Friday, July 27, 2012

Ahli politik, Tan Sri antara yang beli ijazah palsu.

SHAH ALAM - Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.

"Berdasarkan risikan serta gambar-gambar yang dirampas, kita kenal pasti ada individu-individu berstatus yang terlibat.

"Apabila maklumat sudah mencukupi, kita akan panggil mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Selangor, hari ini.

Menurutnya, sepasang suami isteri yang merupakan dalang sindiket menjual sijil palsu terbabit ditahan pihaknya semalam.

Katanya, suspek lelaki yang juga pengarah syarikat berusia 37 tahun, ditahan di Cheras, manakala isterinya, seorang pensyarah berusia 36 tahun, ditahan di pejabat mereka di USJ 10, Subang Jaya.

"Kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Tun Hisan berkata, dalam serbuan di pejabat suspek, pihaknya merampas senarai-senarai penerima sijil, dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu, gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003 dan mendapat pelanggan melalui ejen tertentu yang dihantar untuk mencari pembeli termasuk secara online.

Katanya, suspek menawarkan sijil palsu dengan harga RM6,500 bagi ijazah, RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) dalam pelbagai jurusan yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara, antaranya University of Rockhampton, Harvey International University, Cannington Brook University dan Charles Molnar University.

"Bagaimanapun tidak semua universiti terbabit wujud dan setakat ini suspek dikenal pasti mengaut keuntungan melebihi RM5 juta hasil kegiatan berkenaan. Pembeli sijil juga maklum sijil diterima adalah palsu.

"Pelanggan juga hanya perlu membayar wang mengikut sijil yang dikehendaki dan mereka tidak perlu belajar, mengambil ujian atau menghantar kertas kerja," katanya.

Tun Hisan berkata, setelah jumlah pelanggan yang didaftarkan mencukupi, satu majlis konvokesyen akan diadakan di mana-mana hotel terkemuka di Lembah Klang, kononnya untuk mengiktiraf penerima ijazah atau 'graduan' terbabit.

Menurutnya, majlis itu dijalankan sama seperti majlis konvokesyen yang diiktiraf dan penerima ijazah palsu turut memakai pakaian konvokesyen selain ahli keluarga dijemput hadir. Katanya, bayaran lain turut dikenakan bagi sesi konvokesyen itu.

#Sinar Harian.

Friday, July 20, 2012

TRW dapat RM 1 juta lebih.

Hadiah Liga Super Malaysia. Penyampaian nya di Wisma FAM petang tadi.(20/7/2012)


1. RM325,024 + RM750,000 (Hadiah Kejuaraan)- Kelantan
 2. RM301,808 + RM450,000 (Hadiah Naib Juara)- Lions XII
3. RM278,592 + RM300,000 (Hadiah Ketiga)- Selangor
4. RM255,376
5. RM232,160
6. RM208,944
7. RM185,728
8. RM162,512
9. RM139,296
10. RM116,080
11. RM92,864
12. RM69,648
13. RM46,432
14. RM23,216

Sumber : Hijaukuning.com

Thursday, July 19, 2012

QPR - Selamat Datang ke KB.

 Kapal terbang QPR sudah tiba di KB.
 Para peminat menunggu di luar airport. Parking berlapis-lapis.
 Pengangkutan rasmi QPR. Malam nanti para pemain QPR dan TRW akan sama-sama naik kapal terbang ini untuk ke KL.
 Pengurus QPR di sambut di Airport Pengkalan Chepa.
 Park Ji Sung dan kawan-kawan di KB.
 Hotel dihias dengan bendera Kelantan dan QPR.
 Mesyuarat Pengurus Pasukan.
 Latihan di SSMIV
Latihan pun penonton dah penuh, kalau lawan betul-betul tentu lagi ramai.

Wednesday, July 18, 2012

QPR - mewah sungguh puak demo.

 Driver dan tokey......

Anak buah.......
Kami suka kerja dengan tokey nih.........
Ada banyak kapal terbang.

Sunday, July 15, 2012

Tambah satu lagi.........

Satu lagi piala untuk TRW. 2 sudah ada dalam tangan. 2 lagi akan diusahakan. Insya Allah.
Semoga berjaya!. Tahniah untuk semua.

Friday, July 13, 2012

Keita Mandjou sudah sedia.

Bekas pemain Pune FC India.
Menjaringkan gol dalam setiap perlawanan semasa bermain untuk Pune FC.
Bersedia untuk membantu Kelantan dalam Piala AFC.
Insya Allah , katanya.

Sunday, July 8, 2012

Ghaddar tak akan main untuk 2 game seterusnya.

Ambo minta cuti.
KAFA luluskan.
Ambo nak balik Lubnan.
Nak menikah sebelum bulan puasa.
Akan kembali ke Kelantan semula sebelum perlawanan dengan QPR.

Saturday, July 7, 2012

Friday, July 6, 2012

Ikan kembung RM3.00 seekor.

Gaji naik 13%.
harga ikan kembung naik 100%.
bereh guuu........
di Raub ikan mahal macam peluru bedil.
#gambar dari fb penyokong The Red Warriors.

Thursday, July 5, 2012

Orang Myanmar makin lama makin muda.

Ini adalah profil pemain Myanmar Kaung Si Thu yang mewakili negaranya dalam Kejohanan bawah 22 tahun AFC. Malaysia kalah kepada Myanmar 1 - 2. Profil ini diambil sebelum Malaysia kemukakan bantahan kerana umur pemain ini sudah mencapai 25 tahun. Sudah lebih maaaaa.........

Selepas Malaysia protes, maka rekodnya telah bertukar. Laman web Yangon United telah mengubah umur pemain ini menjadi 19 tahun. Tingginya pula bertambah 3 inci. Maka bantahan Malaysia telah ditolak. Orang Myanmar makin lama makin muda. Ajaib maaaa..........
Lu ingat orang Malaysia tak reti ke nak layari internet macam lu punya rakyat. Malu maaaa.......

Gambar-gambar diatas Pak Man ambil dari blog hareshdeol.blogspot.com. Tq Haresh!

Wednesday, July 4, 2012

V.Sundramoorthy bersama Kelantan.

Ini semua sudah menjadi sejarah. Sundramoorthy bermain untuk Kelantan pada tahun 1994. Sekarang beliau adalah coach Lion's XII.