Thursday, December 10, 2015

'Saya antara bumiputera berjaya hasil Umno'


Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
 
KUALA LUMPUR - "Tanpa bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Umno, saya dan ramai Bumiputera daripada golongan termiskin tidak berpeluang ke sekolah dan tidak akan dapat keluar daripada kesempitan hidup."

Itu luahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang percaya apa dikecapinya hari ini adalah hasil daripada dasar-dasar diperkenalkan kerajaan sejak dahulu.

Beliau mengakui dirinya tergolong dalam kumpulan dimaksudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Dalam ucapan itu, Najib yang juga Presiden Umno menyatakan pelbagai kejayaan diraih dan dinikmati rakyat, antaranya dalam bidang pendidikan telah melahirkan ratusan ribu graduan cemerlang yang akhirnya menjadi cendekiawan, teknokrat, ulama dan usahawan.

Najib menjelaskan ikhtiar Umno selama ini, telah merubah landskap kehidupan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada lebih baik ataupun disebut mobiliti sosial.
Najib kemudian memberi beberapa contoh di mana anak-anak golongan miskin kini berjaya memegang jawatan penting dalam negara.

"Ada juga yang dulu-dulu keluarganya terpaksa berpindah dari pedalaman ke jalan besar, semata-mata supaya anaknya itu dapat didedahkan kepada arus pembangunan negara dan menjadi lebih terbuka lagi terdidik.

"Tindakan keluarga itu ternyata membawa manfaat. Hari ini, tokoh politik dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu, telahpun berjaya menjadi seorang menteri," kata Najib, yang difahami merujuk kepada Mustapa.
Mustapa yang lebih mesra dengan panggilan Tok Pa, dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 1950 dan dibesarkan dalam suasana yang sukar, namun berpeluang mengubah masa depannya hasil pelbagai bantuan kerajaan pada masa itu.

Ketika ditemui Bernama bagi mengulas ucapan Najib itu, Mustapa berkata bantuan disediakan kerajaan, khas kepada golongan Bumiputera membuka banyak peluang kepada anak muda melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Beliau yang melanjutkan pelajaran di luar negara seperti di University of Melbourne, Australia (Ijazah Ekonomi) dan Boston University, Amerika Syarikat (Ijazah Sarjana Ekonomi), berkata apa yang dilakukan kerajaan sejak dahulu hingga sekarang berjaya melahirkan ramai lagi profesional dalam kalangan Bumiputera yang bermula dengan kehidupan sukar sepertinya.

"Kejayaan terbesar Dasar Ekonomi Baru ialah melahirkan Bumiputera berkelulusan tinggi yang menjadi profesional dan memasuki golongan menengah. Dasar-dasar BN juga membolehkan mobiliti sosial hingga mampu meningkatkan pendapatan masyarakat Bumiputera di luar bandar.

"Saya tidak akan lupakan jasa BN kepada saya dan keluarga. Yang penting ialah kita gunakan sepenuhnya peluang diberi oleh kerajaan bagi menjadi insan yang kompetitif supaya Bumiputera bukan saja berjaya di Malaysia, tetapi juga di peringkat global," katanya. - Bernama

SOLAT

Solat itu berat bagi yang ambil ringan

Solat itu ringan bagi yang ambil berat

Sunday, December 6, 2015

malam ni ada live piala Malaysia - semi final.

Pak man nonton di rumah jer.
kalau ada kerepek Nilai........
sedap juga.......
harap-harap Felda dpt masuk final.

Saturday, November 7, 2015

Hari ni nak gi Kuantan.

Jalan Raub-Lipis 1960

Nak ke Kuantan ambil budak KMPH balik cuti.
Esok nak gi UIA
anak no.2 Konvo.

Tuesday, November 3, 2015

What has happened today.....

Students have returned textbooks.
teachers distribute books for next year.
itu tandanya cuti sekolah sudah semakin hampir.

Friday, October 30, 2015

Anak demam? ibubapa tak payah cuti......

Anak demam?
Senang saja.
Hantar anak ke sekolah.
Ibubapa boleh pergi kerja.
Bila cikgu dapat tahu budak itu demam,
cikgu akan hantar budak tu ke klinik,
guna kereta cikgu.
ibubapa tak payah susah-susah.
Senang kan?

Thursday, October 29, 2015

Huk aloh....

Kalau kita cakap hal orang lain, 
mereka kat kita mengumpat.

Kalau kita bercerita hal diri sendiri,
mereka kata riak, nak menunjuk-nunjuk.

Kalau kita diam,
mereka kata kita sombong.

Huk aloh.........

Wednesday, October 14, 2015

Beginilah nasib guru-guru di pedalaman






Semua gambar-gambar di atas adalah merupakan guru-guru yang mengajar di SK Pos Tohoi, Gua Musang.
#kredit kepada tuan punya gambar.

Tuesday, October 6, 2015

Up grade jalan ke pondok Pak Man

 Hari ni kontraktor mula buat jalan ke pondok Pak Man. Bubuh batu. Ratakan dan akan di bubuh tar. Semua kos dibayar sendiri. Tak apa lah..........

 Pekerjanya 3 orang sahaja. Tokey nya orang Melayu. Harap-harap akan siap lah hari ni. Tapi ........alamak! Lori nya terbalik pulak. Kerja ditangguhkan .......sambung esok pulak.


Monday, October 5, 2015

Jerebu. Sekolah di tutup.

 Hari ini sekolah ditutup akibat jerebu. Tak ada apa nak buat, jadi Pak Man meracun lalang tepi pagar rumah . Selesai urusan meracun, terus naik kuda merah. Menuju ke bandar Raub. Pergi gerai coconut shake. Minum air kelapa sebagai penawar racun.

Tuesday, September 29, 2015

Monday, September 28, 2015

Kertas BI UPSR dipecah dua gred mulai 2016

Kertas BI UPSR dipecah dua gred mulai 2016
upsr


PUTRAJAYA - Kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pemahaman dan penilaian dipecahkan menjadi dua gred berasingan mulai tahun depan, kata Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh.

Beliau berkata pada UPSR sebelum ini, ujian pemahaman dan penilaian bagi subjek BI digabungkan sebagai satu gred sahaja dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) yang mempunyai dua gred.

"Langkah mengasingkan gred pemahaman dan penilaian bagi kertas BI dibuat sejajar dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar," katanya dalam sidang media mengenai format baharu peperiksaan pusat UPSR 2016 di sini hari ini.

Berikutan pengasingan ujian kertas BI itu, calon UPSR bagi Sekolah Kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred mulai tahun depan berbanding hanya lima gred sekarang manakala calon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina SJK Tamil akan memperoleh lapan gred berbanding tujuh.

Ketika ini, calon UPSR untuk SK diberi lima gred berdasarkan subjek BM yang dipecahkan kepada pemahaman dan penilaian; BI; Matematik dan Sains manakala calon SJKC dan SJKT diberi tujuh gred berdasarkan subjek BM (pemahaman dan penilaian); BI; Matematik; Sains serta dua lagi masing-masing melibatkan kertas Bahasa Cina dan Tamil.

Nawal berkata bermula tahun depan juga, kertas UPSR bagi subjek BM, BI, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk ujian pemahaman akan mempunyai soalan dalam bentuk subjektif berbanding hanya objektif ketika ini.

Beliau berkata format ujian pemahaman dalam bentuk subjektif itu antara lain bertujuan menguji pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa pelajar; menguji kemahiran aplikasi maklumat serta menguji kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa calon.

Pada masa sama, katanya, Lembaga Peperiksaan juga akan mengurangkan soalan dengan objektif aneka pilihan, sebaliknya menambah bilangan soalan berbentuk objektif pelbagai bentuk sejajar dengan usaha untuk membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Katanya, mana-mana pihak yang ingin melihat dan meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang www.lp.edu.my mulai hari ini. - Bernama

Kecuaian manusia.

Concrete pipe crash causes pile-up

The concrete pipe that caused a five-car pile up at Sungai Besi.
The concrete pipe that caused a five-car pile up at Sungai Besi.

PETALING JAYA: A large concrete pipe caused a five-car pile up at Sungai Besi when it fell off the back of a lorry.
In the 6.45am incident Monday on the North-South Expressway, the pipe fell as the lorry was travelling under a flyover and crashed on to a car behind it.
Serdang OCPD Asst Comm Razimi Ahmad said four other cars were also involved in the pile up, as they were unable to stop in time.
"Fortunately, no one was hurt. We managed to keep the traffic flow smooth and cleared the debris quickly," he said.

thestaronline.

Wednesday, September 2, 2015

Jangan lupa asal-usul kita.

“Kita berteduh di bawah bayang-bayang pokok, kerana ada orang sebelumnya yang tanam pokok itu.”


Monday, August 17, 2015

Datuk LCW


SUKAN
17 Ogos 2015
MUNGKIN tiada lagi peluang bagi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merealisasikan impiannya dalam merangkul kejuaraan dunia pertama sepanjang kariernya selepas ini.

Wednesday, July 1, 2015

Tanam Kelapa Matag di sekolah.


 Insha Allah 3 tahun lagi akan dapat hasil nya.

Tuan GB, En Zaharuddin bin Zahid Sofian.

Sarang burung.

Burung buat sarang di pokok bunga raya dan bertelur. Depan pejabat sekolah.

Monday, June 22, 2015

Bulan Puasa.

 Akok

 Nasi Kerabu

 Ketupat Sotong

Nekbat........
mesti cari!

Wednesday, June 10, 2015

Jumpa pengikut blog manlaksam di KB Mall

Assalamualaikum.
Waalaikum mussalam.
(berjabat tangan)
Abe ni duduk di Pahang kan?
Ya, kenapa?
Abe ada blog kan?
Ya.(tersenyum).
Apa dah nama blog tu(berfikir)......man.....
manlaksam.
ya! manlaksam. Hahaha.....
Saya ikut blog abe. Tapi loni lamo doh tak update.
Heehee....saya sibuk sikit loni.
Saya mula baca blog abe sejak 2008 lagi. Mulai entri yang abe bawa lori dan rosak di Bukit 7.
Hahaha....lamo tuh. Adik ni nama apa?
Mie....atau pun nama samaran Abu Nuqman(orang nya berjanggut, pakai kopiah dan masih muda).
Oooo......loni duduk mano?
Perlis.
Ngajar ko?
Tidak. Kijo, Jurutera.
00000......
Saya juga jual kitab-kitab....part time.
Hari ni buka booth di KB Mall.
Oooo...bagus tuh.
Maaf lah abe, saya nok kena gerak dah ni, nok gi isi duit parking. Nanti kena saman pulop.
Ok. Jumpa lagi.
Berjabat tangan....
senyum....
Assalamualaikum.
Waalaikum mussalam.

Tuesday, June 9, 2015

Jumpa kawan lama.

Kawan zaman kanak-kanak lagi. Kawan baik dari darjah 1 hingga tingkatan 3.
Sejak umur 16 tahun berpisah.
Sekarang dia dah jadi profesor di UTM Skudai.
Bari balik dari London setelah berkhidmat di sana sebagai Pengarah Malaysia Education selama 4 tahun.
Dua hari lepas di WA Pak Man dan ajak keluar.
Kebetulan kami sama-sama balik kampung.
Dia datang ke rumah dan bawa Pak Man gi makan nasi berlauk.
Banyak cerita lama yang kami sembangkan. Tak sedar sampai pukul 9.00 pagi.
Terima kasih Dr. Anizu kerana masih ingat kawan lama.
Lupa nak bergambar...........
ini gambar-gambar Dr.Anizu yang Pak Man ambik dari FB beliau.