Friday, October 8, 2010

Tolong Maafkan Saya.

Assalamualaikum........
Pak Man nak minta maaf kepada semua kawan-kawan, kaum keluarga dan sahabat handai yang mengenali diri Pak Man. Pak Man sudah maafkan semua orang dan Pak Man pula mengharapkan semua orang memaafkan Pak Man.
Pak Man nak minta kebenaran untuk berhenti menulis buat sementara waktu.
Insya Allah, Pak Man akan menulis kembali di pertengahan Disember nanti. Itu pun kalau panjang umur........
Doakan Pak Man..............

Wednesday, October 6, 2010

PRK DUN Galas.

Hari mengundi nya dah pun ditetapkan.
Tapi kenapa buat pada hari bekerja?
Ehem.....ehem....ehem........
Ada apa-apa ke?.
Manik Urai dulu pun buat pada hari bekerja juga.
Selamat mengundi Pak Man ucapkan kepada tokey minyak Shell Gua Musang.

Thursday, September 30, 2010

Namewee........ataupun Binawee......Keliru.

Pak Man keliru....................
Minta cuti dalam dua tiga hari.
Nak tenangkan fikiran...............
Assalamualaikum.

Friday, September 24, 2010

Nasi Dagang dalam Pasu.

Nasi dagang dalam pasu.
Gulai serati dalam periuk.
Gulai ikan aya juga ada. Ini adalah menu di pagi Raya di rumah emak Pak Man di Bachok.
Hehehe.....ada lagi cerita hari raya. Kalau tak suka .....harap maaf. 

Tuesday, September 21, 2010

Allahu Akbar !

Semoga Allah merahmati pemerintahan tuanku.........amin ya rabbal alamin.

Sunday, September 19, 2010

Mandi Sungai Di Batu Talam.

Dua hari lepas, anak-anak saudara Pak Man dari Kelantan singgah rumah Pak Man. Mereka dalam perjalanan ke Melaka. Mereka tiba dalam lingkungan 4.30 pm. Minum, makan, dan selepas Asar, turun ke sungai belakang rumah.
Seronok sungguh mereka mandi dan berendam dalam sungai. Airnya tak berapa dalam. Cuma nyamuk banyak sikit la. Pacat pun ada juga...........
Panjat atas tebing dan terjun!............kedebooommmm!.........sampai pukul 6.00 pm baru naik. Bilas dengan air paip dan tukar baju. Lain kali nak mandi lagi!!!.

Wednesday, September 15, 2010

Ketupat Palas Dalam Badang.


Pada pagi Raya , Pak Man pergi awal ke masjid Bachok. Takut tak dapat parking dan takut kena sembahyang atas jalan tar macam tahun lepas. Seperti kata pepatah, "sekali jalan kena, dua kali jalan dah tahu". Lebih kurang pukul 7.30 am. Tempat dalam masjid pun boleh pilih. Itulah kelebihan datang awal. Dalam pada itu boleh lah bertakbir raya lama sikit.


Sebelum pergi ke masjid, Pak Man bersarapan pagi dengan ketupat palas cicah nisan cair. Makan juga ketupat yang manis inti serunding. Minum teh 'o'. Gambar ni Pak Man ambil semasa mak Pak Man tengah memasak ketupat pada malam raya. Yang dah masah diisikan dalam badang. Kalau tak tahu apa itu badang, sila rujuk Kamus Dewan.
Ketupat direbus dalam kuali tembaga. Antik sungguh kuali ini. Mak kata dia beli kuali ini 50 tahun yang lalu. Harga nya beberapa ringgit saja. Setiap tahun mak akan guna kuali ini untuk masak ketupat.

Tuesday, September 14, 2010

Daulat Tuanku !

Semoga Allah merahmati pemerintahan tuanku..........amin ya rabbal aalamin.......Daulat Tuanku !.

Saturday, September 11, 2010

Kejar, tangkap dan sembelih.........

Ini adalah gambar-gambar di kampung Pak Man di Bachok, sehari sebelum Hari Raya. Mak Pak Man ada bela itik serati. Jadi pada hari tersebut oleh kerana semua anak-cucu balik kampung, jadi Mak Pak Man suruh anak-anak dan cucu-cucu nya tangkap itik serati untuk dibuat lauk. Kami semua memang suka sangat makan gulai serati ni. 



Ayah Long dan Ayah Su mengambil tugas sebagai tukang sembelih.


Seekor tak cukup........tangkap lagi!. Tak apa...... hari ni mok bagi lampu hijau, tangkap saja seberapa banyak yang anak-cucu hendak.

Kejar lagi.....cari celah-celah pokok asam limau purut tu.......kejar dan tangkap.


Haaa.....dah dapat dah tu..........cepat!.....cari lagi!.


Sembelih lagi..........Bismillah hirrah maanirrahim.............seronok juga dapat main kejar-kejar itik sekali-sekali.

Sunday, September 5, 2010

Letih.

Hari panas terik...............sabar.................

Mohon Cuti.

Nak berehat dua tiga hari............
Balik kampung.
MAAF ZAHIR BATIN.

Thursday, September 2, 2010

Majlis Makan Colek.

Sekarang ni sudah menjadi trend di kalangan orang-orang politik di Kelantan mengadakan majlis makan colek pada waktu selepas sembahyang sunat tarawih.
Macam-macam jenis colek ada dihidangkan. Nampak sedap..........kecur air liur.....
Pak Man teringat masa kecik dulu, Pak Man pergi tarawih bawa pitis 10 Sen. Beli asam jawa, pakat makan ramai-ramai(berebut) di 'Balasah Gemulah Tok Aji Omar'. Colek yang mewah-mewah macam tu tak ada.......

Tuesday, August 31, 2010

Skodeng Tunku.

Gelagat budak-budak Semantan Ulu semasa melawat Muzium Kemerdekaan di Melaka beberapa bulan yang lepas.
Hari ini mereka menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 di rumah masing-masing.
Esok ada sambutan kemerdekaan di sekolah.
MERDEKA.

Monday, August 30, 2010

Berbuka dengan 'Unta Golek'.

Nah....ambik kauu.........unta golek seekor.....siap dengan kakinya lagi.
Lauk lebih besar daripada manusia. Panggil orang sekampung makan pun boleh.........
Pinggan nya sebesar meja makan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 53.

Saturday, August 28, 2010

Sudah-sudah lah tu......


Selak saja surat khabar, mesti ada cerita mereka berdua. Sampai bila nak berakhir?
Teringin juga nak baca tentang cerita-cerita yang membina minda. Cerita-cerita kejayaan anak bangsa. Bukan cerita-cerita yang tak ada faedah macam tu............
Sudah-sudah lah tu.........