Thursday, September 1, 2011

Hari Raya ke- 3 ...open house rumah Tn.Hj Nik Hashim.

 Pak Man dapat jumpa ramai kawan lama yang sama-sama menghuni Asrama Jati kira-kira 25 tahun yang lalu. Yang baju oren tu namanya Suhaimi Ura. yang baju merah tu Mat Ju, dan yang baju kotak-kotak tu lah dia Tn.Hj Nik Hashim. Pak Man selalu naik motor Tn. Hj (kapcai DJ 703) semasa belajar di sekolah pondok di atas bukit Shah Alam. Sekarang ni mereka dah pakai kereta besar-besar belaka. Pangkat pun besar-besar. Alhamdulillah...........

 Mereka rancak berborak. Projek juta-juta.......... Pak Man dengar saja. Nak cerita pasal SK Semantan Ulu tak ada siapa yang nak dengar. (Tak apa.......nanti aku hentam dalam blog aku)

 Pak Man tertarik dengan kaki salah seorang kawan Pak Man ni. Kenapa?. .......sebabnya dia ni pakai kasut baru!!!!!!     kasut raya. Caya lah brader......... memancar-mancar.....atas bawah......sama naik.

Ini lah dia tuan punya kaki tu........seorang usahawan bumiputra yang cerah masa depan. (sori bro!....gurau sikit. Tahun depan minta maaf pulak).

Hari Raya ke - 2 ....sembelih kambing.

 Oleh kerana pasar tutup. Penjual ikan cuti raya. Penjual ayam juga cuti. Jadi, Pak Man terpaksa sembelih kambing untuk dibuat lauk bagi meneruskan hidup.............

Seekor kambing hanya cukup untuk makan anak-anak dan cucu - cucu sahaja. Belum masuk waktu maghrib, dah habis......tinggal kuah.

Sunday, August 28, 2011

Dodol Gula Kabung.

Musim raya tahun lepas harganya RM 24. Tahun ini sudah naik RM 28 sekilo.
Ikan tilapia tahun lepas RM 8 sekilo, tapi tahun ini dah naik, RM 15 sekilo.
Daging kerbau, tahun lepas RM 18 sekilo, tapi tahun ini RM 22 sekilo.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF KAN SEGALA SALAH DAN SILAP.

Saturday, August 20, 2011

Asam Jawa banyak juga khasiatnya.

 Ini lah rupa buahnya. Orang Kelantan panggil buah celagi. Rasanya masam. Tapi sekarang ni dah ada yang rasanya manis. Orang Siam punya kerja. macam-macam mereka nih.......
                                                                                                                                                                           Masa kecik dulu, Pak Man suka makan asam jawa cicah garam semasa pergi terawih. Beli di kedai. 10 sen sebungkus pakat makan ramai-ramai. Itu saja lah yang kami mampu. Tak ada pitih nak makan makanan yang mahal-mahal.



 Ini pula biji asam jawa. Ada guna juga ni. Bijinya goreng tanpa minyak. Lepas tu asah pada benda yang permukaannya kasar. Jadi debu. Ambil debu tu, campur air. Sapu tempat yang ada parut. Insya Allah parut akan hilang.


Ada juga orang guna asam jawa campur air, sapu pada muka. Boleh hilangkan parut dan melicinkan muka. Pak Man tak pernah cuba. Kalau nak tahu, cuba lah.

Tuesday, August 16, 2011

Jawatan kosong - untuk orang Islam sahaja.

Anda tak perlu berpindah dari kampung ke bandar.
Jawatan ini boleh diisi di tempat anda sendiri.
Cepat! sebelum terlambat.
Tarikh tutup : Sebelum mati.

Sunday, August 14, 2011

Topi Keledar fesyen baru.


Pilihlah yang mana satu yang anda suka. Yang ada rambut, yang tak ada rambut, yang nampak otak dan macam-macam lagi.




Saturday, August 13, 2011

Koleh ubi kayu

Pagi ini Pak Man nak cabut ubi kayu.
Petang nanti Isya Allah berbuka dengan Koleh Ubi Kayu.
Ini baru perancangan..........

Tuesday, August 9, 2011

Perdana Menteri bagi saya duit raya.

Terima kasih banyak-banyak lah Dato seri.................
Raya Haji nanti macam mana?
Ada lagi ke?

Sunday, August 7, 2011

Gotong-royong membina titi.

 Pagi minggu, kami bergotong -royong membina titi bagi menyeberangi parit JPS yang ada depan rumah opah.

 Berat juga tiang konkrit yang panjangnya 8 kaki ini. Terpaksa angkat berempat.

Baru letak sebatang dah nak mencuba. Ada tiga batang lagi yang perlu diangkat. Menjelang pagi esok(Isnin), insya Allah titi ini akan dapat digunakan dan akan memendekkan perjalanan Mak Jah ke sekolah di seberang sana.

Saturday, August 6, 2011

Khabar angin bertiup kencang....Safiq Rahim dan Amirulhadi akan berhijrah ke Liga Indon.


Kalau berita ini benar, ini bermakna mereka akan berhijrah dalam masa terdekat ini. Selangor akan kehilangan khidmat mereka berdua.
Pak Man pernah cadangkan kepada orang kuat TRW supaya ambil dua pemain ini untuk bermain dengan TRW pada musim depan. Email Pak Man hanya di jawab pendek sahaja, iaitu TQ.
Pak man sangat gemar cara mereka berdua main bola.
Pemain luar dari TRW ramai juga yang Pak Man suka.
Pak man juga suka Badrol Bakhtiar, Joseph Kallang Tie dan S.Kunalan.

Wednesday, August 3, 2011

Isteri kapten Bola Singapura panggil Safee dan Amirulhadi 'monkey'.....kurang ajar!

Isteri kapten pasukan singapura telah menulis dalam laman Twitternya......"2 monkeys in the pitch!!!  bicycle kick konon!!!!!....BOOOOOOOOOOO".
Sungguh kurang ajar orang Singapura ini.
Pak Man tak sabar nak tengok Singapura kena belasah nanti..............

Monday, August 1, 2011

Balik kampung, kenduri arwah.

Hujung minggu lepas Pak Man balik kampung, ada kenduri arwah. Ramai juga orang kampung yang datang. Mengaji Quran 30 juzuk. Terima kasih semua adik kakak...........
Kalau panjang umur, lain hari kita jumpa lagi. Selamat berpuasa semua.

Wednesday, July 27, 2011

Datuk K.Rajagobal nampak begitu yakin..........

Dalam TV sebentar tadi nampak beliau begitu yakin dan optimis sekali.
Pak Man rasa sedap sikit dalam hati.
Beliau kata dia ada ubatnya...........
Coach S'pore pulak nampak cakap besar.
Captain nya pun cakap besar juga..........
Sama-samalah kita doakan kejayaan untuk MALAYSIA.

Tuesday, July 26, 2011

Datuk K Rajagobal Tak Nak Dengar Cakap Orang......

Dia kata tak akan ubah pasukan Harimau Malaya. Tak akan ambil pemain pertahanan yang baru.
Degil sungguh dia ni!!!!!!
Bagi Pak Man , kita kena tenguk kepada prestasi pertahanan pasukan dalam Liga Super.
Tenguk pasukan mana yang paling sedikit melepaskan jaringan. Maka sudah tentulah pertahanan itu yang terbaik di Malaysia.
Mari kita lihat .............
Pasukan yang paling sedikit melepaskan jaringan ialah Kedah ......mereka kena 20 gol.
Yang kedua nya Kelantan....mereka bolos 21 gol.
Yang ke tiganya Perak dan Selangor.....bolos 24 gol.
Sepatutnya pertahanan dari keempat-empat pasukan ini harus diberi perhatian.
Bukannya pertahanan Harimau Muda yang telah bolos 28 gol dalam liga super.
Dalam pasukan sekarang.....
Pertahanan Kelantan ada seorang, Rizal Fahmi, tapi simpanan. Farisham direject oleh Datuk KR.
Pertahanan Kedah ada seorang, Azmi Muslim, tapi simpanan, Zamri Mat Abu kenapa tak ambil?. Dia ni lah yang bekerja keras pertahankan pintu gol Kedah . (ingat! paling kurang dibolosi).
Pertahanan Perak tak terpilih.
Pertahanan Selangor ada.........
Mungkin Datuk KR tenguk dari sudut lain. Tapi bagi Pak Man , kalau dah dalam liga super lagi asyik bolos...bolos...bolos. macam mana nak lawan orang luar.
.
Kesimpulan nya, pertahanan kita lemah kerana pilih pemain yang bukan terbaik di Malaysia.
Serangan bagussssss, kerana mereka adalah penyerang yang terbaik di Malaysia.
Pilihlah pemain ikut prestasi semasa. Jangan pilih ikut suka........
.
Walau apa pun.....Pak Man doakan perancangan Datuk KR akan menjadi.
GOMO MALAYSIA GOMO!

Tok Empat pandai memasak.

Yang pakai cermin mata tu namanya Cikgu Anuar. Beliau adalah ketua kampung di salah sebuah kampung di Raub.
Sebab itu lah kami semua panggil dia 'Tok Empat'. (ketua kampung di Pahang ni dikenali dengan panggilan Tok Empat).
Cikgu Nuar ni memang pandai memasak. Pada perkhemahan hari tu, dia masak bihun goreng. Memang sedap. Murid-murid semua puji masakan Cikgu Nuar.
Yang sedang membantu Cikgu Nuar tu adalah Tuan GB.
Yang sedang melihat sambil tersenyum dari jauh tu adalah Cikgu Wan Azri. Juru latih kawad.