Tuesday, November 29, 2011

Isa kena lempang.

Dapat SMS dari orang di sana. Isa  kena lempang.
Siapa yang melempang?
Din Jepun.
Ohhh....kena penampar jepun lah tu.
Orang kampung dah lama menyampah dengan Isa.
Tok Empat sokong Isa.
Kenapa?
Ada budi lama yang belum berbalas.
Isa pernah selamatkan Tok Empat semasa dia kena tangkap basah.
Pasangannya Minah Ronggeng.
Juara Karaoke kampung Batu Sebutir.
Nampaknya jawatan Isa sebagai setiausaha JKKK selamat lagi.

#cerita ini tak ada kena mengena dengan orang di tempat lain. Eksklusif untuk orang kampung saya sahaja.

Monday, November 28, 2011

Pakat Beli ramai-ramai.

Majalah Dunia Warriors terbit sebulan sekali.
Pakat beli deh..........

Friday, November 25, 2011

Laporan SPAN.....negeri mana yang bekalan airnya paling kotor di Malaysia.

Dari laman facebook (budak ini tulis, Pak Man copy paste)...Zulkhairi Zainuddin,,,, Walaupun dinafikan daripada mendapat bantuan kewangan selama ini, tahap kualiti air kelantan tidaklah terkotor, tapi yang ke-5 terkotor daripada 6 negeri, dengan 4 negeri teratas adalah diperintah oleh BN, bahkan Pahang negeri kelahiran PM ...sendiri pun berada di tangga ke 2 terkotor -- celiklah wahai mata yang buta, jangan biarkan dirimu terus dibutakan.


Rujuk pada laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertarikh 30hb. Oktober, 2011. Kandungan E-Coli bagi 6 Negeri:

1. Perlis = 1.21%


2. Pahang = 1.12%


3. Wilayah Persekutuan Labuan = 1.01%


4. Perak = 0.90%


5. Kelantan = 0.88%


6. Johor = 0.52%

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3D6ipMvRJGD3g&h=yAQEwixdBAQHXMogS1y4wzoUJnGDilP923Vr7kljowxNBUwSee MoreIsu Air Kelantan www.youtube.comYB Dato' Mejar (B) Hj Md Anizam bin Abd Rahman menjawab persoalan sinis daripada... ADUN BN mengenai prestasi dan pengurusan terhadap perkhidmatan dan kualiti a...See More..

Expand Preview19 minutes ago · LikeUnlike
 
Ini pula Pak Man yang tulis:
Dah lagu mano yang surat khabar duk tulis lagu lain.
Siapa yang betul, siapa yang salah.
Perbincangan di atas Pak Man ambik dari facebook TSAM.
 
Pak Man tak kata siapa betul dan siapa salah.
Rumah mak ambo guna air telaga.
Tak dop air paip pun tak apo.
Pakat baloh lah puok-puok mu........aku malas nok masuk campur.

Thursday, November 24, 2011

Tikar getah terangkat dengan sendirinya.

Macam dalam filem lah pulak. Cerita seram...............
Tiba-tiba tikar getah di rumah mak terangkat dengan sendirinya.
Bumbung rumah bergegar-gegar. Gek...gek...gek.
Angin Laut China Selatan bertiup kencang.
Setiap kali angin bertiup, akan masuk melalui celah-celah gelegar.
Sebab tu lah tikar getah terangkat.
Biasalah....musim tengkujuh.

Friday, November 18, 2011

Indonesia Bisa!........bisa apa?


Memang bisa........bisa kita tewaskan.
Malaysia Boleh!
Memang boleh........kita boleh menang.
1 - 0
Macam mana rasanya?
Best?
Nak lagi?
Tunggu kami di final.

Saturday, November 12, 2011

Tanda-tanda dan penyakit.....

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.


Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sebu
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Batuk
Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG

Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

Bibir pucat
Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.

Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh
Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.

Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

Sendi Sakit
1.Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).

2.Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

3.Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN

Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.

Bisul di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG

Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

Muntah Darah:

Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.

Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.

Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman


KENCING

Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.

Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


BUANG AIR BESAR

Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis Berdarah:

Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.


TINDAK BALAS BADAN

Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

1.Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.

2.Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

3.Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

4.Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI

Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.

Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

Sistem jantung yang lemah.

Sistem saraf otak yang lemah.

Masalah pengaliran darah.

Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.



Wallahu a’lam

Dari Soleh.net.......

Friday, November 11, 2011

Tuesday, November 8, 2011

Senarai Pemain Kelantan 2012 - dari facebook TSAM

NAMA TRW 2012 MENGIKUT NO JERSEY.....
1.shahrizan..2.Azizi mat rose..3.s subramaniam  4.okine,emmanuel  5.NIK Mohd azim  6.Mohd Farisham

7.MohdRamzul  8.Mohd Syakir  9.Norsyarul idlan  10.nurfarhan  11.mat Aziz                             12.NURUL AZWAN ROYA  13.INDERAPUTRA  14.Zamri Ramli  15.Daudsu  16.Mohd Badri Radzi

17.Rizal Fahmi  18.dennis ANTWI  19.khairul Fahmi   20.Mohd syazwan GK  21.(midfield import)22.Mohamed Ghaddar  23.s.Chanturu  24.zairol Fitri  25.Azlan Ismail  26.IZUAN Rosli                  27.Mohd Ariss Zaidi

.28.Mohd IZUAN solahudin

Mohammad Ghaddar dari Lebanon.

Insya Allah kalau tak ada aral, tahun 2012 beliau akan main dengan TRW.
Kaki sumbat gol juga nih...........

Friday, November 4, 2011

Majlis penyampaian sumbangan kerajaan Kelantan kepada KAFA.

 Azman Ibrahim..............terimo kasih Tok Guru!.

 Hashim Mustapha...............................

 Daudsu Jamaluddin...........................

Hashim Mustapha melaungkan azan ...............