Monday, December 8, 2008

Jangan lah buat macam tu


Tuan punya banglo yang runtuh sedang mengangkut barang-barang mereka ke tempat selamat.

Hari ni hari raya korban, tapi ada orang yang buat benda tak baik pada hari ini. Penghuni banglo -banglo Bukit Antarabangsa yang runtuh mula risau kerana sudah ada pencuri yang memasuki rumah mereka yang ditinggalkan itu.

Mereka terpaksa memunggah barang-barang yang penting untuk disimpan di tempat yang selamat. Kenapalah manusia ini tak ada rasa belas kasihan langsung. Mereka tu kan di dalam kesusahan, simpatilah sikit.

8 comments:

Kak Elle said...

salam aidil adha ..
mereka ni semua ambil peluang kan?mmg tak bertimbang rasa .. hmm..agak2 org kita atau asing?

Sally said...

Tak kena kat depa tak pa Pak Man..ni golongan x berhati perut..maraih peluang n kesenangan atas musibah org lainnn..hanya Tuhan yg maha mengetahui..

lina said...

Salam Aidil Adha Pak Man & keluarga.

Memang orang tak berhati perut, ambik kesempatan atas tragedi orang lain (tapi kalau mencuri tu, mana-mana kes pun memang tak berhati perut). :(

Tepi Sungai Batu said...

Kak Elle,
Entahlah, kalau dapat tangkap memang patut kita semua belasah cukup-cukup.


Cikgu Sally,
Ya lah Sally, Pak Man mintak biar tuhan bagi balasan di dunia dulu sebelum di akhirat.


Lina,
Memang hati mereka ni dah gelap gulita, tak ada langsung cahaya.

Neeza Shahril said...

bila bab mencuri tu memang selalu jadi dalam keadaan gitu.. mereka pakai alasan logik - daripada takde orang ambik.. nanti buang jugak, baik aku ambik.. sememangnya alasan tu tak boleh dipakai langsung..
Kami pernah dulu nak kena masa banjir.. rumah terbuka sebab tak boleh tutup.. ada orang datang dengan lori nak mencuri.. nasib baik jiran ada disebelah.. tak berani nak masuk ambik lah diorang tu..

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Mereka ni dah tak ada rasa bersalah langsung. Tahu fikir nak untung saja.

cikMilah said...

Assalamualaikum, salam kenal PakMan, kemurkaan Allah di depan mata tapi berani lagi depa dok cabar Allah dengan berbuat mungkar..Tak takut ka masa dok hangkut barang curi tu, tetiba tanah menggelongsor...semuga mereka insaf.
Suka tajuk blog PakMan...

Tepi Sungai Batu said...

Cik Milah,
Terima kasih kerana sudi singgah. Ya lah Cik Milah, mereka ni tak ingat Allah langsung.