Hari ini semua orang cuti. Hari Krismas. Semua orang balik rumah Mok, pakat-pakat kacau suro. Ambo tak balik, tengok gambar saja lah..........
Ayah su hantar MMS. Ayah Long, Ayah Ngah, Ayah Wan, dan Tok Nik......selamat mengacau.
Loni tak guna doh pelepoh nyor sebagai kayu api. Nampok tong gas tu........ilir sunggoh.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Sunday, December 25, 2011
Saturday, December 24, 2011
Ex TI Kuantan 8081.......mu ni Ramesh ke?.
Mohd.Tayoob terpinga-pinga bila soalannya dalam Bahasa Melayu Kelantan, dijawab oleh MK dalam Bahasa Inggeris. Bukan kah MK ini orang Kelantan?. Kawan lama sama-sama belajar di TI Kuantan dulu.
"Kip, tadi aku tanya MK. Aku kecek Klate, dia balas balik dalam bahasa oghe putih. bakpo jadi gituh?" tanya Mohd.Tayoob kepada Kipli.
"Oh...dia tu dah jadi oghe hebat, depan nama dia ada Ir. Mungkin dia selalu kecek oghe putih......dia lupa demo ni oghe Klate dia ingat demo ni Ramesh kot." kata Kipli.
" Nate nih.........." Mohd. Tayoob balas balik sambil bagi sebutir penyekeh atas dahi Kipli.

Friday, December 23, 2011
Syarikat Lembu minta duit kerajaan, Syarikat Bas pun nak juga......
Kalau nak jimatkan duit kerajaan , maka kita terpaksa buat penggabungan. Maka jadi lah ia Syarikat Lembu Naik Bas Sdn.Bhd.
Sewaktu penumpang tak ramai, bolehlah bawa lembu. Baru lah Syarikat tak bankrup.

Thursday, December 22, 2011
Konkrit rapuh macam keropok.
Tak sampai 10 tahun dah pecah-pecah. Macam mana lah agak nya projek ini boleh lulus. Mentang-mentang lah tempat ni jauh terpencil..........
Bukan nya gajah yang lalu di kaki lima ni. Budak-budak yang beratnya 30 kg saja.
Pak Man ada beberapa orang kawan yang jadi jurutera JKR. Harap mereka tak buat kerja macam ni.
Pak Man teringat sekolah Pak Man , TI Kuantan........dah setengah abad lebih tapi masih elok.
Itu lah bezanya hasil kerja orang dulu-dulu dengan hasil kerja kontraktor sekarang.
Kepada kawan-kawan Ex TI Kuantan 80-81 yang jadi kontraktor, Pak Man harap buat kerja betul-betul. Jangan nak menipu. Tak selamat hidup kita. Harta dunia hanya sementara sahaja.

Monday, December 19, 2011
30 tahun tak jumpa, masih tak dapat jumpa lagi.
Ini lah wajah budak-budak 5B TI Kuantan 80-81. Oleh kerana tak pernah jumpa, jadi ....tengok saja lah gambar ini.
Kalau ada yang dah meninggal, sedekah kan lah Al-fatihah........

Sunday, December 18, 2011
Melawat sekolah lama setelah 30 tahun.
Gambar dari facebook Zainal kifli........Nazri, Hazmal dan Othman.
Setelah 30 tahun kami kembali semula ke sekolah.
Masuk kelas lama. Jumpa beberapa orang cikgu yang turut hadir.
Masuk asrama lama. Jumpa member sebelah katil. Tuan Setia.........
Melawat bengkel tempat belajar memahat dan menukul. Tanam pokok di kawasan sekolah.....huhahuha.
Pak Man tak dapat hadir pada majlis di sebelah malam kerana ada urusan di Raub. Selepas subuh bertolak dari Raub. Sampai agak lewat. Datuk Zul tengah berucap.....
Cuma rasa sedikit kecewa kerana kawan-kawan sekelas tak ada. Malam tu kata nya Yusof Othman ada hadir, tapi pagi-pagi lagi dah balik ke KL kerana ada urusan keluarga.
Tak tahu bila lah nak dapat jumpa dengan budak-budak 5B nih.......sibuk sangat kah mereka ini?
Friday, December 16, 2011
Thursday, December 15, 2011
23 Disember ada siaran langsung.
PERLAWANAN the Redwarriors VS PERSEBAYA Jumaat depan dijangka akan ditonton BERJUTA JUTA peminat bola Msia Dan indonesia setelah 2 stesyen television kedua negara bersetuju menyiarkan PERTEMUAN ANTARA DUA JUARA INI..tiket RM12 & rm25 mula di jual hari khamis 22hb jam 10pagi..saya harap penonton dtg dgn pakaian merah serta bawa bendera negeri dan pasukan..buktikan kehebatan set kita kerana orang seberang turut melihat kita!!
dari facebook TSAM.
dari facebook TSAM.
Wednesday, December 14, 2011
Banjir - Laporan senget sebelah.
Semasa banjir di Kelantan......"sudah 20 tahun lebih memerintah tapi masalah banjir tak dapat diselesaikan lagi. Kalau kami memerintah Insya Allah masalah peparitan akan kami selesaikan".
Bila banjir di KL.....laporan media molek saja. Orang yang bising sebelum ni senyap-sunyi. Dari mula merdeka sampai sekarang, tak selesai lagi. Makin teruk......."kita hanya merancang, Allah yang tentukan".Bila tempat orang banjir, macam-macam komen......seolah-olah kita saja lah yang pandai...orang lain semua bodoh.
Kepandaian manusia tak akan dapat mengatasi kehendak Allah...........
Tuesday, December 13, 2011
Monday, December 12, 2011
Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan.
Cukup lah setahun saja bermain dengan team yang banyak duit, tetapi tak mendapat kepuasan. Penyokongnya tak seberapa.....suam-suam kuku. Kami menyesal sangat-sangat............
Sunday, December 11, 2011
Friday, December 9, 2011
Stadium Bolasepak KAFA.
Utk stadium bolasepak kafa insyaallah sudah halfway..junjung Kaseh atas perkenan DYMM SULTAN KITA...ini membolehkan usaha seterusnya.
.16hb 8.30pg final presentation perunding kpd saya di kl..
INSYAALLAH INI STADIUM KHUSUS BOLASEPAK YG PERTAMA DI. MSIA..DIBINA DI KB DAN BAKAL DI URUS SENDIRI OLEH TRW..
SATU REPRESENTASI AKAN SY BUAT KPD YAB PM UTK POHON PERSETUJUAN DGN BUTIR YG LENGKAP..walau makan masa kita tetap usaha..utk sementara KITA KENA UPGRADE STADIUM SMIV....
Saya petik dari facebook TSAM.

Tuesday, December 6, 2011
Al-Fatihah.....
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Salam takziah untuk Kharul Fahmi Che Mat sekeluarga. Semoga tabah menghadapinya........

Monday, December 5, 2011
Pasukan Penyu tidak gentar - Liga Malaysia - Sinar Harian
Macam-macam alasan boleh bagi..........klikPasukan Penyu tidak gentar - Liga Malaysia - Sinar Harian
Lain kali cergas lah sikit buat kerja tu.

Friday, December 2, 2011
Penyu Rayu Lanjutan.
SELEPAS terdesak mendapatkan khidmat pemain import berkualiti untuk diserap dalam skuad Liga M musim depan, juara Piala FA musim ini, Terengganu menagih simpati dan meminta jasa baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya melanjutkan tempoh pendaftaran yang berakhir 8 Disember ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata, jika FAM terus tidak berganjak daripada keputusannya, Terengganu mungkin tidak menggunakan khidmat awang import musim depan kerana masa untuk mendaftar hanya tinggal tujuh hari.
Menurutnya, walaupun hingga kini sudah 10 pemain import termasuk dari Brazil, Nigeria, Zambia dan England datang mencuba nasib bersama Terengganu, mereka gagal memenuhi kriteria ditetapkan PBSNT.
“Hingga kini, 10 pemain yang beraksi di posisi tengah dan serangan gagal menambat hati panel pemilihan dan semua pemain akan dihantar pulang sementara menunggu beberapa lagi pemain yang bakal tiba hujung minggu ini dan minggu depan.
“Dengan tempoh yang begitu singkat, saya percaya PBSNT sukar memilih pemain berkualiti untuk diserapkan dalam pasukan. kerana pemain yang ada tidak memenuhi kriteria yang kita tetapkan.
“Justeru, PBSNT meminta FAM melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import bagi memberi peluang kepada semua persatuan termasuk PBSNT memilih pemain berkualiti untuk beraksi dalam pasukan masing-masing musim depan.
“Masa yang mencukupi untuk memilih pemain import amat diperlukan bagi mengelak daripada memilih pemain kurang berkualiti dan boleh merugikan persatuan masing-masing,” katanya ketika ditemui di Padang Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sebaik selesai perlawanan persahabatan dengan T-Team yang berkesudahan Terengganu tewas 0-1, petang semalam.
Menurut Che Mat, Terengganu yang juga bakal beraksi dalam pentas Piala AFC tahun depan selepas muncul juara Piala FA musim ini akan mendapatkan dua pemain import terbaik untuk memperkuatkan bahagian tengah dan serangan untuk digandingkan dengan pemain sedia ada.
Pandangan Che Mat juga turut disokong jurulatih T-Team, Yunus Alif yang turut menyifatkan tempoh pendaftaran itu terlalu singkat dan meminta FAM melanjutkan tempoh memandangkan saingan Liga M bakal bermula 10 Januari depan.
“Hingga kini T-Team hanya mempunyai seorang pemain import dari Zambia iaitu Zacharia Simokonda dan dengan masa yang semakin suntuk amat sukar buat kami untuk memilih pemain berkualiti dan meminta FAM melanjutkan tempoh pendaftaran,” katanya.
Harian Metro.

Thursday, December 1, 2011
Norshahrul Tidak Ikut Jejak Safee.
PENYERANG Terbaik 2011, Norshahrul Idlan Talaha tidak berminat mengikut jejak langkah rakan baiknya, Mohd Safee Sali berhijrah ke Indonesia meskipun mengakui menerima banyak tawaran lumayan beraksi bersama kelab Liga Super negara jiran itu.
Dia yang turut menerima anugerah Supermokh selaku Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 semalam menyatakan tidak tertarik untuk beraksi di Indonesia, sebaliknya lebih berminat untuk mewakili kelab di Vietnam atau Thailand.
“Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab Indonesia sejak Safee mula berpindah ke negara itu. Tapi bagi saya sendiri, saya sebenarnya lebih berminat untuk beraksi di Vietnam atau Thailand.
“Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di Kelantan juga bagus,” katanya yang ditemui pemberita semalam.
Norshahrul, 25, yang turut senang disapa dengan panggilan Mat Yo mengakui dirinya masih mahu memberikan komitmen bersama juara Liga Super, Kelantan selepas menandatangani kontrak baru selama dua tahun.
Dia yang meledak 19 gol musim lalu bagaimanapun terkejut dengan anugerah Supermokh yang diterimanya itu kerana menjangkakan rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat turut berpeluang cerah.
“Saya sebenarnya terkejut kerana menerima anugerah Supermokh yang pertama kali diperkenalkan tahun ini kerana Apek (Khairul Fahmi) beraksi banyak perlawanan. Apapun saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu,” katanya yang turut meraih dua anugerah sama tahun lalu.
Mengulas mengenai sasarannya selepas ini, Norshahrul mahu memberi fokus untuk membantu Kelantan merebut trofi di peringkat domestik dan juga dalam kempen kejohanan Piala AFC.
Malah dia turut berazam membantu skuad kebangsaan mempertahankan Piala AFF apabila Malaysia menjadi tuan rumah tahun depan serta muncul pemain paling bernilai kejohanan dwitahunan itu.
“Saya berharap agar Malaysia dapat mengekalkan kejuaraan (Piala AFF) dan sasaran peribadi saya adalah untuk merampas anugerah pemain terbaik kejohanan itu yang diraih pemain Indonesia, Firman Utina,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)