Murid-murid semua gembira. Cikgu pun gembira........
Terima kasih lah abang Milo kerana tak melupakan kami di sini.
Murid hanya 40 orang saja, tak sampai 15 minit dah selesai................jumpa lagi tahun depan.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Wednesday, October 30, 2013
Tuesday, October 29, 2013
Saturday, October 26, 2013
Kelantan sah ke final Piala Malaysia
Kelantan sah ke final Piala Malaysia
25 Oktober 2013
PENYANDANG juara, Kelantan memastikan slot final Piala Malaysia menjadi
milik mereka selepas mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan timbal-balik di Stadium Sultan
Muhammad ke-IV di Kota Bharu malam ini.
Keputusan seri 2-2 yang dicatatkan oleh Kelantan sudah memadai untuk mereka beraksi di pentas akhir pada 3 Nov ini di Stadium Shah Alam.
Pasukan pantai timur itu yang terkenal dengan jolokan 'The Red Warriors' sebelum ini mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas ATM pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat lepas.
Pada perlawanan hari ini, penyerang import ATM, Marlon Alex James membuka tirai jaringan pada minit ke-18 apabila beliau memanfaatkan situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol pasukan Kelantan.
Kelantan terus ketinggalan apabila Marlon menggandakan jaringan untuk pasukan 'The Gladiators' pada minit ke-35 selepas beliau menyudahkan hantaran yang dilakukan oleh Mohd Affize Faisal Mamat.
Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan mengatur semula jentera serangan dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-82 apabila Ahmad Fakri Saarani melepaskan rembatan kencang, sekaligus menewaskan penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun.
Kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi menjadi wira pasukan kendalian Bojan Hodak selepas menyempurnakan hantaran lintang daripada pemain gantian, Zairol Fitree Ishak pada minit ke-85 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.
Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Pahang dan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, esok akan bertemu Kelantan di pentas final.
Untuk rekod, Pahang mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Sarawak pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu lepas. - Bernama

Wednesday, October 23, 2013
Banjir di Cameron Highlands
(GAMBAR) Banjir Lumpur Di Cameron Highlands, Dua Maut!!!
Posted by Sham TT on October 23, 2013 0 CommentPasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.
Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.
Beliau berkata seluruh kekuatan pasukannya seramai 28 orang ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.
Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.
Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.
Sementara itu,laporan Bernama menyebut, kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras akibat limpahan air yang dilepaskan dari empangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.
Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang.
Sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu, katanya.
Beliau menambah, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.
“Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat,” katanya.
Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.
“Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian,” katanya di Facebook.
Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.
Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah.
Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir.
Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya.
Saturday, October 19, 2013
Ramalan mu palsu belaka
Tak ada seorang pun yang meramalkan TRW akan menang.
Kawe tak kisah.......kawe main bersungguh.....
...akhirnya mereka yang menangis.
Kawe tak kisah.......kawe main bersungguh.....
...akhirnya mereka yang menangis.
Wednesday, October 16, 2013
Monday, October 14, 2013
Sunday, October 6, 2013
Janji TSAM
Menyampaikan kata-kata semangat secara langsung dari wad CCU HKL , sebelum perlawanan. Kalau menang saya akan beri special bonus sebaik saja tamat perlawanan.
Bonus terus diberikan sebaik saja tamat permainan..........woooooo....kaya-kaya.....cukup lah utk makan nasi belauk 6 bungkus dan teh o 1 cawan.....6-1.
Bonus terus diberikan sebaik saja tamat permainan..........woooooo....kaya-kaya.....cukup lah utk makan nasi belauk 6 bungkus dan teh o 1 cawan.....6-1.
Saturday, October 5, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)