ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Wednesday, July 20, 2016
Sunday, July 10, 2016
Fenomena meletihkan musim raya.
Fenomena meletihkan musim raya
MURNI ABDUL RASHID
10 Julai 2016
KOTA BHARU – Saban tahun, kenderaan memasuki Kelantan ketika musim
perayaan semakin bertambah sehingga menyebabkan masalah kesesakan lalu
lintas di negeri ini tiada kesudahannya!
Masalah tersebut dianggap sebagai fenomena sepanjang musim cuti di mana isunya sudah lama berlarutan dan tiada noktahnya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, masalah kesesakan di beberapa lokasi bukan hanya disebabkan pertambahan kenderaan, tetapi turut melibatkan beberapa masalah teknikal serta infrastruktur jalan khususnya di laluan keluar masuk di negeri ini dan juga di pusat bandar.
Di beberapa laluan utama, infrastrukturnya belum menepati keperluan bagi menampung jumlah kenderaan semasa di mana situasi makin tidak terkawal dengan segelintir pemandu yang bersikap kurang sabar serta mementingkan diri.
Sikap pemandu, infrastruktur kena seiring
Punca kesesakan juga bukan hanya kerana infrastruktur jalan semata-mata, tetapi turut disumbang oleh masalah teknikal dan sikap pemandu sendiri.
Pengguna jalan raya, Mohamad Noor Azahari, 38, tidak menafikan kesesakan jalan raya ini berlaku disebabkan beberapa masalah teknikal.
“Bukan semua jalan sesak, tapi agak menyusahkan bila kenderaan sukar untuk keluar dari simpang yang agak sibuk lalu lintasnya sebab tiada lampu isyarat.
“Ada juga pemandu yang kurang sabar hingga memotong guna lorong kecemasan kerana tidak mahu menunggu lama membuatkan keadaan sedikit celaru. Ini sering berlaku jika menunggu giliran berdekatan jambatan,” katanya.
Menurutnya, laluan alternatif juga sempit, selain permukaan jalan yang kurang elok membuatkan pemandu memperlahankan kenderaan selain projek-projek pembinaan jalan yang sedikit mengganggu kelancaran perjalanan.
Jadi pemandu berhemah
Mohd Ridzwan Mat Zain, 26, berkata, bagi memastikan perjalanan lancar, pemandu perlu mengubah sikap pentingkan diri sendiri, sebaliknya lebih berhemah dan berdisiplin.
“Kadang-kadang mereka ini kurang sabar sebab itu sanggup memotong guna laluan kecemasan di sebelah kiri, perlakuan sebegini hanya menyusahkan orang lain.
“Kita semua sepatutnya lebih bertoleransi. Kita faham, masing-masing sedang bercuti dan mahu mengambil peluang menziarahi kaum keluarga terdekat, tapi kalau semuanya bertoleransi, insha- Allah akan jadi lebih mudah,” katanya.
Selain itu dengan cuti yang masih berbaki, sesetengah anak perantau turut mengambil peluang berkunjung ke tempat tumpuan ramai untuk membeli belah khususnya di Rantau Panjang dan
Pengkalan Kubur, Tumpat.
Baginya, masalah ini sudah dianggap biasa namun bila kesesakan melampau sering berlaku ia sangat mencabar bagi semua pemandu.
“Pihak berkaitan perlu memikir cara untuk mengatasinya dengan lebih proaktif,” katanya.
Jalan satu lorong tidak sesuai jadi laluan utama lagi
Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa berkata, kesesakan yang berlaku saban tahun menjelang perayaan atau musim cuti panjang memerlukan kepada penyelesaian segera pihak berkenaan.
“Sampai bila perkara sebegini perlu ditempuhi kerana ia juga melibatkan kehilangan nyawa.
“Kita kerap melihat bila musim perayaan, jalan-jalan ke pintu masuk utama negeri ini seperti di Gua Musang sering berlaku kemalangan maut,” katanya.
Beliau berkata, faktor jalan raya juga memainkan peranan dengan pertambahan kenderaan dari setahun ke setahun.
“Satu lebuh raya menghubungkan Gua Musang dengan Kota Bharu sudah dibina berikutan jalan raya satu lorong yang ada sekarang sudah tidak sesuai menjadi laluan utama,” katanya.
Tambahnya, lebuh raya yang sedang dalam pembinaan amat perlu diutamakan kerajaan pusat agar dapat disiapkan dalam kadar segera.
Ini kerana Kelantan adalah imigran terbesar ke setiap pelosok negara, malah negeri ini juga antara pembekal tenaga kerja kepada negeri lain.
“Bayangkan, hampir ratusan ribu kenderaan menggunakan laluan satu lorong untuk masuk ke negeri ini. Memang sesak!,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)