Thursday, April 28, 2011

Tunjuk Langit

Ubat kencing manis dan darah tinggi Isi dalam nya macam kuaci. Rasa pahit.



Saturday, April 23, 2011

Banjir lagiiiii.........entah kali keberapa dah.......

Hari ini Semantan Ulu banjir lagi...............
Banjir kilat, macam bandar-bandar besar........
Kalau di bandar ada bangunan pencakar langit...
Kampung kami ada pokok 'tunjuk langit'. Buahnya boleh buat ubat darah tinggi dan kencing manis.

Tuesday, April 19, 2011

Apa yang nak dimalukan, semua orang buat macam tu!

Setiap kali Pak Man isi minyak kereta di stesen minyak, pasti Pak Man akan lakukan perkara ini. Iaitu  selepas aliran minyak berhenti kerana telah cukup seperti nilai yang di kehendaki, Pak Man akan mengetuk-ngetuk kepala paip minyak tersebut ke dalam lubang tangki.  

Ini adalah bagi memastikan setiap titik minyak yang ada dalam salur tersebut akan masuk ke dadalam tangki. Tak nak ianya tertinggal dalam salur tersebut. Kelakuan macam ni Pak Man mula buat semenjak harga minyak naik. Ada orang kata, "Issh....buat malu je...."
Pak Man cuba perhatikan orang lain yang mengisi minyak di beberapa buah stesen yang berhampiran, rupa-rupa nya ramai lagi orang yang buat macam tu. Jadi, apa nak dimalukan........semua orang buat macam tu! (orang kaya tak ada lah buat perangai macam tu).

Wednesday, April 13, 2011

Minta cuti.

Cuti mengupdate blog selama seminggu.
Harap maaf .........mungkin dua minggu atau mungkin lebih lama.

Thursday, April 7, 2011

Setiap sesuatu itu, ada benihnya.

Setiap sesuatu itu ada benihnya.

Gurauan yang melampau itu adalah benih kepada perkelahian.
Oleh itu, hendaklah kita elak dari bergurau yang melampau.

Kalau kita suka bergurau dengan orang yang berpangkat,
suatu hari nanti dia akan jadi musuh kita.

Kalau kita suka bergurau dengan orang yang rendah akal fikirannya,
suatu hari nanti dia akan pijak kepala kita.

kata orang bijak pandai...........

Sunday, April 3, 2011

Banyaknya nombor 1.

Tahun ini ada 4 tarikh yang jarang berlaku dalam hidup kita. Iaitu 1/1/11.....1/11/11...11/1/11...11/11/11...
Bukan itu saja, cuba ambil nombor terakhir tahun kita dilahirkan dan tambahkan dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya adalah 111.
Tahun ini adalah tahun kekayaan(kata sipengirim SMS).
Dalam bulan Oktober nanti akan ada 5 kali Ahad,5 Isnin, 5 Sabtu.
Ini akan berlaku sekali dalam823 tahun.

Ini adalah SMS dari orang yang tak dikenali.