Monday, December 30, 2013

Berok naik motor

                                            Makan angin.


Monday, December 23, 2013

Rehat seminggu.Tsunami datang lagi?

Mohon berehat dari berblog selama seminggu.
Ada urusan yg nak kena selesaikan.
Minggu depan akan muncul lagi.
Insya Allah.

Saturday, December 21, 2013

Sekarang ini Opah berada di Madinah.

 Opah mengerjakan umrah bersama anak-cucu nya. Keluarga Al-Fateh. Gambar baru terima sekejap tadi. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Al-Fateh menolak opah yang berkerusi roda pergi dan balik ke Masjid Nabawi.

Thursday, December 19, 2013

Dua orang anak sedara Pak Man dapat semua A dalam PMR 2013.

 Ini anak sedara Pak Man yg  duduk di  Bachok, Kelantan. Aliah Ameerah(nama penuh Pak Man lupa, rasa nya ada Wan di depan nya). Dapat 9A...oooh banggo sungguh Pak Man. Tahniah Ameerah.

Yang ini pula anak sedara Pak Man yg duduk di KL. Aini Maisarah (dalam bulatan merah tu....), dapat 8A. Oooohh....bijak sungguh.....Tahniah!

Ada seorang lagi anak sedara Pak Man di Raub, namanya Irfan Daniel, dapat 6A 2B, Tahniah juga untuk Irfan.

Saturday, December 14, 2013

Rekod Dunia - Hoki wanita, Malaysia tewaskan Kemboja, 36-0.

Sukan SEA: Hoki wanita tewaskan Kemboja, 36-0
  • Sukan SEA 2013 Sukan SEA 2013
REKOD dunia tercipta dalam sukan hoki hari ini apabila Malaysia pasukan wanita berjaya menumpaskan Kemboja, 36 – 0 dalam Sukan SEA ke-27 Myanmar, sebentar tadi.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang Argentina apabila mengalahkan Peru, 26 – 0.

Sunday, December 8, 2013

Hari minggu

Pagi-pagi lagi dah pergi Pasar minggu. Sebelah pasar minggu ada padang bola. Berehat tepi padang bola sambil tengok budak-budak main bola.

Wednesday, December 4, 2013

Ziarah rumah arwah moyang

 Tiba-tiba rasa nak ziarah rumah arwah moyang.

Durian kampung......
Alhamdulillah ada rezeki rupanya. Pokok duriannya ada buah........(kihkihkih).

Tuesday, December 3, 2013

Pokok Duku berbuah sulong

 Alhamdulillah pokok ini sudah berbuah.

Semoga akan berbuah dgn lebih lebat lagi tahun depan.

Saturday, November 30, 2013

Baru lepas potong rumput.

Rumput yang dah dipotong perlu dikumpul dan dibiarkan reput.
Tempat main badminton waktu petang.

Friday, November 29, 2013

Cuci kolah ikan keli

 Pagi tadi Pak Man tukar air dan cuci kolah ikan keli.

Dalam pada itu ambil lah tujuh lapan ekor untuk buat lauk makan tengahari.

Thursday, November 28, 2013

Upah mesin rumput sudah naik

Petang semalam Pak Man upah orang mesin rumput kawasan rumah. 2 bulan lepas orang yang sama buat kerja ni, upah nya RM 150.00.
Semalam dia minta upah RM 220.00. Kata nya harga minyak, gula dan ikan sudah naik.
 Ini lah kesan drp kenaikan harga minyak.
Syukur ! negara kita masih lagi aman.

Wednesday, November 27, 2013

Mandi air telaga - musim hujan - best!

Waktu hujan-hujan gini kalau mandi air telaga, best. Rasa suam-suam air nya.

Tuesday, November 26, 2013

Kerusi malas gemulah Chek

Gemulah Chek akan tidur di kerusi ini sementara menunggu masuk nya waktu asar.

Monday, November 25, 2013

Pemandangan dari Bank Islam Raub.

Alhamdulillah bukit-bukit di belakang sana masih gagah bertahan. tetapi tak tahu untuk berapa lama lagi(tokey balak tengok, meleleh air liur).

Wednesday, November 20, 2013

Hujan dari pagi sampai petang - di Bachok

 Tak keluar rumah. Aktiviti dalaman sahaja.

 Duduk di tangga tengok orang lalu . Berehat........

Itik serati nak kena bagi makan juga. Harga dedak sudah naik. (kalau masak kerutuk sedap juga ni!).

Thursday, November 14, 2013

40% pelajar Semantan Ulu dapat 5A dalam UPSR.

 Nurshahadah Zakaria 5A - Tahniah!

Nur Nadirah Azwa 5A - Tahniah!

Kelapa Matag

 Minggu depan Pak Man akan mula projek ni. Balik kampung tanam kelapa matag.

 Pokok nya berbuah lebat. Pokok nya rendah.

 Buah nya bersaiz besar.

Isinya tebal. Banyak santan........lumayan. Insya Allah.

Wednesday, November 13, 2013

Belalang Goreng.

Belalang beras goreng sedap
  • Belalang beras goreng sedap 
  •  Pak Do Kob menunjukkan belalang goreng yang sedia untuk dimakan.
3 / 3
SAWAH padi sememangnya menjana banyak sumber rezeki untuk penduduk kampung tidak kira dengan hasil padi secara langsung atau musim senggang yang mengundang pelbagai unggas dan haiwan yang boleh dijual.

Antaranya, sebelum musim membajak akan menjadi tumpuan siput sedut dan ikan darat. Manakala, ketika musim menuai pula unggas seperti belalang juga akan bertumpu di lokasi tertentu, termasuk di Kampung Serdang Tua, Pak Badol, Bachok.

Menurut kitab Al-Tib Al-Nabawwi (halaman 311), khasiat makan belalang amat baik bagi mengubati beberapa jenis penyakit.

Jika dimasak secara kukus, ia dikatakan dapat mengubati penyakit kencing tidak lawas dan penyakit buasir. Jika dimakan belalang yang belum bersayap dengan dibakar, ia dipercayai mampu menghilangkan bisa racun kala jengking dan bisa binatang lain.

Malah dikatakan, jika diamalkan memakan secara berterusan, serangga ini juga dapat menguruskan badan namun, belalang mudarat bagi mereka yang mengalami sakit kepala dan lumpuh.

Jana pendapatan lumayan

Bagi seorang warga emas, Ismail Mamat, 64, aktiviti mencari belalang yang bermula sebagai hobi ketika musim menuai kini menjadi rutin sejak lebih 30 tahun lalu.

Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Da Kob berkata, dia sendiri gemar memakan makanan eksotik itu yang enak dimakan bersama nasi seperti lauk lain.
“Belalang biasanya digoreng sebelum dimakan. Spesies yang biasanya ditangkap ialah belalang beras yang mendapat permintaan tinggi.

“Adakalanya, pakcik mampu mendapat hasil sehingga RM800 sebulan. Selain dijual kepada peraih, biasanya ada pelanggan tetap di sekitar kampung yang buat tempahan awal. Pakcik juga pernah jual hampir 15 kilogram belalang kepada seorang penggemar belalang,” katanya yang turut mempunyai pelanggan dari Pasir Puteh.

Cari belalang waktu malam

Pak Do Kob berkata, waktu sesuai menangkap belalang ialah sekitar jam 11 malam dan jika cuaca hujan, dia akan keluar lebih awal kerana lebih banyak belalang diperoleh.

Katanya, kaedah menangkap belalang ini menggunakan alat khas iaitu ‘sauk belalang’ yang dibuat daripada karung guni yang diikat bersama dua batang kayu.

“Harga belalang biasanya RM5 bagi secupak (900 gram). Boleh dikatakan setiap hari ia habis dijual dan pakcik perlu cari belalang hampir setiap malam,” katanya.

Pak Do Kob berkata, belalang yang ditangkap akan dibersihkan dua kali bagi mengelakkan pemakannya berasa gatal dan ia kemudian diperap bersama garam kunyit sebelum digoreng garing bagi membolehkannya tahan lebih lama.

Goreng bersama santan

Manakala, isteri Pak Da Kob, Zariah Yusof, 60, berkata, bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, dia menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu.

“Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing.

“Tetapi bagi penghidap resdung, makanan ini tidak sesuai kerana boleh menyebabkan alahan pada kulit,” katanya.

Tuesday, November 5, 2013

Projek cuti sekolah

Hari ini cuti Awal Muharam. Pagi tadi pergi kedai cina yg jual benih pokok. Cari benih kelapa matag. Harga nya boleh tahan juga. RM18 sepokok. Pak Man beli 15 pokok + baja + racun.
2 minggu lagi cuti sekolah. Hajat di hati nak bercucuk tanam. Sementara itu bacalah dulu panduan bagaimana nak menanam dan sebagainya. Harap-harap berjaya...........3 tahun baru dapat hasil.(kalau panjang umur).

Friday, November 1, 2013

Kuatkan semangat mu Piya!

Badhri terima ugutan bunuh


BADHRI menerima ugutan bunuh daripada individu yang menggunakan nama Elman Ganu dalam laman sosial Facebook semalam.



KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menerima ancaman bunuh menerusi laman sosial Facebook.

Ekoran ancaman tersebut, para penyokong The Red Warriors tampil membuat laporan polis pada pukul 6 petang semalam di Balai Polis Kota Bharu.

Laporan tersebut dibuat oleh Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bersama 20 ahli kelab yang diketuai oleh Presidennya, Roslan Ismail.

Menurut Roslan, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) membuat siasatan secara terperinci ke atas pemilik laman sosial berkenaan yang menggunakan akaun Elman Ganu.

“Sebagai penyokong dan peminat setia skuad bola sepak Kelantan, saya menyifatkan tindakan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.
“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang membuat kenyataan tersebut.

“Laporan polis ini juga sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu obses sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” ujar Roslan.
Elman Ganu menerusi ruangan sembang di laman sosial berkenaan bersama seorang yang lain, Budok Juvana, menulis: “Kelantan *$%*! Sial, kalau Kelantan menang Piala Malaysia, aku*#@%^&@$ akulah! Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi!! Indra Putra aku nak sula dia! Fakri aku nak dia jadi pembantu rumah aku!”

Sebelum ini, akhbar tempatan pernah melaporkan tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin turut menerima ancaman bunuh daripada seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT).
Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan seperti itu, malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan semata-mata.

Badhri ketika dihubungi enggan mengulas ugutan tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.