Friday, October 30, 2015

Anak demam? ibubapa tak payah cuti......

Anak demam?
Senang saja.
Hantar anak ke sekolah.
Ibubapa boleh pergi kerja.
Bila cikgu dapat tahu budak itu demam,
cikgu akan hantar budak tu ke klinik,
guna kereta cikgu.
ibubapa tak payah susah-susah.
Senang kan?

Thursday, October 29, 2015

Huk aloh....

Kalau kita cakap hal orang lain, 
mereka kat kita mengumpat.

Kalau kita bercerita hal diri sendiri,
mereka kata riak, nak menunjuk-nunjuk.

Kalau kita diam,
mereka kata kita sombong.

Huk aloh.........

Wednesday, October 14, 2015

Beginilah nasib guru-guru di pedalaman






Semua gambar-gambar di atas adalah merupakan guru-guru yang mengajar di SK Pos Tohoi, Gua Musang.
#kredit kepada tuan punya gambar.

Tuesday, October 6, 2015

Up grade jalan ke pondok Pak Man

 Hari ni kontraktor mula buat jalan ke pondok Pak Man. Bubuh batu. Ratakan dan akan di bubuh tar. Semua kos dibayar sendiri. Tak apa lah..........

 Pekerjanya 3 orang sahaja. Tokey nya orang Melayu. Harap-harap akan siap lah hari ni. Tapi ........alamak! Lori nya terbalik pulak. Kerja ditangguhkan .......sambung esok pulak.


Monday, October 5, 2015

Jerebu. Sekolah di tutup.

 Hari ini sekolah ditutup akibat jerebu. Tak ada apa nak buat, jadi Pak Man meracun lalang tepi pagar rumah . Selesai urusan meracun, terus naik kuda merah. Menuju ke bandar Raub. Pergi gerai coconut shake. Minum air kelapa sebagai penawar racun.