Tuesday, December 2, 2008

Berita banjir

Pagi tadi Pak Man baca surat khabar, banyak berita banjir, antara nya ialah :

1. 'Banjir di Kelantan ragut dua lagi nyawa' - ibubapa janganlah biarkan anak-anak main air atau pergi menahan jaring. Bahaya tu.

2. '1,909 di pusat pemindahan Terengganu' - kalau dok di pusat pemindahan tu jangan lah banyak sangat merungut. Orang bagi nasi lauk sardin pun ok lah tu......terima kasih aje lah. Lepas makan...erkkkk, alhamdulillah.

3. 'Jumlah mangsa meningkat di Rantau Panjang' - sedih juga nampak mereka pindah dok di kaki lima stesen keretapi. Tapi mereka semua nampaknya tersenyum saja. Tabah betul...

4. 'Peniaga lelong barang Pasar Payang dinaiki air' - semua barang-barang jualan tenggelam. Beras yang basah dilelong RM 1.00/kg. Ada seorang peniaga tu dia sedekah kan semua barang jualan nya kepada orang ramai. Bagus tu, dalam kesusahan begini pun dia masih ingat nak buat pahala.

5. 'Rumah roboh dihanyut arus sungai' - ini di Terengganu, nasib baik semasa peristiwa tu berlaku, tuan rumah berada di Johor. Tiada kemalangan jiwa. Tak dapat Pak Man bayangkan bila dia balik nanti mesti terkejut yang amat.

6. 'UMT tutup dilanda bah' - universiti pun terpaksa ditutup. Jalan masuk terputus.

7. 'Banjir di Pantai Timur kemungkinan berterusan' - Jabatan Meteorologi meramalkan demikian, jadi bersedialah.

19 comments:

zul said...
This comment has been removed by the author.
PINATBATE said...

Salam Pak Man..

nak tambah satu lagi berita banjir boleh?..

Mangsa banjir enggan pulang
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my

Hidup selesa di pusat pemindahan

KUANTAN: Ketika mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu yang berada di pusat pemindahan mahu cepat pulang dan melihat keadaan rumah, lain pula halnya di Cameron Highlands, dekat sini apabila mangsa banjir mahu terus menetap di pusat pemindahan atas alasan hidup selesa kerana mudah menikmati makanan dan minuman percuma.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu, berkata semua 13 mangsa banjir lumpur membabitkan empat keluarga di Lembah Bertam mahu terus menetap di Dewan Orang Ramai Ringlet walaupun mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

zul said...

musim2 banjir ni ada juga yg bestnya....makan ikan darat (gulai keli)..makan ubi kayu + air kopi yg tgh panas2 dlm deruan hujan lebat. best2...best.

Unknown said...

Kampung saya gual periok kat rantau panjang sudah jadi pulau!

pB said...

Salam


banjir banjir , keno beringat.
Tapi tular,
dalae dok beringat pun , ado jugok hok mati ....

Takdir , nok buat lagu mano ....

Tok teringat pulok budok Akmal tu orghe Rata Panjae.
Lagu mano lar crito orghe kapung dio tu ....

HABIHA69 said...

Pak Man saye bila tanya orang-orang yang mari dari Klate, Ganu ngan Peheng yang saya kenal tak ramai yang cerita bahayanya banjir..saya konpius juga bila nengok orang-orang tua, lagilah budak-budak dlm. TV semuanya senyum belaka...itu yang mengkonpiuskan saya nih...Pak seronok ke banjir Pak?

Tepi Sungai Batu said...

Pinatbate,
Laaaa, macam tu lah pulak!
Tak ditulis lah pulak orang Melayu ke...Asli ke...Cina ke...
Hai dunia...dunia..


Demoloni...,
Waaaa ...sedak tu ...sedak. Pok Mae maso kecik dulu suko tahan tauk. Dapak ike keli dan ruan.


Akmal,
Macam mana mak ayah Akmal? kena pindah ke?

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Baguh tu !...pakat-pakat lah kita tanya khabar . Harap-harap semua nya selamat.

Tepi Sungai Batu said...

Ustaz,
Main air banjir ni memang seronok, tapi bahaya nya boleh datang bila-bila masa.
Budak-budak seronok cara budak-budak. Orang muda seronok cara orang muda.

Neeza Shahril said...

bagus Pak Man buat summary gitu.. boleh gak share dengan kami ni.. :)

mangsa banjir patutnya bersyukur dengan bantuan sebab banjir tu kan kehendak Allah.. yang awak merungut orang dah tolong tu.. nampak sangat tak berterima kasih..

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Betul tu...
Pak Man baru baca cerita mimpi neeza tu, tapi tak tinggalkan komen. Tak tahu nak komen apa.

Unknown said...

Pakman....ado gambar2 ko?
tenkiu sbb hapdet kami di luar negara nih!

Tepi Sungai Batu said...

Pp,
Nantilah kalau ada. Sama-sama lah Pp.

silversarina said...

salam,

Hujan tapi harap2 kawasan kami tak banjir .

Syukur masih ada bantuan walaupun duduk di pusat pemindahan banjir dan dapat kenal satu sama lain .

Tepi Sungai Batu said...

Sarina,
Di Malaysia ni pergi lah ke ceruk mana sekali pun belum ada orang yang tak ada makanan. Bersyukur!.

eiyda said...

Betul tu Pak Man mangsa banjir kena bersyukur..bersyukur kerana masih menerima bantuan.. dapat tempat tinggal, makan dan minum dgn percuma.

Tepi Sungai Batu said...

Betul tu Eiyda, Pak Man setuju. Tapi kadang-kadang orang kita mudah lupa.

Sally said...

Pak Man..saya pon jadi mangsa banjir laaaa..

Perjalan ke KL ikut jalan pantai kelmarin terpaksa berpatah balik! huhu..sampao d Tembila air da paras pintu kereta..tak berani nak ambik risiko..try jln Kg Raja..Polis da sekat jalan suruh U turn..adey..blk smula KB..

3.12.08 try pulak ikut G.Musang..fuhhh..lega..kering je..setitik ujan pon tadak..ni di KL la ni tu yg x sempat update..

Tepi Sungai Batu said...

Teacher Sally,
Pak Man dah agak dahhhhh.
Jenguk-jenguk tak ada....mungkin balik kampung kot...Pak Man agak saja laaa. Kalau tidak pun mesti pergi bercuti. Alhamdulillah selamat.