ke sekolah dahulu. Pak Ya juga ucapkan terima kasih kepada hamba Allah tersebut.
Ini rumah Pak Ya, Pak Man mintak Syafinas bergambar di depan rumah ini tapi dia malu ......maka gambar rumahnya saja lah yang dapat. Semoga hamba Allah tersebut dapat bayangkan betapa berterima kasihnya mereka kepada hamba Allah tersebut.
Ini lah dia Syafinas, yang berdiri di tengah-tengah tu. Tinggi orangnya.....semoga dia akan berjaya dalam pelajarannya dan akan dapat mengubah masa depan keluarganya.
Pak Man tak sangka juga yang hasil tulisan Pak Man tentang kejayaan dua murid tersebut mendapat perhatian dari dua orang hamba Allah.
Teringat lagu Herman Tino.....harta bukan milik mu.....untuk mu hanya rezeki....terkurang himpun lagi....terlebih memberi lah....tangan kanan memberi....sorokkan tangan kiri.
14 comments:
Pak Man!! Saya first nih!!..Tumpang gembira dgn kedua2 org pelajar cemerlang tu..semoga terus berjaya dan bersemangat..hanya dgn menjadi insan berilmu mampu mengubah nasib keluarga.
Tumpang bersyukur dgn murninya hati 2 org hamba Allah tu..semoga rezki kalian semakin murah..aminn..
Sally
huhuhu..dah lama tak dengar lagu Wak Herman Tino tu..Pak Man ingat lagi yer..
Alhamdulillah..mudah-mudahan Allah memberi sebaik-baik ganjaran kpd orang yang bersedekah dah PakMan sendiri sebagai penghubung menyampaikan amanah.Semuga Aqilah dan Syafinas terus berjaya.
Sy doakan semoga adik2 berdua n adik2 yg ln juga menjadi pelajar dan anak yg cemerlang dunia n akhirat..ingatlah jasa org yg pernh berbudi kpd kite...jgn jd spt citer tanggang ye... kacang yg lupakan kulit...
Alhamdulillah, seronok dengar ada orang di luar sana yang murah hati. Semoga boleh jadi galakan untuk mereka berdua, InsyaAllah.
Alhamdulillah...bantu membantu sesama kita moga amalan segar di dunia kekal di akhirat jua... GB tak kuar duit poket ker kat bebudak tu...
First mesti GB kasi dulu baru la ada semangat budak2 lain nengok...
tahniah kepada 2 pelajar tersebut.. syafinas tu walaupun susah masih boleh berjaya.. jadi takde alasan untuk orang lain juga kan Pak Man..
Pak Man saya tak lupa juga tumpang gembira dengan kejayaan adik-adik itu. Moga-moga mereka terus berjaya dunia dan akhirat...terbayang saya kalau anak-anak saya pun cam tu juga alangkah bahagianya hidup kan pak man...Dan kita doakan moga-moga mereka yang "Baik" hatinya itu mendapat restu dan rahmat dari-Nya...
Cikgu Sally,
Mereka telah membuktikan bahawa tanpa tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang mahal pun mereka boleh berjaya.
Pinatbate,
Itu penyanyi kegemaran Pak Man tu...
Ya, semoga mereka berdua berjaya.
Adleez,
Mereka ni sangat merendah diri dan pemalu.Tak pernah meninggikan suara. Bila bercakap, perlahan sangat, kena dengar betul-betul.
Akmal,
Masih ramai lagi orang di luar sana yang baik hati.Mudah-mudahan bilangan nya semakin bertambah.
Ayie,
Ya... mesti, GB dan guru-guru lain pun ada menyumbang.
Neeza,
Ya...kalau usaha bersungguh-sungguh mesti akan berjaya. Tak kira di mana kita bersekolah...semuanya terletak atas diri sendiri.
Ustaz,
Aminn...aminnn...semoga mereka semua dirahmati Allah.
saya tumpang gembira bila anak semantan dapat keputusan cemerlang terutamanya adik Syafinaz,harap pak Man akan terus berusaha untuk mendidik anak anak kampung Semantan
Zabri,
Terima kasih....terima kasih.
saya pun tumpang gembira. mudah2han mereka berdua berjaya dalam mengatur hidup di masa depan.rumahnya di seberang sungai ker??mak saya pun org semantan ulu.
mother of two,
Ya, rumah mereka di seberang sungai. Ooooo, macam tu ya...
Post a Comment