Salah seorang penyokong N9 tertiarap(pengsan ....mungkin), setelah dibelasah oleh penyokong pihak lawan kerana dia membakar bendera negeri pihak lawan.
Ish...ish... tak habis-habis perangai bakar bendera nih.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Monday, October 31, 2011
Thursday, October 27, 2011
Apa kata Tan Sri AM.
Riuh dah tentang kenaikan harga tiket...SAYA SERBASALAH DAN TAK TAU SIAPA YG BETUL...JKPT Dan JKTP KATA IANYA DGN PERSETUJUAN PBNS&PBNT..TAPI MLM NI PRESIDEN PBNS HUBUNGI SAYA DAN NAFIKAN...YG MANA SATU BETUL?APAPUN SY HARAP PBNS&PBNT SEPAKAT DLM HAL INI...MEREKA BERHAK BERSUARA...BEGITU JUGA PENYOKONG..BERUNDINGLAH JALAN KELUAR YG BAIK..SUARA RAMAI HARUS DI DENGARI....
14 hours ago via mobile..Tan Sri Annuar Musa
Saya telah umumkan 20 nama(TERMASUK 4 nama yg Akan didaftar melalui pasukan PIALA PRESIDEN-BAWAH 21th)....daripada 16 senior seorang Akan dipinjamkan dan 15 didaftar bersama 6 lagi pemain termasuk 2 import ...insyaallah Trw punya barisan pemain yg mantap..dan kita masih punya 4 slot lagi utk PENDAFTARAN TAMBAHAN JIKA ADA KEPERLUAN...DAN ADA BINTANG YG SESUAI
21 hours ago via mobile..Tan Sri Annuar Musa
Saya baru berbincang dgn NURUL IZUAN ROYA.....dan beliau SUDAH BERSETUJU DAN MENANDATANGANI KONTREK utk kekal bersama TRW 2012......
23 hours ago via mobile..Tan Sri Annuar Musa
Admin: Selamat Menyambut Deepavali kepada semua rakan-rakan yang beragama Hindu, terutama sekali Datuk Karathu, Coach Sathia, Subra dan Chanturu. Semoaga hari ini membawa kebahgiaan kepada anda semua sekeluarga.
Tuesday at 7:23pm.Tan Sri Annuar Musa
Ramai yg bertanya tentang Nurul Azwan Roya ...untuk makluman KAFA sudah pun membuat tawaran kontrak padanya...TAPI dia belum mahu buat keputusan..kita beri kebebasan...TRW 2012 Akan merupakan GANDINGAN PENGELAMAN DAN KEREMAJAAN..kita utamakan Technical skill and speed/pace...
Tuesday at 7:31am via mobile..

Keluhan salah seorang peminat bolasepak Malaysia.
Macammana harga tiket nak turun, orang-orang yang dalam Jawatankuasa Pertandingan Tempatan semuanya orang berduit, makan cukup pagi, tengahhari, petang dan malam. Mana nak tahu penderitaan peminat bolasepak yang berpendapatan rendah ni. Kalau nak tahu orang berpendapatan rendah lebih ramai kat Malaysia dari berpendapatan tinggi. Satu lagi, orang yang berpendapatan tinggi & VIP ni masuk stadium tak bayar pon duit tiket, mereka masuk free, dapat seat selesa, tak payah berpeluh-peluh beratur, kereta parking depan pintu. Betul tak rakan-rakan?
Tuesday, October 25, 2011
Friday, October 21, 2011
Khabar angin.............
Pokpu Epul rumours perpindahan pemain tahun nih...
Selangor
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) ---> Selangor
Badri Radzi (Kelantan) ---> Selangor
S Chanturu (Kelantan) ---> Selangor
Norfarhan Mohammad (T-Team) ---> Selangor
Negeri Sembilan
Farisham Ismail (Kelantan) ---> Negeri Sembilan
Baddrol Bakhtiar (Kedah) ---> Negeri Sembilan
Perak
Abdul Hadi Yahya (Terengganu) ---> Perak
Hardi Jaafar (Selangor) ---> Perak
K Soley (Kelantan) ---> Perak
Kelantan
Jocip Bonacin (Croatia) ---> Kelantan
Azmi Muslim (Kedah) ---> Kelantan
Safiq Rahim (Selangor) ---> Kelantan
Amirul Hadi Zainal (Selangor) ---> Kelantan
Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur) ---> Kelantan
Fakri Saarani (Negeri Sembilan) ---> Kelantan
Azlan Ismail (Kedah) ---> Kelantan
Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda A) ---> Kelantan
Nizarudin Yusof (Felda United) ---> Kelantan
ATM
Hairuddin Omar (Negeri Sembilan ) ---> ATM
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan) ---> ATM
Zaquan Adha (Negeri Sembilan) ---> ATM
Nizad Ayub (Kelantan) ---> ATM
Ramzul Zahini Adenan (Kelantan) ---> ATM
Kedah
Marlon Alex James (Vancouver Whitecaps FC) ---> Kedah
Nelson Sam Martin ---> Kedah
Akmal Rizal Rakhli (Perak) ---> Kedah
Razali Umar Kandasamy (Perak) ---> Kedah
Azizi Mat Rose (T-Team) ---> Kedah
Rizal Fahmi (Kelantan) ---> Kedah
S Subramaniam (Kelantan) ---> Kedah
Danail Fadzli (Kelantan) ---> Kedah
Indra Putra (T-Team) ---> Kedah
T-Team
Johor FC
Fitri Omar (MP Muar) ---> Johor FC
Nurul Azwan Roya (Kelantan) ---> Johor FC
Sarawak
Alexis Ngambi (Cameroon) ---> Sarawak
Kalle Sone (Cameroon) ---> Sarawak
Joseph Kalang Tie (Terengganu) ---> Sarawak ....

Thursday, October 20, 2011
Monday, October 17, 2011
Satu batang dua mangkuk!
Jahanam pokok getah aku...........
mentang-mentang lah harga getah mahal.........
rosak habis pokok getah........
lepas tu duit dah 4 bulan tak hantar.
Mulai minggu depan , orang lain pulak yang toreh.
orang lama dah dilupuskan........

Sunday, October 9, 2011
Wednesday, October 5, 2011
The Red Warriors - ranking ke 7 di Asean.
Terkini.......... TRW berada di ranking ke 7 kelab-kelab bolasepak Asean.
Dalam ranking kelab-kelab bola sepak dunia TRW berada di ranking ke 317.
Satu-satunya kelab bolasepak dari Malaysia yang berada dalam kelompok 400 kelab terbaik dunia.
Okey dah tu.
Tahun depan cuba perbaiki lagi agar dapat duduk dalam kelompok 300 terbaik dunia pula.
Koho-koho.............slow and steady.

Friday, September 30, 2011
Ini baru khabar angin...........entah betul , entah tidak.
.Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.
Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.
Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.
“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.
Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.
SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.
SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.
The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.
Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Thursday, September 29, 2011
Baru mula 10 minit , ribut pun melanda.
Orang lelaki main bola.
Penjaga garisannya perempuan.(pakai seluar pendek).
Apa tujuan sebenarnya?
Dah tak ada pembantu pengadil lelaki dah ke?
Maka turunlah hujan dah ribut.......permainan terpaksa ditangguhkan.
(cerita di kedai kopi, tak ada kaitan dengan sesiapa).
.
.
.
Benarkah cerita ni?
Pak man dengar, Pak man tulis.

Wednesday, September 28, 2011
KELAB GREENBOC: Mati Ketika Reman: Mahkamah Arah Bayar Ganti Rugi ...
KELAB GREENBOC: Mati Ketika Reman: Mahkamah Arah Bayar Ganti Rugi ...: K uantan: Mahkamah Tinggi Kuantan pada Selasa mengarahkan Kerajaan, Pengarah Penjara Penor dan 10 wadar penjara membayar ganti rugi sebanyak...
Thursday, September 22, 2011
Igu dan Nanggar.
Sekarang ini orang sudah tak kenal lagi apa itu igu dan apa itu nanggar. Pak Man pernah terlibat secara langsung mengguna kan igu dan nanggar dalam kerja -kerja membajak sawah semasa zaman kanak-kanak dahulu.
Igu adalah alat yang diletakkan di atas tengkuk lembu. Ada yang jenis untuk seekor lembu dan ada yang jenis untuk dua ekor lembu. Igu akan disambung kepada nanggar sama ada dengan tali atau dengan kayu(nanggar jenis panjang). Nanggar ada pemegang dan batang untuk di sambung kepada igu. Lihat gambar di atas. Nanggar disimpan , tergantung pada dinding rumah padi.
Rumah padi pun dah tak ada dah sekarang ni. Rumah tempat menyimpan padi. Pak Man sempat merasai pengalaman membajak, mencedung padi, mengail di sawah, tahan tauk, potong padi dan pukul(membanting). punggah padi dalam guni dengan basikal, jemur padi.
Hantar padi ke kilang(mesin padi), bawa balik beras. Nikmatnya makan nasi beras baru.
Naik benda ni pun Pak Man pernah rasa. Selalunya arwah ayah Pak Man akan pilih anak yang kecil supaya lembu tak akan rasa berat sangat bila menariknya. Orang kampung pak man panggil 'ggerak'. Ada setengah tempat dipanggil 'sikat.' Gunanya untuk menghancurkan tanah.

Monday, September 19, 2011
Program pelepasan benih ikan.
Peristiwa di atas berlaku beberapa bulan yang lepas. Seorang ahli EXCO sebuah negeri(exco pertanian lah tu), telah turun padang untuk merasmikan sebuah projek kolam ikan. YB tersebut telah diminta untuk melepaskan benih-benih ikan ke dalam kolam.
Malang tak berbau, pelantar kolam tersebut telah runtuh. YB bersama-sama dengan pegawai-pegawai perikanan telah terjatuh kedalam kolam sekali dengan anak-anak ikan yang mereka lepas kan.
Ini satu contoh yang baik. Susah senang kita bersama.

Sunday, September 18, 2011
Sekarang ni musim hujan.........
TRW will play tonight against Sarawak. TRW hope to win in front of the fanatical faithful audience. Yesterday TSAM met all the players and officials, talking heart to heart.
Pak Man provide support from afar. TRW hopefully will win and collect three points.
Pak Man hope the players will work hard. Do not be complacent.
There is live broadcast on Astro Arena tonight.
Harap-harap cuaca baik. TRW tak berapa sesuai main dalam hujan.

Subscribe to:
Posts (Atom)