Kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas, memang PRU dan harga getah naik ada kaitan nya.
PRU diadakan dalam keadaan harga getah dan kelapa sawit yang tinggi.
Atau mungkin juga harga getah dan kelapa sawit dinaikkan bila nak adakan PRU.
Pak Man tak pasti yang mana satu bergantung dengan yang mana.
Sekarang ni keadaan nya sangat sesuai kalau kerajaan nak adakan PRU.
Orang kampung tengah senang hati.
Poket tengah kembung.................
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Monday, January 10, 2011
Sunday, January 9, 2011
Berserabut.
Dah seminggu tak buka blog.
Malas nak baca berita yang berserabut.
Ada kisah menteri merogol.
Ada kisah SUK.
Ada kisah ahli Parlimen yang nak tarik diri.
Macam-macam.....malas nak baca.
Nak rehat kan otak.
Malas nak baca berita yang berserabut.
Ada kisah menteri merogol.
Ada kisah SUK.
Ada kisah ahli Parlimen yang nak tarik diri.
Macam-macam.....malas nak baca.
Nak rehat kan otak.
Thursday, January 6, 2011
Ujian Allah
Kes 1
Anak kepada seorang doktor.
Sedang belajar perubatan di universiti.
Kena penyakit Barah Otak.
Kes 2
Anak kepada seorang Imam.
Sedang belajar Usuluddin di universiti.
Kena tangkap khalwat.
Macam-macam...........mungkin ada hikmah di sebalik nya.

Wednesday, January 5, 2011
Zaman barang naik.
Hari ini minyak naik lagi 10 Sen.
Bukan nak bersungut, tapi saja nak royat cerita............
Sudah menjadi lumrah dunia, barang-barang semua nya naik harga.
Terima lah seadanya.............
Bukan nak bersungut, tapi saja nak royat cerita............
Sudah menjadi lumrah dunia, barang-barang semua nya naik harga.
Terima lah seadanya.............
Monday, January 3, 2011
Hari Pertama Sekolah, hujan dari malam sampai ke tengah hari
Nasib baik tak banjir , kalau tidak tak dapat lah budak-budak nak gi sekolah.
Murid tahun 1 hanya seorang sahaja.
Selamat Tahun Baru kepada semua.
Murid tahun 1 hanya seorang sahaja.
Selamat Tahun Baru kepada semua.
Tuesday, December 28, 2010
Pancaran Laser - Mat Indon yang mulakan dulu.
Gambar dari Kosmo Online. Ini adalah penjaga gol Malaysia, Sarbinee Alawie semasa Malaysia tewas 1 - 5 kepada Indonesia dalam pusingan awal di Jakarta dahulu.
Tengok lah warna hijau dalam bulatan di muka Sarbinee. Pancaran apa kah itu? Apa lagi.....pancaran laser lah. Mat Indon dah lama dah guna taktik jahat ini.
Bila orang suluh balik ke muka penjaga gol mereka, mula lah mereka bising........(mungkin juga Mat Indon yang buat kerja ini di KL kerana orang kita baik-baik belaka).
Dulu masa kita tewas 1 - 5 kita terima saja. Dah kalah tu kalah lah. Jangan nak salah kan orang lain.
Salahkan lah diri sendiri yang tak tahu main bola sepak.

Sunday, December 26, 2010
Rakyatnya beratus juta orang, tapi tak tahu main bola. Kesihaaaaannnn.
Tersebut lah kisah sebuah negara yang mana rakyat nya ada beratus juta orang. Negara nya sungguh besar. Pulau nya ada berpuluh ribu. Tapi sayang , bila nak tubuhkan pasukan bola sepak terpaksa cari pemain dari Amerika Latin. Kesihaaaaan. Jurulatihnya pun dari luar, kesihaaaaan.
Tapi Malaysia negara yang kecil, rakyatnya hanyalah seramai 27 juta orang. Main bola .....oohhh pandai sekali. Tak payah cari dari luar. Rakyat sendiri berlambak-lambak yang pandai main bolasepak. Sehinggakan susah nak pilih yang mana satu sebagai pemain negara.
Juru latih?....tak ada masalah. Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Pilih saja nak yang mana. Jurulatih luar?.....ishh, buat apa.........buat malu saja.
Rakyat Malaysia semua minat bersukan. Masa lapang kami isikan dengan kegiatan berfaedah . Kami tak ada masa nak berdemontrasi , berarak ke kedutaan negara orang. Baling N---s, uish.....kami tak buat kerja macam tu.
Selamat berjuang HARIMAU MALAYA.

Saturday, December 25, 2010
Allah Huakbar !
Semoga Allah sentiasa melindungi Tuanku dalam menjalankan tugas seharian.
Ohhh.....sungguh gembira rakyat jelata..........Allah Huakbar !.
Ohhh.....sungguh gembira rakyat jelata..........Allah Huakbar !.
Friday, December 24, 2010
Banjir kilat di Mina.
Pada petang 17 Desember November 2010 hujan turun dengan lebatnya di Mina. Angin bertiup kencang. Sampah dan pasir berterbangan. Air mengalir laju. Semua barang-barang yang berada di luar khemah hanyut entah ke mana. Kasut dan selipar semua nya hilang. Air masuk dalam khemah yang berada di tempat rendah.
Selepas hujan berhenti, sampah memenuhi jalan raya. Masa itu semua orang keluar mencari barang-barang yang hilang.
Selepas hujan berhenti, sampah memenuhi jalan raya. Masa itu semua orang keluar mencari barang-barang yang hilang.
Wednesday, December 22, 2010
Pemandangan dari tingkat paling atas Masjidil Haram.
Dari tingkat paling atas(laluan saie Safa dan Marwah) dapat lihat orang sedang tawaf di dataran Kaabah dan juga orang tawaf atas bumbung masjid.
Nun di hujung sana(banyak kren-kren) pembinaan sedang rancak dijalankan. Kadang-kadang malam pun ada orang bekerja.
Nun di hujung sana(banyak kren-kren) pembinaan sedang rancak dijalankan. Kadang-kadang malam pun ada orang bekerja.
Tuesday, December 21, 2010
Minum teh sebelum ke masjid.
Ini adalah warung teh yang Pak Man selalu berhenti untuk minum. Secawan teh susu harga nya 2 Riyal. Rasanya agak puas hati juga lah. Minum sambil berdiri. Itu yang agak tak puas hati sikit.......
Dalam sehari dua ini Pak Man sibuk sikit menyiapkan jadual waktu untuk tahun 2011.
Minta maaf banyak-banyak lah kalau tak sempat nak jawab komen tuan-tuan dan puan-puan semua.
Akan tetapi, jawab tetap akan jawab............

Sunday, December 19, 2010
Kedai 2 Rial.
Salah sebuah daripada kedai 2 Rial yang tak putus-putus dikunjungi pelanggan. Bermacam-macam jenis barang ada. Sesuai untuk orang-orang yang ada ramai anak-cucu. Boleh beli banyak barang. Kualiti nya pun okay juga lah.
Semalam begasi Pak Man dah sampai. Pak Man ambil di Pejabat Pos Raub. TH kirim dengan Pos Laju dari Jeddah. Alhamdulillah.
Semalam begasi Pak Man dah sampai. Pak Man ambil di Pejabat Pos Raub. TH kirim dengan Pos Laju dari Jeddah. Alhamdulillah.
Monday, December 13, 2010
Begasi Pak Man masih lagi di Jeddah.
Beg-beg kami, warna biru dan biru tua(kehitaman) masih belum tiba lagi. Setelah seminggu Pak Man balik, maka pagi tadi Pak Man call Tabung Haji tanya khabar. Mereka kata mereka akan hubungi balik dalam masa dua hari.
Tak puas hati, Pak Man call KLIA bahagian begasi. Mereka kata separuh drp begasi KT 43 dah tiba tapi Pak Man punya tak ada.
Panas hati, Pak Man tanya adakah beg-beg tersebut telah tersesat ke Afrika atau pun ke Afghanistan.......
Jawab orang di sebelah sana, beg-beg tu masih lagi berada di Jeddah.
Macam mana keadaan ini boleh terjadi,
Jawabnya, sebab kapal terbang yang kami naik itu kecil tak muat nak isi beg-beg semua.
Hahaha...........nak tipu orang kampung lah ni.
Beri lah alasan yang munasabah sikit.
Pak Man tak boleh tunggu lagi. Esok nak balik Kelantan.
Terpaksa lah beli kurma di Mydin.

Makan , minum, tak ada masalah.
Burj Al-Haram 2, tempat tinggal kami semasa berada di Makkah. 700 m dari Masjidil Haram. 20 minit jalan kaki. Balik 30 minit, kerana naik bukit.
Makanan yang disediakan oleh TH Global. Pisang montel.....tapi dari Filipina.
Ada orang kata, tak sedap. Tapi bagi kami, biasa saja. Kami makan saja apa yang diberi. Tak banyak komplen.
Sarapan pagi kena beli sendiri. Kafe TH Global di tingkat 2. Nasi impit 2 Riyal, Karipap 2 biji serial. Apam bakar seriyal sekeping. Laksam pun ada dijual, tapi rasa nya tak berapa ummph. Kuahnya kurang ikan.
Air kena masak sendiri. Gula 5 Riyal sekilo. Kalau malas masak, boleh minum saja di kafe. Kami berdua bentang tikar depan pintu bilik, sarapan dan makan tengah hari serta malam sama-sama.

Sunday, December 12, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)