Pagi tadi Pak Man sarapan dengan pulut pagi.
Alhamdulillah sekarang ini dah ada orang jual makanan Kelantan untuk sarapan pagi di Raub ni. Memang sarapan original Kelantan. Ada nasi belauk air dingin, lauk ayam goreng, ayam gulai dan lauk ikan. Ada juga kuih akok, pulut berinti, dan nasi dagang.
Ini adalah nasi kapit (nasi impit) cicah sambal nyiur. wuuuhuu.....kegemaran Pak Man ni. Alhamdulillah , syukur!.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Friday, December 15, 2017
Saturday, December 9, 2017
Hari ini Pak Man beli benih Durian Telur Buaya.
Baru pertama kali Pak Man dengar nama durian telur buaya. Pak Man beli sepokok, RM35.00
Balik rumah Pak Man cuba google macam mana rupa buah nya. Wahhhh....okay jugak ni.
Insya Allah minggu depan Pak Man akan tanam.
Kalau panjang umur, dapat lah merasa buahnya. Kalau tak sempat pun tak apa. Itu rezeki anak cucu nanti.
Balik rumah Pak Man cuba google macam mana rupa buah nya. Wahhhh....okay jugak ni.
Insya Allah minggu depan Pak Man akan tanam.
Kalau panjang umur, dapat lah merasa buahnya. Kalau tak sempat pun tak apa. Itu rezeki anak cucu nanti.
Friday, December 8, 2017
Kenali musang king, elak ditipu peniaga durian
8 Disember 2017
Penolong Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang Mohd Auzaie Koma rudin berkata ini merupakan antara ciri-ciri utama durian D197 yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993.
Beliau berkata masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor kucing sedang tidur.
“Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan ‘Mao Shan’ ditukar kepada sebutan Musang dan ‘Wang’ ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini,” katanya mengenai durian itu yang banyak didapati di sekitar Raub, Pahang.
Beliau berkata untuk itu, pembeli perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual.
“Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang pada bawah buahnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Ladang Bandar Jabatan Pertanian, Serdang dekat sini hari ini.
Mohd Auzaie berkata isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.
“Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain. Malah terdapat sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King, walhal ia merupakan baka lain,” katanya.
Beliau berkata pembeli perlu memeriksa ciri-ciri durian itu terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan ditipu.
Bagi mengenali baka anak pokok Musang King pula, beliau berkata pokok duriannya memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan sedikit beralun.
"Anak pokok ini sesuai untuk ditanam di tanah terbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun setelah ditanam,” katanya. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)