Daun hempedu bumi ada lah baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kandungan gula dalam darah, melancarkan perjalanan darah dan melegakan demam. Itu yang Pak Man tahu. Mungkin banyak lagi khasiatnya yang Pak Man tak tahu, harap ada orang yang tahu akan tolong beritahu.
Mak mertua Pak Man ada penyakit darah tinggi, jadi di rumah Pak Man memang ada banyak pokok ini ditanam. Bila darahnya naik(pening), dia akan ambik dua helai daun itu, rendam kan dalam air panas dan minum. Rasanya hoooo pahit sekali. Memang berkesan, peningnya akan hilang.
Pak Man memang tak boleh tahan rasa pahitnya. Jadi Pak Man keringkan daunnya, lepas tu kisar sampai jadi serbuk. Masukkan dalam kapsul. Sehari telan dua biji. Badan rasa segar. Kalau nak beli mungkin mahal. Bila mak mertua nak pergi kemana-mana dia akan bawa beberapa biji sebagai bekal.
16 comments:
bagus info ni Pak Man.. dulu arwah nenek neeza ada penyakit darah tinggi jugak.. dia makan akar petawali buat ulam.. memang sesangat la pahitnyaaa.. neeza pegang dan rasa jari neeza pun dah terasa pahitnya.. ini pulak makan benda tu.. tapi dah nama pun ubat kan :)
ilmu berguna nih pakman....
jika boleh komersial kan pun bagus jugak :-)
Neeza,
Petawali(akar)..ooooo memang pahit!
Tapi kalau di mesin jadikan serbok masuk kapsul, boleh lah kita telan.
Pp,
Proses nak masukkan serbuk ke dalam kapsul tu susah sikit. Kalau ada mesin boleh di komersil kan...nanti kita bincang...nak melabur ke?
maklang nak jugak..tanam kat laman rumah...
Waa..menantu mithali lah Pak Man ni..bisnez minded pulak tu..
Arwah papa pun dulu ada darah tinggi..(Sally ni bakal la nih..penyakit ni pykt genetic..tambah pulak kita ni cikgu..peluang dpt darah tinggi saaaangat cerah..)..antara cara nak turunkan tknn darah dgn cepat dan tak perlu berpahit mulut adalah dgn buat jus timun (cucumber tau bukan water melon)..kalau kunyah pun bole tp sikit dan lambat..potong besar2,letak gula sikit..air batu 4-5 kiub..kisar guna blander..minummmm..tknn darah akan turun dgn cepat..tu la kerja Sally bila papa rasa fenin fenin kefala..ish rindu la pulak kat papa nih..huhu
dulu saya makan kapsul hempedu bumi , memang berkesan , kalau asli punya mesti pahit betul , tapi ubat tak pelah .
Teringin jugak nak tanam pokok ni, klu ada benih nak sikit la pak Man, boleh ke?
salam
kalau pB nok beli dengae pok mae buleh kor ?
Maklang,
Nanti Pak Man semaikan banyak-banyak, lepas tu bolehlah datang ambik.
Sally,
Ilmu baru tu...nanti Pak Man akan cuba.Tq.
Sarina,
Oooo dah cuba ya!...memang berkesankan?
Zabri,
Bolehhhhh, nanti datang lah rumah!
pB,
Nanti kalau ada masa singgahlah Raub, Pak Man boleh bagi....
bumi Raub tu memang berairkan emas, tanam apa semua hidup!
Rindu Raub, lama tak pi. Nanti gi Raub cari Pak Man boleh?
cikMilah,
Bolehhhh apa salah nya.
Salam Pak Man.. salam kenal dari Selayang.. 1st time jumpa blogger veteran neh.. banyak pengalaman boleh share ngan yang muda2 ni kan... saya dah add blog pak man kat list saya.. thanks..
nash,
Terima kasih lah kerana sudi baca. Sebenarnya tak ada apa yang special cuma sekadar cerita kampungan...
macam best ja tumbuhan ni
kat mana bleh dapat benih tumbuhan ini...hikhik
Post a Comment