Beratur! beratur!
Hmmmm........sejukkkk.
Budak-budak Semantan Ulu dapat minum Milo.........
Terima kasih abang Milo.......
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Wednesday, August 29, 2012
Monday, August 27, 2012
Chong Wei pilih Mew Choo, kahwin tahun depan.
Chong Wei pilih Mew Choo, kahwin tahun depan
hafiz mahmood
27 Ogos 2012
27 Ogos 2012
Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.
Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.
"Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.
Menurutnya beliau tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif sehingga mengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.
"Saya dan dia (berkawan) sudah banyak tahun. Tetapi kadang-kadang saya tiada masa dan saya mahu fokus pada karier dan biasalah kadang-kadang kita bergaduh," akui atlet dari Pulau Pinang itu.
Mengenang kisah lampau, Chong Wei mendedahkan beliau dan Wong pernah berpisah ketika menyertai latihan di Korea Selatan pada 2009, namun, hubungan itu terjalin semula setahun lalu.
Dalam perkembangan lain, musuh tradisi atlet itu, pemain perseorangan nombor satu dunia Lin Dan dari China juga dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan bekas perseorangan wanita republik itu, Xie Xinfang bulan depan. - Bernama
Thursday, August 23, 2012
PKR mahu kerusi Bachok
PRU13: PKR mahu kerusi Bachok
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
23 Ogos 2012
23 Ogos 2012
Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir mengakui pihaknya telah menghantar surat cadangan berhubung perkara itu kepada PKR Pusat dan Pas Kelantan sebelum Ramadan lalu.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada kedua-dua pihak tersebut memandangkan sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas.
“Surat cadangan tersebut kita hantar sebelum puasa lagi tetapi sampai sekarang masih tiada sebarang jawapan. Tetapi apa jua keputusan daripada pihak Pas nanti kita terima dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.
Memetik laporan sebuah blog bertajuk ‘Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok’ terdapat desas-desus yang mengatakan PKR Kelantan telah mengemukakan cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimiliki parti ditukar dengan kerusi Pas di Bachok.
Dalam kenyataan menerus blog itu menyatakan nama bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh merupakan calon yang disebutkan-sebutkan memiliki kredibiliti berdepan saingan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada PRU13.
Mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan blog tersebut tidak menafikan kemampuan Zaiyadi untuk bertaruh dengan Awang Adek sekiranya menjadi calon PKR pada pilihan raya kelak kerana terdiri daripada keluarga besar yang berpengaruh sekali gus berkemampuan meraih sokongan penduduk Bachok.
Ditanya objektif cadangan pertukaran kerusi tersebut berkemungkinan faktor PKR Kelantan bermasalah di Machang termasuk Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding di Kedah, beliau menafikannya dan menegaskan idea itu sekadar strategi parti untuk berhadapan PRU13.
Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Saifuddin akan beralih arah ke negeri sebelah utara berkenaan disifatkan sebagai khabar angin sahaja yang tidak ada kesahihan fakta yang tepat.
“Biasalah kalau ada masalah dalam parti, mana-mana parti pun akan berhadapan masalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan ini tiada kaitan dengan cadangan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kini PKR Kelantan memiliki sekurang-kurangnya tiga calon muka baru yang tersenarai untuk bertanding kerusi Parlimen Machang.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal calon itu kerana semuanya bergantung atas keputusan PKR Pusat yang berhak membuat pemilihan.
Pada PRU13, Pas yang mencalonkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menang mengalahkan Awang Adek.
Tuesday, August 14, 2012
Monday, August 13, 2012
Jangan main mercun. Bahaya!
Padah mercun buatan sendiri
ROSALWANI CHE SOH
13 Ogos 2012
13 Ogos 2012
Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku ketika kedua-duanya yang dipercayai bekerja sebagai pengangkut barang di kawasan terbabit, menyalakan 20 biji mercun bola yang diubah suai dengan diletakkan dalam sebuah bekas.
Akibat tindakan mereka itu, Mohd Shahril Affendi, 20, hancur di pergelangan tangan kanan manakala Mohd Ahmad Ismail, 19, melecur di bahagian badan dan kabur kedua-dua mata kiri dan kanan.
Kedua-dua dua mangsa dikejarkan pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan.
Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil, namun mengalami kecederaan parah.
“Kini mangsa dirujuk di unit kecemasan hospital sebelum dipindahkan ke wad biasa. Dipercayai kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pangkal Dalam, Pasir Mas,” katanya.
Bagaimanapun kedua-dua mangsa enggan ditemubual ketika Sinar Harian cuba mendapatkan mereka di wad kecemasan terbabit.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dari pihak hospital.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 selain dipenjara lima tahu atau dikenakan denda RM 10,000.
“Saya nasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak melanggar undang-undang kerana bermain mercun bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang lain kerana ia bakal mengundang kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Kejadian terbabit merupakan kes keempat di negeri ini, selepas kejadian di Gua Musang, Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Sumber : Sinar Harian.
Friday, August 10, 2012
Tak ada ke syarikat besar dari Sarawak nak sponsor Mee Kolok percuma?
Tahniah Pandelela!
Budak yang di bawah ni tak betul agak nya.
Macam mana sekarang Bro?
Sudah kerat ke belum?
Jangan lupa ambil gambar dan uploadkan . Semua orang nak tengok ni?
Ada Berani?
Monday, August 6, 2012
Baru balik dari kampung.
Hari ini
baru balik dari kampung
berbuka puasa dengan mak
dua hari di sana
gulai lemak ikan layor
ikan kerisi goreng
belah belakang dan
digaram kunyitkan
pucuk beko
cicah budu
habis tiga pinggan
nyandar di dinding
makan nikbat
minum air tuak(nira).
sedap sungguh
tak percaya
boleh cuba
baru balik dari kampung
berbuka puasa dengan mak
dua hari di sana
gulai lemak ikan layor
ikan kerisi goreng
belah belakang dan
digaram kunyitkan
pucuk beko
cicah budu
habis tiga pinggan
nyandar di dinding
makan nikbat
minum air tuak(nira).
sedap sungguh
tak percaya
boleh cuba
Friday, August 3, 2012
Berubah lah wei !
Sekiranya benar mau bolasepak msia diperbaiki saya cadangkan perkara berikut di lakukan segera;
1.hapuskan kaedah jawatan tertentu diberi secara otomatik kpd penjawat politik spt MB dan kembali kpd sistem pemilihan terbuka selari dgn amalan FIFA/AFC
1.hapuskan kaedah jawatan tertentu diberi secara otomatik kpd penjawat politik spt MB dan kembali kpd sistem pemilihan terbuka selari dgn amalan FIFA/AFC
2.JAWATAN YG BOLEH DIPERTANDINGKAN tidak harus dipegang oleh sultan yg memerintah/gabenur/Tengku Mahkota yg boleh membantut keterbukaan bersuara ahli
...
3.LIGA Msia harus DI REINVENT dan dikendali badan bebas milik bersama pasukan anggota liga selari dengan kehendak AFC/FIFA,MANAKALA BADAN INDUK BOLA menumpu kpd pentadbiran dan pembangunan bolasepak
4.DANA DARI tajaan liga mesti dikembali pada pasukan dlm liga dan kearah memajukan pasukan dlm liga dan bukannya utk aktiviti yg tidak kena mengena dgn liga
5.SATU gerakan besar besaran melahirkan SEBERAPA RAMAI JURULATIH BERTAULIAH agar bolasepak akar umbi terutama sekolah mesti di kendali jurulatih bertauliah
6.MEMBAWA masuk pakar teknikal dan sains sukan dari seluruh dunia utk melatih jurulatih tempatan
7.LIGA KEBANGSAAN mesti di perluas ke pelbagai peringkat umur termasuk bawah 18/15/12/8tahun
8.SISTEM KELAB perlu digalakkan sehingga keakar umbi dan laksanakan sistem daftar dan licencing spt diperakukan oleh FIFA
9.kerajaan mesti mempunyai BLUEPRINT JANGKA PANJANG YG JELAS yg digubal bersama dgn badan induk bolasepak negara
9.AKADEMI BOLASEPAK diujudkan di semua negeri dgn model dan konsep pembangunan skill dan corak permainan yg jelas..ie model jepun?brazil?spain?....
10.HADKAN tempoh penjawat jawatan agar ada proses rejuvenasi yg segar dan tidak bersifat KEPOMPONG DAN LITTLE EMPAYAR yg jumud...
11.pembangunan prasarana bola terutama padang sama ada di stadium,sekolah,pdg awam dll mesti melepasi piawaian minima antarabangsa
12.Satu sistem Tajaan komersil dan pengumpulan dana yg teratur dan telus mesti di ujud dan dikendali secara professional.
13.SEMUA badan bolasepak mestilah diurus berlandaskan norm antarabangsa,terbuka,demokrati
...Apakah benar kita mau lihat perubahan???..saya percaya byk lagi initiatif dan idea lain dari berbagai pihak..pokoknya...BENARKAH?
Subscribe to:
Posts (Atom)