ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Saturday, September 28, 2013
Thursday, September 26, 2013
Bekas MB Kedah meninggal dunia.
Bekas MB Kedah meninggal dunia
Wartawan Sinar Harian
26 September 2013
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.
"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.
dari mStaronline.......
Published: Khamis September 26, 2013 MYT 11:47:00 AM
Updated: Khamis September 26, 2013 MYT 12:07:30 PM
Updated: Khamis September 26, 2013 MYT 12:07:30 PM
Bekas MB Kedah Meninggal Dunia
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.
Pada Rabu lalu Azizan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital.
Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1.00 pagi hari berkenaan dan beliau mengalami serangan jantung dua jam kemudian.
Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.
Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengah hari Rabu lalu.
Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dimasukkan ke hospital swasta di sini pada 6 Mei lalu dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama.
Beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah bulan lepas.
Sunday, September 22, 2013
Teratak Malaya Janda Baik.
Sabtu 21/9/2013, Pak Man pergi Janda Baik, Pahang. Ada sedikit urusan di sana. Program tu bertempat di Teratak Malaya. Jadi kami sekeluarga tidur di sana. Tempatnya boleh tahan. Aman damai, tepi chalet ada anak sungai mengalir.
Bersebelahan dengan Teratak Malaya ada stadium bolasepak Frenz United. Di sini lah tempat budak-budak Frenz United berlatih. Mereka juga tinggal di sini. Ada asrama mereka di sini.
Ahad 22/9/2013 pukul 11:30 am kami bertolak balik ke Raub. Itu saja................
Ahad 22/9/2013 pukul 11:30 am kami bertolak balik ke Raub. Itu saja................
Monang bosa, TRW 4 - 0 PHG
Alhamdulillah....Pahang juga layak ke suku akhir kerana TRG seri 2-2 dgn NS. Terima kasih TRG kerana menolong PHG. THIS IS PATA TIMO!
Friday, September 20, 2013
Monday, September 16, 2013
Sunday, September 15, 2013
Pemuda Umno: Akramsyah Sanusi Sedia Cabar Khairy.
Pemuda Umno: Akhramsyah Sanusi Sedia Cabar Khairy
Oleh SIRA HABIBU
PETALING JAYA: Akhramsyah Sanusi, anak kepada bekas Menteri
Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, berkata beliau
sedia bertanding menentang penyandang kerusi Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar pada pemilihan parti tahun ini.
"Saya mahu melihat sayap Pemuda kembali ke era kegemilangannya di mana ada keikhlasan dalam perjuangan dan perpaduan dalam melaksanakan agenda Melayu," katanya.
Akhramsyah menyertai saingan bagi menidakkan peluang Khairy memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno tanpa bertanding.
-+ pak man petik dari mStar online.

Tuesday, September 10, 2013
Monday, September 9, 2013
Selamat menduduki UPSR.
Semoga akan berjaya dengan cemerlang. Insya Allah........
Calon SKSU hanya 5 orang sahaja. Harap semuanya cemerlang.
Calon SKSU hanya 5 orang sahaja. Harap semuanya cemerlang.
Saturday, September 7, 2013
Sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah Salleh Yaakob.
Lelaki terpelanting dipanah petir
M FEISAL NORAWI
7 September 2013
TEMERLOH – Seorang penduduk Kampung Gunung Senyum maut selepas dipanah
petir ketika dalam perjalanan pulang dari menjala ikan di sebuah Paya
dekat kampung tersebut, petang kelmarin.
Ketika kejadian, mangsa Salleh Yaakob, 52, bersama isteri, Norehan Hasan 49, memang berhasrat mahu pulang apabila hujan lebat dan ribut petir melanda kawasan itu kira-kira jam 7 petang.
Bagaimanapun menurut seorang saksi Azmi Dollah, 49, ketika cuba menghidupkan enjin motosikal, tiba-tiba satu panahan petir mengenai mereka hingga terpelanting beberapa meter.
“Akibat panahan petir itu Salleh tidak sedarkan diri, isterinya mungkin sempat menghubungi anaknya dan diberitahu kepada seorang jiran dan kami bergegas ke tempat kejadian.
“Masa itu, saya bersama penduduk kampung menaiki dua kereta memandu ke kawasan paya dan dalam perjalanan pergi dan pulang mengambil mangsa keadaan hujan masih lebat dan ribut petir.
“Kami terus hantar mangsa ke Hospital Jengka dan disahkan meninggal dunia oleh doktor kira-kira jam 8 malam,” katanya.
Azmi berkata, jenazah dibawa pulang ke rumahnya dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Gunung Senyum semalam.
Turut hadir menziarahi keluarga mangsa di rumahnya di sini semalam, Adun Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Menurutnya, mangsa dan isteri kerap kali pergi menjala ikan di kawasan tersebut hampir setiap hari dan itu antara rutin harian mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.
Menurutnya, mangsa berada bersama isteri semasa kejadian tetapi kemungkinan mangsa ada memegang jala atau besi menyebabkan dia mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia.

Monday, September 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)