ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Wednesday, May 29, 2013
Tuesday, May 28, 2013
Minyak dalam telaga. Kaya....kaya.....
Ada minyak dalam telaga
Rohana Ismail
28 Mei 2013
28 Mei 2013
Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.
“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.
“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.
Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.
Air telaga berbau minyak petrol
Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.
Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.
“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.
“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan memudaratkan kesihatan saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.
Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.
Dua telaga jiran Zulnurain turut terlibat
Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.
Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.
Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.
Khuatir disambar api
Isteri Ahmad, Salbina Mohamad, 46, berkata, sejak dia mengetahui telaganya bercampur dengan minyak dipercayai petrol, dia tidak memasak khuatir disambar api.
“Permukaan telaga saya yang terletak di dalam rumah dipenuhi dengan minyak, saya khuatir ia disambar api ketika saya sedang memasak,” katanya.
Menurutnya, akibat meminum air telaga tersebut, suaminya Ahmad sakit, namun alhamdulillah semakin pulih selepas berhenti menggunakan air dari telaga itu.
Lapor kepada Jabatan Alam Sekitar
Salbina berkata, masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.
“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.
“Bila-bila masa sahaja kebakaran boleh berlaku, sekiranya ada puntung rokok tercampak dalam telaga ini, atau apa sahaja sumber api berada berhampiran telaga ini,” katanya.
Thursday, May 23, 2013
Telefon bimbit vs tandas
Telefon bimbit vs tandas
23 Mei 2013
Laporan statistik mengejutkan ini mendorong organisasi antarabangsa melancarkan kempen global bagi meningkatkan kebersihan kepada 2.5 bilion orang yang berhadapan dengan risiko kesihatan.
Timbalan Ketua Setiausaha PBB, Jan Eliasson menjelaskan, statistik ini mencerminkan kemiskinan melampau di beberapa negara dunia.
“Masalah ini perlu ditangani segera bagi memenuhi matlamat PBB untuk mengurangkan masalah penduduk yang berhadapan dengan kemudahan kebersihan menjelang akhir 2015,” katanya.
Beliau turut menyelar sikap pemimpin dunia yang hanya menetapkan misi pembangunan milenium untuk memerangi kemiskinan namun masalah kemudahan kebersihan terus dipinggirkan.
“Amalan membuang air besar secara terbuka yang boleh menyebarkan penyakit, perlu dihentikan segera dan perlu berada pada kadar sifar menjelang 2025,” katanya.
Menurutnya, walaupun bilangan penduduk membuang air besar secara terbuka menurun 271 juta sejak tahun 1990, tetapi perbuatan itu masih diamalkan 1.1 bilion orang atau 15 peratus daripada penduduk dunia.
“Ia adalah salah satu punca utama cirit-birit yang mengakibatkan kematian lebih daripada 750,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun,” katanya.
Eliasson berkata, sebanyak 22 negara dengan lebih daripada 80 peratus penduduk membuang air besar secara terbuka di dunia.
Menurut seorang pegawai PBB, Brazil, China, India, Indonesia, Kemboja, Ethiopia, Kenya, Madagascar, Malawi, Mozambique, Nepal, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Zambia, Afghanistan, Burkina
Faso, Chad, Congo, Niger, Sudan dan Selatan Sudan antara masih mengamalkan perbuatan itu.
“Di India sebanyak 60 peratus daripada jumlah penduduknya mengamalkan tabiat membuang air besar terbuka. Perbuatan itu dilihat amat bertentangan dengan pemilikan telefon mudah alih yang meningkat di negara itu,” katanya.
Beliau berkata, kini terdapat peningkatan mendadak penggunaan telefon bimbit dengan hampir satu bilion pengguna berbanding 45 juta pada 2002.
“Laporan menunjukkan, kedai telefon bimbit kini semakin banyak di India termasuk kilang Nokia terbesar di dunia ditempatkan di Chennai. Mereka mampu membeli telefon bimbit tetapi tidak mampu membina tandas di rumah. Perkara ini amat mendukacitakan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kanak-Kanak Sedunia (Unicef) Martin Mogwanja berkata, matlamat kebersihan unggul digariskan PBB hanya boleh tercapai pada 2075 dan bukannya 2015.
“Keuntungan ekonomi global daripada pelaburan sektor kebersihan dianggarkan 170 bilion pound setahun dan masalah kebersihan menjejaskan pertumbuhan ekonomi adalah sekitar antara 0.5
peratus dan 7.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar setiap negara,” katanya dipetik laporan MailOnline
Ogos tahun lalu, pengasas Microsoft, Bill Gates melancarkan kempen ‘menginovasi tandas’ untuk mengurangi angka kanak-kanak meninggal dunia yang berpunca daripada masalah kebersihan.
The Gates Foundation menawarkan AS$42 juta untuk meminta penduduk dunia membuat tandas dengan menggunakan teknologi penjimatan air.
Monday, May 20, 2013
Kursus Peningkatan Penggunaan VLE dan SPS Sekolah Penanda Aras Zon Timur.
19,20 dan 21 Mei 2013 Berada di Kuala Terengganu...................................
Hotel berdekatan dengan Pulau Warisan, Kuala Terengganu..........damaiiiii.
Hotel berdekatan dengan Pulau Warisan, Kuala Terengganu..........damaiiiii.
Friday, May 17, 2013
Thursday, May 16, 2013
Kabinet: Salang tolak jawatan timbalan menteri.
Kabinet: Salang tolak jawatan timbalan menteri
Wartawan Sinar Harian
16 Mei 2013
16 Mei 2013
SIBU - Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".
Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.
"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.
Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri
di tiga portfolio berlainan sebelum ini.
"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.
Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. - Bernama
Wednesday, May 15, 2013
Barisan Kabinet baharu 2013.
Barisan Kabinet baharu yang diumumkan PM petang ini
KUALA LUMPUR 15 Mei - Berikut senarai penuh barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas di Putrajaya petang ini.PERDANA MENTERI - Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI - Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)
4. Tan Sri Joseph Kurup
5. Datuk Seri Shahidan Kassim
6. Nancy Shukri
7. Joseph Entulu Anak Belaun
8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. P. Waytha Moorthy (Senator)
MENTERI KEWANGAN:
1. Datuk Seri Najib Tun Razak
2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN - Datuk Ahmad Maslan
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin
2. Datuk Seri Idris Jusoh
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Datuk Mary Yap Kain Ching
2. P. Kamalanathan
MENTERI PERTAHANAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN - Datuk Abdul Rahim Bakri
MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)
TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Ab. Aziz Kaprawi
MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
MENTERI KERJA RAYA - Datuk Fadillah Yusof
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Datuk Seri Mustapa Mohamed
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Hamim Samuri
MENTERI LUAR - Datuk Seri Anifah Aman
TIMBALAN MENTERI LUAR - Datuk Hamzah Zainuddin
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Hasan Malek
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Jailani Johari
MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Richard Riot Anak Jaem
TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Ismail Abd. Muttalib
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Seri Shafie Apdal
TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Alexander Nanta Linggi
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Abdul Rahman Dahlan
TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Halimah Mohd Saddique
MENTERI BELIA DAN SUKAN - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN - Datuk M. Saravanan
MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Hilmi Yahaya
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator)
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Seri Douglas Uggah Embas
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Noriah Kasnon
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Seri Mahdzir Khalid
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Tajuddin Abdul Rahman
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Joseph Salang Anak Gandum
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Ewon Ebin
TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Seri G.Palanivel
TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Dr. James Dawos Mamit
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Rohani Abdul Karim
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Azizah Mohd. Dun
- UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130515/dn_32/Barisan-Kabinet-baharu-yang-diumumkan-PM-petang-ini#ixzz2TMFAxJSa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, May 9, 2013
Petronas beli dua blok minyak Brazil RM2.6b
PETRONAS beli dua blok minyak Brazil RM2.6b
PETRONAS terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara syarikat minyak dan gas terkemuka dunia apabila membeli dua blok minyak di Brazil membabitkan pelaburan AS$850 juta (RM2.6 bilion).
Pembelian berkenaan juga menandakan penyertaan sulung syarikat minyak dan gas kebangsaan itu dalam aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak di negara yang memiliki antara rizab hidrokarbon terbesar di dunia itu.
Paling prolifik
Ia dibelinya daripada OGX Petroleo e Gas SA's (OGX), iaitu syarikat pengeluar minyak persendirian yang dikuasai jutawan Brazil, Eike Batista.
Dua blok berkenaan yang terletak kira-kira 95 kilometer di luar pantai Rio de Janeirodi adalah antara medan pengeluaran utama dalam lapangan pembangunan minyak Tubarao Martelo, iaitu kawasan pengeluaran minyak paling prolifik di Brazil.
Tubarao Martelo yang bermakna Jerung Tukul atau Hammerhead shark dalam bahasa Portugis, iaitu jenis jerung yang dikategorikan sebagai paling bahaya kepada manusia, dijangka mula mengeluarkan minyak mentah menjelang akhir tahun ini.
“Brazil dianggap sebagai antara pemilik rizab hidrokarbon utama dunia dengan rizab minyak
berjumlah kira-kira 145 bilion tong.
“PETRONAS melihat pengambilalihan itu sebagai satu peluang yang sangat menarik dari segi kualiti aset dan untuk pertumbuhan masa depan strategik di Brazil,” kata syarikat minyak dan kebangsaan itu dalam kenyataannya.
Katanya, urus niaga pengambilalihan pegangan ekuiti OGX itu bakal dimuktamadkan sebaik memperoleh kelulusan agensi kawal selia berkaitan.
Pertumbuhan strategik
Bank of America Merill Lynch dilantik sebagai penasihat kewangan eksklusif manakala Mattos Filho, Viega Filho, Marrey Jr. e Quiroga Advogados ialah penasihat undang-undang PETRONAS bagi urus niaga itu.
Pembelian ekuiti OGX dalam dua blok minyak itu juga adalah janji niaga terbesar kedua yang dibuat syarikat minyak dan gas kebangsaan itu dalam tempoh dua tahun ini.
Tahun lalu, PETRONAS mengumumkan pengambilalihan Progress Energy Resources Corp dari Kanada dengan nilai RM15.8 bilion.
Pengambilalihan itu, selain akan menyediakan PETRONAS dengan sumber gas strategik jangka panjang di kawasan stabil dari segi geopolitik, turut mengukuhkan kedudukan PETRONAS sebagai peserta LNG global utama.
PETRONAS memulakan aktiviti pengambilalihan aset tenaga di luar negara seawal 1990-an, kebanyakannya membabitkan negara membangun.
Sehingga kini, ia telah mengumpulkan kepentingan hidrokarbon di lebih daripada 22 buah negara merangkumi Asia Tenggara, Asia Barat, Asia Tengah, Amerika Latin dan Afrika, yang menghasilkan jumlah kira-kira satu perempat daripada keseluruhan rizab gas minyaknya.
Wednesday, May 8, 2013
Husam terguris.
Husam terguris tak dimaklum
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
8 Mei 2013
8 Mei 2013
Beliau yang juga Adun Salor berkata, sebagai pejuang Islam beliau berjuang bukan kerana jawatan.
“Namun saya sedikit terguris kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh sahabat-sahabat mengenai perkara ini yang boleh menimbulkan masalah kepada penyokong Pas di seluruh negara.
“Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah tetapi biarlah penyokong menikmati kemenangan Pas di Kelantan terlebih dulu dan biarlah ia dilakukan secara tata susila.
“Malah tidak ada ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan Pas Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kota, di sini, semalam.
Menurutnya, sedangkan mesyuarat boleh membantu memperkukuhkan keputusan dan membulatkan pendirian apatah lagi pelantikan Menteri Besar sebelum ini diadakan mesyuarat terlebih dahulu.
Beliau bagaimanapun berkata, ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting tersebut membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan.
“Pihak yang sudah terlantik mempunyai kewajaran dan kelayakan mereka tersendiri. Inilah peluang mereka untuk membuktikan keikhlasan dalam menerajui perjuangan Islam yang syumul di era moden sekarang.
“Namun sebagai seorang aktivis yang masih kekal dengan idealisme ‘Islam adalah Terbaik dan Syumul’, saya selaku rakyat biasa Kelantan memohon tidak ada amalan kronisme diamalkan di semua peringkat selain amalan pemberian kawasan getah klon dan multi spesies dihentikan," katanya.
Beliau berkata, bukan itu sahaja pemberian kawasan perlombongan seeloknya dilakukan secara tender terbuka dan kedudukan amalan perladangan serta perlombongan YIK dan Yakion dikaji semula.
“Saya juga berharap Air Kelantan Sdn Bhd dikaji semula dan perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan penerokaan rakyat dikaji semula.
“Jangan rombak atau hentikan susunan yang telah diatur bagi pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan Bandar Baru Sukan Bukit Merbau, Selising,” katanya.
Beliau juga berharap tuntutan royalti tidak dikendurkan malah terus diperjuangkan demi hak rakyat negeri ini.
....sinar harian.
Monday, May 6, 2013
Ali Rustam : Rakyat tidak hargai jasa.
Mohd Ali: Rakyat tidak hargai jasa
6 Mei 2013
Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.
"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.
"Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.
Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.
Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.
BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.
Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata "biar masa menentukannya". - Bernama
Sunday, May 5, 2013
Helikopter terbalik, Hishamuddin terselamat.
Helikopter terbalik, Hishammuddin terselamat
AHMAD ISMADI ISMAIL
5 Mei 2013
5 Mei 2013
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikoter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang.
Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik.
Rombongan menteri dalam perjalanan pulang dari Johor.
...dipetik daripada Sinar Harian.
Thursday, May 2, 2013
Petronas umum kejayaan penggerudian di medan minyak terbesar Malaysia.
Petronas umum kejayaan penggerudian di medan minyak terbesar Malaysia
2 Mei 2013
Dalam satu kenyataan di sini, Petronas berkata telaga itu digerudi hingga kedalaman lebih 1,000 meter dan mengesahkan kewujudan reservoir yang mengeluarkan minyak dan gas.
Penggerudian itu dilaksanakan oleh Petrofac (Malaysia PM304) Ltd, pengusaha Blok PM304, bersama dengan rakan kongsi usaha sama, Petronas Carigali Sdn Bhd, Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company dan PetroVietnam Exploration Production Corporation Ltd.
Medan Cendor ditemui oleh Amerada Hess pada 2001. Bagaimanapun, penemuan itu pada mulanya dianggap kecil dengan anggaran sumber yang boleh diperoleh sebanyak 12 juta tong (MMstb) minyak, dan dengan demikian dianggap terlalu berisiko dan tidak ekonomik bagi pembangunan, katanya.
Pada Mei 2004, Petrofac memberi kepentingan Amerada Hess dan mengambil alih hak pengendalian Blok PM304.
Berlandaskan strategi Petronas untuk meningkatkan sumber, pengeluaran dan nilai, satu penilaian agresif dan kempen pembangunan telah dilaksanakan, dan berikutan itu, langkah-langkah untuk meraih hasil kewangan daripada medan yang dianggap kecil ini, diambil.
Petronas berkata usaha-usaha yang dijalankan telah berjaya mengubah Cendor daripada sebuah medan yang dianggap kecil kepada medan minyak terbesar di Malaysia.
Cendor telah dibangunkan dengan menggunakan Unit Pengeluaran Operasi Mudah Alih (MOPU) yang disewa dan minyak pertama telah dihasilkan pada September 2006.
Ini juga merupakan penggunaan pertama MOPU di Malaysia dan dianggap penyelesaian pembangunan baharu ketika itu.
Sejak pengeluaran minyak pertama itu, medan Cendor mencapai prestasi melebihi jangkaan, dan ini telah mendorong kegiatan-kegiatan selanjutnya di medan itu dan di kawasan-kawasan sekitar Blok PM304.
Ini membawa kepada pembangunan Cendor Fasa 2 dan pembangunan-pembangunan baharu lain di PM304, yang meningkatkan anggaran sumber boleh diperoleh kepada lebih 200 MMstb, yang merupakan peningkatan lebih 16 kali daripada semasa ia mula-mula ditemui, kata Petronas.
Pembangunan-pembangunan lain di PM304, melalui usaha agresif dalam dua tahun kebelakangan ini, dijangka memulakan pengeluaran secara berperingkat di sepanjang 2013 yang akan memacu pengeluaran ke arah mencapai kira-kira 30,000 tong sehari menjelang akhir tahun.
Peningkatan sumber juga dijangkakan di medan-medan minyak dan gas lain di Malaysia, seperti Berantai RSC dan Balai RSC.
Medan Berantai yang memulakan pengeluaran pada 2012, mencapai peningkatan anggaran gas boleh diperoleh sebanyak 15 peratus berbanding 2011, hasil daripada usaha-usaha pembangunan.
Kerja-kerja pra-pembangunan di Kluster Balai juga menunjukkan tanda-tanda awal tentang peningkatan anggaran sumber.
Sebagai pemilik projek, Petronas berkata ia akan menerima kelayakan 100 peratus bagi pengeluaran daripada Berantai dan Balai RSC.
Sebagai pemegang amanah sumber-sumber petroleum Malaysia, Petronas akan terus mengusahakan pertumbuhan sumber dan menambah nilai kepadanya.
Kejayaan Cendor, Berantai dan Kluster Balai, antara banyak yang lain, adalah hasil daripada usaha bersama, tegas Petronas. - Bernama
Dua orang Datuk berebut nak bersalam .........
Semalam, 1 Mei............
Cuti.
Pergi Pekan sehari Dong.
Penuh sesak.
Orang-orang kampung.
Orang-orang parti.
Sibuk berkempen.
Calon-calon kedua-dua parti,
ada di sana.
kita nak beli ikan dan sayur.
mereka sibuk nak bersalam.
4 tahun dah berlalu,
batang hidung mereka tak pernah nampak di Pekan Sehari.
terhegeh-hegeh........
Cuti.
Pergi Pekan sehari Dong.
Penuh sesak.
Orang-orang kampung.
Orang-orang parti.
Sibuk berkempen.
Calon-calon kedua-dua parti,
ada di sana.
kita nak beli ikan dan sayur.
mereka sibuk nak bersalam.
4 tahun dah berlalu,
batang hidung mereka tak pernah nampak di Pekan Sehari.
terhegeh-hegeh........
Subscribe to:
Posts (Atom)