ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Thursday, April 2, 2009
Wednesday, April 1, 2009
Sukan SK Semantan Ulu - 04.04.09 (Sabtu).
SK Semantan Ulu akan mengadakan Hari Sukan Tahunan pada 04.04.09 ini, iaitu hari Sabtu. Pagi tadi (Rabu) kami mengadakan raptai penuh perbarisan. Esok akan diadakan sekali lagi raptai penuh. Sukan Tahunan pada tahun ini akan dirasmikan oleh YB ADUN Batu Talam. Harapan kami agar semua penduduk kampung sekitar Semantan, Kg.Ria dan Kundang Patah dapat hadir bagi memeriahkan lagi Hari Sukan ini.
Murid-murid sedang berehat setelah penat berbaris. Walaupun letih tapi tetap tersenyum bila cikgu nak ambil gambar.
Tuesday, March 31, 2009
Pak Jali Penggateh Teksi
Pak Jali sudah lama mengayuh beca, sejak dari zaman Pak Man bersekolah rendah lagi. Dalam tahun-tahun 70 an, Pak Jali akan menghantar dan mengambil anak-anak seorang ustaz yang mengajar di sekolah Pak Man. Ustaz tersebut bayar bulan-bulan. Pak Jali ada pendapatan tetap.
Sekarang sudah hampir 40 tahun dah masa berlalu, anak ustaz tersebut dah berjaya belajar ke luar negeri dan sekarang ni dah balik dan bekerja. Jadi jurutera, dah kahwin dan beranak-pinak. Tapi, di manakah silapnya, Pak Jali sekarang ni masih lagi seorang penggateh teksi. Pak Man berasa sedih dan simpati bila dapat tahu yang Pak Jali masih lagi mencari rezeki dengan becanya itu. Kenapakah hidup Pak Jali masih tak berubah?
Monday, March 30, 2009
Air Nira (Tuak)
Tuak atau air nira boleh didapati dari pokok kelapa, pokok nipah, pokok kabung dan beberapa pokok lagi dari spesis yang seangkatan dengannya.Air nira yang baru diambil dari pokok boleh diminum terus, manis dan segar!
Kalau disimpan dua tiga hari, air nira boleh bertukar menjadi 'tuak masam' macam todi.........yang ini jangan minum. Boleh memabukkan, HARAM.
Nira nipah kalau disimpan selama seminggu, boleh bertukar menjadi 'cuka nipah'.
Air nira yang segar boleh diminum terus. Kadang-kadang ada 'kedai makan' di Kelantan yang menjual minuman ini. Kalau nak order mesti cakap'air tuak', kalau tidak tak dapat laa......Berbeza dengan di Sarawak, tuak di sana dengar ceritanya boleh memabukkan. Tuak Kelantan tak mabuk. Yang mabuk tu namanya'tuak masam'.
Sunday, March 29, 2009
Gula Le / Gula Kapas
Pak Man tak tahu nak eja macam mana, Gula Le/Gula Lir/Gula Lay.........tapi benda tu adalah seperti dalam gambar di atas. Orang Bachok panggil Gula Le, orang Kuala Lumpur panggil Gula Kapas, orang Jeli dan Gua Musang panggil Cotton Candy.
Pak Man rasa anak-anak semua pernah makan benda ni kan!........rasanya manis, letak atas lidah terus hancur. Zaman Pak Man kanak-kanak dulu, satu plastik tu harganya 50 sen (Samah). Ada berbagai warna, tapi yang paling popular ialah gula le yang berwarna merah jambu.Saturday, March 28, 2009
30 dan 31 Mac

Seluruh negeri Kelantan akan bercuti pada 30 dan 31 Mac (Isnin dan Selasa). Dua minggu lepas masa cuti sekolah, Pak Man nampak sudah banyak persediaan , pintu-pintu gerbang sedang dibina.
Masa Pak Man kanak-kanak dulu, hari keputeraan Al-Sultan Kelantan ini dikenali dengan nama 'pesta puja umur'. Tapi sekarang perkataan tersebut sudah tidak kedengaran lagi. Orang sekarang semua sudah sedar dan istilah-istilah yang tidak Islamik sudah tidak dipakai lagi.
Biasanya kami di Bachok, akan berpusu-pusu ke Pantai Irama. Di sana akan diadakan pertandingan mendayung sampan dan pertandingan bot laju.
Beberapa minggu sebelum itu, perahu-perahu nelayan akan dihias indah, kerana ada pertandingan 'Perahu Cantik'.
Sekarang ni Pak Man tak tahulah entah ada lagi ke tidak.
Bila tiba hari pesta begini, Pak Man tak lepas kan peluang untuk beli 'gula le' atau orang panggil 'gula kapas'.
"Daulat Tuanku"
Thursday, March 26, 2009
Atok dan Cucu
"Abang bercadang nak sambung belajar di mana?"
"Abang memohon banyak tempat, tak tahulah dapat yang mana."
"Tak kira di mana abang belajar, yang penting, belajar bersungguh-sungguh"
"InsyaAllah"
"Sembahyang jangan sekali dilupakan"
"InsyaAllah"
"Abang ni dah kira bertuah, dah hidup zaman senang....zaman ayah abang belajar dulu, susah sangat. Jalan kaki 5 batu tu biasa."
"Tok (Chek) ni mungkin dah tak sempat dah nak tengok abang berjaya."
"InsyaAllah sempat......kalau panjang umur lima enam tahun lagi ."
Itulah antara dialog atok dan cucunya disuatu petang pada minggu lepas. Tempatnya, di bawah pokok mangga, depan rumah atok. Cuaca 'jo'ong'.....angin Laut China Selatan bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Wednesday, March 25, 2009
Kerak 'nnisae'
Gula Melaka, orang Kelantan panggil'nnisae'. Asal dari perkataan manisan. Pak Da Daud, jiran depan rumah Pak Man di Bachok, seorang Tok Penyadap(pembuat 'nnisae').Setiap pagi Pak Da Daud akan memanjat berpuluh-puluh batang pokok kelapa untuk mengumpul nira yang telah ditadah dengan menggunakan 'tukil'.
Tukil ialah tabung yang diperbuat daripada batang buluh.
Selepas itu, nira kelapa akan dimasak sehingga menjadi pekat. Warnanya akan bertukar menjadi perang.
Lepas tu, masukkan ke dalam acuan yang diperbuat dari daun mengkuang(berbentuk bulat seperti dalam gambar di atas).
Setelah beku, bolehlah dijual. Pak Man suka tunggu waktu peringkat terakhir proses membuat nnisae ni. Sebelum kawah di cuci, kerak nnisae akan di keluarkan......masa ni lah budak-budak akan tadah tangan, kerak nnisae akan diagih-agihkan kepada kami semua. Dapatlah kami makan......masa dulu tak ada 'cokelat ' yang mahal-mahal macam sekarang. Kami makan kerak nnisae saja.
Terima kasih Pak Da Daud dan Mak Da Yoh. Mereka sekarang dah pergi Makkah.....rumah pun dah bertukar rumah batu.
Tuesday, March 24, 2009
Barang baik.

Sekarang ni musim hujan, tiap-tiap petang hujan. Malam tadi Pak Man makan nasi berlaukkan ikan goreng, ulam pucuk keledek celur cicah 'barang baik' yang dalam gambar dia atas.
Fuuhhh....sedapnya sehingga menjilat jari.
Alhamdulillah.......setakat ni rezeki yang Allah bagi sungguh memuaskan.
Tidak mewah tapi puas hati.
Alhamdulillah.
Monday, March 23, 2009
Kroni
Ini adalah sebahagian daripada anak-anak sedara Pak Man. Mereka ini adalah pengikut setia blog Pak Man. Mereka juga adalah penonton setia lawak jenaka Pak Man bila Pak Man balik kampung.
Si kembar sudah besar, dah lama Pak Man tak jumpa mereka.
Kalau Pak Man ada apa-apa projek, mereka ni lah yang akan Pak Man utamakan dahulu. Maklumlah mereka ni kroni Pak Man.
Kalau projek tu dari harta kita sendiri, tak salah untuk kita utamakan kroni.
Saturday, March 21, 2009
Yang Kurap dan Yang Korap
Yang itu kurap
Yang ini korap
Yang kurap datang
tangannya tergaru-garu
Yang korap datang
tangannya meminta sesuatu
Yang kurap pergi
menggaru tak sudah-sudah
Yang korap pergi
ketawa berdekah-dekah
Yang ini korap
Yang kurap datang
tangannya tergaru-garu
Yang korap datang
tangannya meminta sesuatu
Yang kurap pergi
menggaru tak sudah-sudah
Yang korap pergi
ketawa berdekah-dekah
Friday, March 20, 2009
Rezeki mereka sekeluarga mencurah-curah.
Thursday, March 19, 2009
Hari Khamis makan sambal tumis.
Hari ini Pak Man nak ke sekolah, selesaikan urusan memasukkan markah.
Lepas tu nak pergi servis kereta, hari Ahad ni nak pergi Kuantan lagi, hantar anak balik ke asrama.
Hari ini hari Khamis 19 Mac 2009, Pak Man rasa nak makan sambal tumis.
Tuesday, March 17, 2009
Woooo...penatnya.
Khamis 12 Mac - Pergi Muadzam tengok keputusan SPM(650 km pergi balik)
Jumaat 13 Mac - Pergi Kuantan ambil anak dari asrama (500 km pergi balik)
Sabtu 14 Mac - Balik Negeri Cahaya Bulan (350 km sehala)
Ahad 15 Mac - Selesaikan urusan (bayar cukai itu dan ini).
Isnin 16 Mac - Pergi kenduri di Tanah Merah(anak sedara kahwin).
Selasa 17 Mac - Balik ke Raub(350 km sehala).
*minta maaf kepada En.Ismail dan keluarga kerana pada hari Jumaat selepas sekolah, Pak Man terpaksa ke Kuantan dan tak sempat nak jumpa anda sekeluarga.
Jumaat 13 Mac - Pergi Kuantan ambil anak dari asrama (500 km pergi balik)
Sabtu 14 Mac - Balik Negeri Cahaya Bulan (350 km sehala)
Ahad 15 Mac - Selesaikan urusan (bayar cukai itu dan ini).
Isnin 16 Mac - Pergi kenduri di Tanah Merah(anak sedara kahwin).
Selasa 17 Mac - Balik ke Raub(350 km sehala).
*minta maaf kepada En.Ismail dan keluarga kerana pada hari Jumaat selepas sekolah, Pak Man terpaksa ke Kuantan dan tak sempat nak jumpa anda sekeluarga.
Thursday, March 12, 2009
Keputusan SPM - Tahniah Azrul, Alhamdulillah.
Hari ni Pak Man pergi ke MRSM Muadzam Shah, ambil keputusan SPM anak Pak Man. Alhamdulillah, anak Pak Man dapat 9A.
Pak Man sangat letih, nanti sambung lagi cerita esok.
Pak Man sangat letih, nanti sambung lagi cerita esok.
Subscribe to:
Posts (Atom)





