Friday, September 30, 2011

Ini baru khabar angin...........entah betul , entah tidak.

.Oleh G Manimaran




KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.



Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.



Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).



“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.



Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.



Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.



Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.



Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.



Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”



“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.



Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.



“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.



“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.



“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.



Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.



SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.



SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.



Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.



The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.



Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.



Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.



Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.



Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.



Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Thursday, September 29, 2011

Baru mula 10 minit , ribut pun melanda.

Orang lelaki main bola.
Penjaga garisannya perempuan.(pakai seluar pendek).
Apa tujuan sebenarnya?
Dah tak ada pembantu pengadil lelaki dah ke?
Maka turunlah hujan dah ribut.......permainan terpaksa ditangguhkan.
(cerita di kedai kopi, tak ada kaitan dengan sesiapa).
.
.
.
Benarkah cerita ni?
Pak man dengar, Pak man tulis.

Wednesday, September 28, 2011

Thursday, September 22, 2011

Igu dan Nanggar.

 Sekarang ini orang sudah tak kenal lagi apa itu igu dan apa itu nanggar. Pak Man pernah terlibat secara langsung mengguna kan igu dan nanggar dalam kerja -kerja membajak sawah semasa zaman kanak-kanak dahulu.
Igu adalah alat yang diletakkan di atas tengkuk lembu. Ada yang jenis untuk seekor lembu dan ada yang jenis untuk dua ekor lembu. Igu akan disambung kepada nanggar sama ada dengan tali atau dengan kayu(nanggar jenis panjang). Nanggar ada pemegang dan batang untuk di sambung kepada igu. Lihat gambar di atas. Nanggar disimpan , tergantung pada dinding rumah padi.
Rumah padi pun dah tak ada dah sekarang ni. Rumah tempat menyimpan padi. Pak Man sempat merasai pengalaman membajak, mencedung padi, mengail di sawah, tahan tauk, potong padi dan pukul(membanting). punggah padi dalam guni dengan basikal, jemur padi.
Hantar padi ke kilang(mesin padi), bawa balik beras. Nikmatnya makan nasi beras baru.
Naik benda ni pun Pak Man pernah rasa. Selalunya arwah ayah Pak Man akan pilih anak yang kecil supaya lembu tak akan rasa berat sangat bila menariknya. Orang kampung pak man  panggil 'ggerak'. Ada setengah tempat dipanggil 'sikat.' Gunanya untuk menghancurkan tanah.

Monday, September 19, 2011

Program pelepasan benih ikan.

Peristiwa di atas berlaku beberapa bulan yang lepas. Seorang ahli EXCO sebuah negeri(exco pertanian lah tu), telah turun padang untuk merasmikan sebuah projek kolam ikan. YB tersebut telah diminta untuk melepaskan benih-benih ikan ke dalam kolam.
Malang tak berbau, pelantar kolam tersebut telah runtuh. YB bersama-sama dengan pegawai-pegawai perikanan telah terjatuh kedalam kolam sekali dengan anak-anak ikan yang mereka lepas kan.
Ini satu contoh yang baik. Susah senang kita bersama.

Sunday, September 18, 2011

Sekarang ni musim hujan.........

TRW will play tonight against Sarawak. TRW hope to win in front of the fanatical faithful audience. Yesterday TSAM met all the players and officials, talking heart to heart.
Pak Man provide support from afar. TRW hopefully will win and collect three points.
Pak Man hope the players will work hard. Do not be complacent.
There is live broadcast on Astro Arena tonight.
Harap-harap cuaca baik. TRW tak berapa sesuai main dalam hujan.

Thursday, September 15, 2011

Aduh! malang sungguh nasib murid itu.

Pagi tadi semasa calon-calon UPSR tengah tekun menjawab kertas BI paper1, tiba-tiba seorang murid menangis. Katanya disengat tebuan. Kelihatan nya sungguh sakit.
Terpaksa dibawa ke klinik.
Kebetulan itu adalah murid harapan kami .....calon 5A.
Apa boleh buat............
Allah maha kuasa.

Sunday, September 11, 2011

Nak cari jalan keluar?, ikut lah papan tanda.

Kalau di Kuala Lumpur, papan tanda nya mungkin macan ini. Maklumlah orang-orang di sana bahasa ibunda mereka macam tu. (bahasa penjajah  ........     penaung....istilah baru).

 Kalau di Raub, papan tandanya macam ini. Bahasa ibunda orang Raub. (Raub tak pernah dijajah).

Kalau di Bachok, papan tanda nya macam ini. Orang tua dan muda semua boleh faham............(Bachok pun tak pernah di jajah). Pak Man bangga dengan bahasa ibunda Pak Man.

Wednesday, September 7, 2011

Bersama kawan-kawan lama.(Mat Sabu tiada dalam gambar).

Hari Raya ke-3. Gambar dari kamera Zul. Mat Sabu memang tak ada dalam gambar kerana dia bukan kawan saya.
Nik Hashim, Imi Uro, Zahar, PM, Zulkharnain.

Saturday, September 3, 2011

Pak Pin dapat menantu....tahniah!

Sahabat Pak Man , Pak Pin blogger dari Jeddah Arab Saudi, hari ini dapat menantu yang pertama.
Tahniah!.
Pak man rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput menyertai rombongan pengantin lelaki. Terima kasih banyak-banyak Pak Pin.
Anak Pak Pin kahwin dengan orang Raub.
Ramai kawan-kawan Pak Pin yang ikut sama dalam rombongan itu. Ma'Ju sekeluarga, Bro.KP(baru pertama kali bersua muka.Sebelum ini kami pernah berbalas email.).
Yang lain-lain tu Pak Man tak berapa ingat nama....maaflah. Tapi kalau jumpa sekali lagi Insya Allah boleh kenal.


         *Baru sekejap tadi (9:30 pm) Pak Man keluar minum dengan Ma'Ju sekeluarga. Orang balik dari Jeddah belanja. Terima kasih Ma'Ju dan Shiela.

Selamat Bermenantu kepada Pak Pin dan isteri.

Thursday, September 1, 2011

Kasut Raya 2011.

 Sepanjang 3 hari beraya , ini lah kasut yang paling menarik bagi Pak Man. Hoiiiii......baru tu!. Dia kata kasut tu dia beli pada 28 Ramadhan. Khas untuk raya. Hidup Zahar!!!!!!.

Yang ini pula, kasut putih. Hoiiii........Hail Amir punya feberet tu!!!. Baharuddin Hj.Omar pun pernah pakai. Dato Ahmad Jais dan juga Dato Yahya Sulong. Kelassss!!!!!.

(juru gambar - Nik Hashim).

Hari Raya ke- 3 ...open house rumah Tn.Hj Nik Hashim.

 Pak Man dapat jumpa ramai kawan lama yang sama-sama menghuni Asrama Jati kira-kira 25 tahun yang lalu. Yang baju oren tu namanya Suhaimi Ura. yang baju merah tu Mat Ju, dan yang baju kotak-kotak tu lah dia Tn.Hj Nik Hashim. Pak Man selalu naik motor Tn. Hj (kapcai DJ 703) semasa belajar di sekolah pondok di atas bukit Shah Alam. Sekarang ni mereka dah pakai kereta besar-besar belaka. Pangkat pun besar-besar. Alhamdulillah...........

 Mereka rancak berborak. Projek juta-juta.......... Pak Man dengar saja. Nak cerita pasal SK Semantan Ulu tak ada siapa yang nak dengar. (Tak apa.......nanti aku hentam dalam blog aku)

 Pak Man tertarik dengan kaki salah seorang kawan Pak Man ni. Kenapa?. .......sebabnya dia ni pakai kasut baru!!!!!!     kasut raya. Caya lah brader......... memancar-mancar.....atas bawah......sama naik.

Ini lah dia tuan punya kaki tu........seorang usahawan bumiputra yang cerah masa depan. (sori bro!....gurau sikit. Tahun depan minta maaf pulak).

Hari Raya ke - 2 ....sembelih kambing.

 Oleh kerana pasar tutup. Penjual ikan cuti raya. Penjual ayam juga cuti. Jadi, Pak Man terpaksa sembelih kambing untuk dibuat lauk bagi meneruskan hidup.............

Seekor kambing hanya cukup untuk makan anak-anak dan cucu - cucu sahaja. Belum masuk waktu maghrib, dah habis......tinggal kuah.