ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Monday, October 13, 2014
Friday, September 26, 2014
2H 1M di Lake Chini Resort
GB-GB & GPK-GPK sekolah kurang murid daerah Raub bersama pegawai-pegawai PPD Raub.
Mendengar taklimat oleh GB(En.Akit bin Huat) dan GPK1(En.Kama) SK Tasik Chini.
Jeti Lake Chini Resort
Rombongan kami menaiki bot untuk melawat kampung Orang Asli
Murid OA SK Tasik Chini berulang alik setiap hari ke sekolah dgn menaiki bot. Sekolah ini adalah merupakan sekolah orang asli yang terbaik di Malaysia. Band 1. Setiap minggu ada sahaja rombongan dari seluruh negara datang melawat ke sekolah ini. Sekolah ini BIASA sahaja, tapi GB, Guru-Guru dan Murid-Murid nya LUAR BIASA!

Sunday, September 21, 2014
Saturday, September 13, 2014
Monday, September 8, 2014
Sunday, August 24, 2014
Friday, August 1, 2014
Saturday, July 12, 2014
Dato' Pa ronda kampung cari durian
Mok Su bagi free saja durian ni untuk Dato'.
Seorang menteri yang sangat rapat dengan orang kampung.

Friday, July 11, 2014
Monday, June 30, 2014
Thursday, June 26, 2014
Buah Beko
Nama botani : Oroxylum indicum
Famili : Bignoniaceae
Pengenalan
Pokok bonglai juga dikenali sebagai pokok bolai, bongloi, boli, bikir, kulai, merlai, beka, beko dan lain-lain lagi. Pucuk bonglai yang masih muda dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam dan dijadikan kerabu. Pucuk bonglai biasanya dicelur dahulu sebelum dimakan untuk mengurangkan rasa pahit. Buah bonglai yang muda yang juga agak pahit rasanya tetapi sedap dimakan. Buah ini perlu dibakar sehingga kulit luarnya melecur. Ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai ulam atau dijadikan kerabu. Bunga bonglai dimakan oleh kebanyakan orang Jawa.
Kegunaan
Daun bonglai yang direbus boleh diminum sebagai ubat sakit perut, peransang selera, sengal-sengal tulang dan demam panas atau luka. Manakala air rebusan bonglai juga boleh digunakan sebagai ubat untuk demam panas, penyakit taun, lepas bersalin dan sakit sendi. Daun yang ditumbuk lumat ditampal pada kulit untuk meredakan sakit kepala dan sakit gigi.
Kulit bonglai juga digunakan dalam ubatan tradisional bersama tumbuhan herba lain sebagai ubat sakit pinggang, membuang angin, buasir, lemah jantung, menguruskan badan, tonik, sakit lutut, kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat. Ramuan yang bercampur dengan akar bonglai boleh digunakan sebagai ubat untuk batu karang, sembelit angin, kayap dan panas badan.
Orang India menggunakan akar bonglai sebagai ubat sakit perut, cirit birit dan disenteri. Orang Cina menggunakan biji bonglai sebagai ubat sakit perut dan hati, sakit kerongkong, bronkitis, batuk kokol dan untuk kudis. Kulit pokok bonglai boleh digunakan sebagai ubat hepatitis.
Pak Man ambil dari http://adrydaud.blogspot.com/2009/10/bonglai.html (blog Dedaun Alam).
Pucuk beko cicah budu, sedappp.
Kerabu buah beko pun sedappp.
Wednesday, June 18, 2014
Grand Reunion 5 Series TI Kuantan 8081
Mesej dari mereka untuk kawan-kawan semua.
Sahabat-sahabat yg DIHORMATI,
Kami dalam persediaan untuk menjayakan program Grand Reunion 5 Series TI Kuantan 8081, yang bakal berlangsung seperti berikut :-
Tarikh : 19/9/14 (Jumaat)
Masa : 6pm
Lokasi : KL Tower
Bayaran : RM150 (akaun Hazmal Hassan, Public Bank, 4707-2737-21)
: Sila maklum melalui sms/email/WA
: Sumbangan tambahan amat dialu-alukan

Penginapan : Khas kepada Jemputan luar KL
: Sila beri pengesahan jika memerlukan penginapan
Sila buat pembayaran sebelum 31/7/14
Yg Menurut Perintah,
Hazmal (019-988 3284)
# Bro Zamri, harap puas hati. Tenkiu kerana mengingatkan saya.

Friday, June 6, 2014
Friday, May 30, 2014
Monday, May 26, 2014
Izuan Ibrahim jurulatih Momota Kento.
Percayakah anda Momota Kento player Jepun yang kalahkan Wei Feng semalam adalah anak didik jurulatih dari Malaysia?
Nama jurulatih tersebut ialah Izuan Ibrahim, takde siapa kenal, kecuali penggiat badminton di Kelantan dan kelab Nusa Mahsuri, seorang cikgu, pergi ke Jepun setelah dapat tawaran melatih kelab di sana, seterusnya dapat tawaran latih skuad junior Jepun.

'Saya bukan pengkhianat negara'
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD, SITI FATIHAH AWANG
31 Mei 2014
Sinar Harian
NAMA Mohammad Izuan Ibrahim tiba-tiba popular. Kalau
bukan kerana Jepun memenangi kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama
dalam sejarah pertandingan, barangkali anak Malaysia ini tidak dikenali
ramai.
Kejayaan negara matahari terbit itu menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India menyebabkan negara kempunan menamatkan kejuaraan Piala Thomas selama 22 tahun.
Izuan, anak kelahiran Kelantan merupakan jurulatih mendidik pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Momonta yang menumpaskan Chong Wei Feng 21-15 dan 21-17 sekali gus mengutip mata pendahuluan 2-1 dalam perlawanan akhir tersebut.
Namun di sebalik kejayaan tersebut, Izuan dicop sebagai pengkhianat kerana membantu Jepun menumbangkan Malaysia. Apa pun, bekas pendidik ini tetap tenang berdepan situasi itu dan tidak melatah dilabelkan sedemikian.
Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan Siti Fatihah Awang berkesempatan menemui Izuan untuk wawancara eksklusif ini.
Orang tak kenal siapa Izuan Ibrahim tetapi tiba-tiba nama saudara hangat diperkatakan. Sebelum ini, saudara seorang pendidik, kemudian letak jawatan, tak pernah jadi pemain badminton kebangsaan tapi tiba-tiba jadi jurulatih badminton. Itu merupakan satu perkara menarik dan tidak diketahui ramai.
Izuan : Saya mula mengenali badminton sejak berumur tujuh tahun. Pada usia 13 tahun, saya berlatih bersama bapa Mohd Hafiz Hashim di Kelab Suara Muda. Setahun kemudian, saya dipanggil menjalani latihan bersama skuad Projek Kelantan.
Karier sebagai pemain badminton mula serius pada 2002 apabila saya berkelana dengan menyertai Kelab Profesional Nusa Mahsuri di Kuala Lumpur. Di situlah saya serahkan jiwa dan raga pada dunia badminton dan mula pasang impian menjadi jaguh dunia.
Namun saya terpaksa lupakan impian kerana ibu bapa mahu saya menyambung pelajaran. Sikap saya, apabila berkecimpung sesuatu bidang, saya cuba memahami persekitaran untuk disesuaikan dengan kehidupan peribadi. Jadi, saya melihat pekerjaan guru mampu memberi impak kepada sukan kerana saya mengambil jurusan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dari 2003 hingga 2005.
Justeru, saya hidupkan semula impian jadi jaguh dunia dengan menurunkan ilmu kepada anak didik.
Izuan memilih haluan berbeza, berkelana ke Jepun. Apa dilakukan saudara setelah bermastautin di negara tersebut sejak tiga tahun lalu?
Izuan: Tanggungjawab pertama saya di sini adalah bekerja dengan Persatuan Badminton Ehime di Kepulauan Shikoku. Untuk makluman, Ehime akan menjadi tuan rumah sukan Jepun pada 2017.
Melalui wakil, mereka berhubung dengan Kelab Nusa Mahsuri yang sekian lama menjalin kerjasama dengan pemain-pemain dari Jepun. Hakikatnya saya tidak yakin memikul tanggungjawab ini kerana saya sedar, rakan-rakan di Nusa Mahsuri jauh lebih berkaliber dan berkualiti. Namun saya beranikan diri (berhijrah) dengan niat menambah ilmu setelah jurulatih di Nusa Mahsuri beri sokongan.
Saya tiba di Jepun pada Februari 2011. Namun agak mengejutkan, saya dipinjamkan ke Persatuan Badminton Jepun untuk melatih pasukan remaja bawah 13, 16 dan 19 tahun. Dari situ saya banyak gunakan masa secara sendirian dengan mendapatkan input daripada Datuk Misbun Sidek dan rakan-rakan di Nusa Mahsuri. Jadi saya gunakan sebaik mungkin pengalaman diberikan oleh Persatuan Badminton Japan selama setahun (2011 hingga 2012).
Kejayaan Jepun menjulang kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali dilihat satu sejarah bagi negara matahari terbit itu. Tetapi di sebalik kejayaan tersebut, timbul dakwaan mengatakan Izuan sebagai pengkhianat negara (Malaysia). Sejauh mana Izuan berusaha menepis persepsi buruk tersebut ?
Izuan: Sebelum perlawanan akhir, saya telah mengemas kini status di laman Facebook tentang perkara ini. Cuma saya tertanya-tanya daripada aspek mana saya digelar pengkhianat. Majikan saya adalah Jepun dan amanah yang saya pikul ini adalah untuk Jepun.
Pasukan Jepun memenangi perlawanan hasil kerja keras mereka selama tiga hingga empat tahun terdahulu. Bukan hasil daripada saya menjual taktikal pasukan negara (Malaysia) dan sebagainya. Saya bukan pengkhianat negara, tetapi saya menerima segala pandangan buruk yang dilemparkan asalkan saya tidak hina di mata ALLAH SWT. Saya rasa tenang mencari rezeki untuk anak dan isteri di sini.
Kejayaan Izuan membantu Jepun mengejutkan banyak pihak. Adakah saudara bersedia pulang ke Malaysia dan berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mendapat tawaran ?
Izuan: Umur saya baru mencecah 30 tahun dan masih mentah dalam bidang ini. Kejayaan Jepun terutama Kento Momota yang pernah saya bimbing selama setahun, tidak boleh dijadikan penyebab untuk saya menerima mana-mana tawaran. Saya amat terharu sekiranya BAM mempercayai kebolehan saya dalam memimpin pemain kebangsaan atau pelapis.
Namun seperti saya beritahu, saya masih cetek pengalaman, adalah lebih baik buat saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai persiapan kerana saya sedar, bukan mudah menjadi jurulatih berkaliber yang mampu melahirkan jaguh dunia secara berterusan.

Subscribe to:
Posts (Atom)