Friday, June 29, 2012

Selangor habis modal.

Pasukan bola Selangor begitu terdesak sekali untuk menang dengan Kelantan.
Senjata mereka tumpul.
Amri Yahyah pula terpaksa menumbuk 'senjata sulit' Ghaddar. Apa ni?....malu lah wei........
dah habis modal dah ke?.
Terima lah kenyataan. Tahun 2012 ni Selangor dah boleh lupakan Piala Liga.
Pak Man tunggu tindakan FAM terhadap Amri.
Tapi Pak Man yakin, FAM akan bertindak seperti apa yang ada dalam kepala Pak Man ni. Kerana pegawai-pegawai FAM semua nya terlatih dan profesional belaka.
Pak Man suka dengar komen Azlan Johar dalam Astro 801.
Rizal Hashim yang bijak sana serta bijak sini......macam mana pula komen tuan?.

Thursday, June 21, 2012

Wednesday, June 20, 2012

TRW VS QPR



Pasukan Kelantan akan melawan QPR pada 20 Julai 2012.

Perlawanan tersebut akan diadakan pada hari Jumaat. Ini bertujuan supaya semua penyokong Kelantan dapat turun beramai-ramai ke Stadium Shah Alam. Perlawanan ini terpaksa diadakan di Shah Alam kerana SSMIV tidak dapat menampung jumlah penonoton yang ramai.
Menurut laman facebook TSAM, Kelantan akan menurunkan kesemua 6 pemain importnya . Mungkin juga Kelantan akan menjemput Andik Vermansyah dari Indonesia bersama dengan Safee Sali(belum tentu).
Kenapa QPR nak lawan TRW?
Ini adalah kerana TRW adalah juara Liga Super 2011 dan juga Juara Piala FA 2012.

Sunday, June 17, 2012

Set Kito!

Awas! Jauhkan diri anda dari rasuah.
Rezeki yang halal, memang berkat. Insya Allah selamat dunia dan akhirat.

Saturday, June 9, 2012

Nak tengok bola pun tak ada mood.

Lusa sekolah dah nak buka. Banyak kerja nak kena siapkan.
Saya dah hantar , mereka kata belum........
Saya nak bercuti di kampung pun tak senang.
Asyik call....call..sms...sms....
Saya suruh mereka periksa betul-betul.
Mereka kata daaaahhhhh........
Bila saya balik ke Raub dan pergi periksa sendiri, mereka kata dah ada........
mungkin salah letak........
Panas sungguh rasa dalam hati.