Fadhli Shas bersanding dengan pasangannya(anak Dato' Afandi KAFA). Di Hotel Perdana Kota Bharu. Wan Zack Haikal jadi pengapit.
Gambar-gambar dari Facebook Hotel Perdana.
Mustapha Kamal dan isteri turut hadir.
Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia
menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa
sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah
memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi
telah dipandang ringan.
Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang
berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi
waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India
dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap
pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.
“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya
sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan
ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur
di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak
ini.
“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.