Siapa pernah guna gam seperti dalam gambar di atas.....angkat tangan. Kalau nak angkat mouse pun boleh.
Pak Man guna gam ini dari zaman sekolah rendah sampai sekarang.
Lama betul keluaran syarikat ini bertahan. Mungkin sezaman dengan 'minyak cap kapak' ataupun 'pil che ki teck aun cap burung raja wali dan menara kuil'. Ini semua barang-barang lama yang masih bertahan hingga sekarang.
Kalau zaman sekolah rendah dulu Pak Man pakai kasut 'Fung Keong'. Masa tu ada selipar jepun Fung Keong dan juga tayar motor Fung Keong, tapi sekarang sudah tiada lagi...........
Minyak rambut 'Madubala' pun sudah tiada di pasaran.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Hantar motor ke bengkel - repair.
Bapa budak yang melanggar tu kata dia nak bayar semua kos merepair motor Pak Man. Tapi sampai ke hari ini masih tak ada khabar berita.
Kalau dia tak nak bayar pun tak apa..........
Kos nya sikit saja. Pak Man dah bayar dah.
Tapi kalau dia ikhlas dan jenis orang yang menepati janji, dia akan bayar.
Kalau tak bayar pun tak apa lah..........

Saturday, January 22, 2011
Selalu sangat ada kemalangan di tempat ini.
Gambar di atas Pak Man ambil tahun lepas(2010). Tempatnya di depan SK Mahmud Raub. Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada kemalangan berlaku di sini.
Dunia ini ibarat roda. Semalam hari orang dan hari ini hari kita pula.
Semalam, semasa balik dari sembahyang Jumaat Pak Man ditimpa kemalangan di tempat tersebut.
Semasa hendak membeluk ke kanan(Taman Abu Bakar), Pak Man berhenti di tengah-tengah.(untuk pengetahuan: Pak Man naik motor).
Ada banyak kereta dari arah hadapan, jadi lama lah sikit kena tunggu.
Tiba-tiba datang sebuah motor dari arah belakang yang dipandu laju memotong sebuah bas lalu....gedegangggg! langgar motor Pak Man.
Pak man terjatuh atas jalan. Motor tercampak. Mat motor tersebut juga terbaring atas jalan.
Dalam sekelip mata saja ramai orang datang berkumpul.
Pak Man hanya sakit di bahagian bahu. Seluar koyak sikit di punggung.
Mat motor tersebut patah jari kaki.
Dia minta maaf dan akan bayar semua kerugian yang Pak Man alami.
Pak Man maaf kan dia.
Dua jam selepas itu ayah dia datang kerumah meminta maaf.
Pak man maafkan.............

Friday, January 21, 2011
Bestnya ada pemandu peribadi.
Minggu lepas Pak Man naik bas (Pahang Len Seong) dari Batu Talam ke Bandar Raub(22km).
Sepanjang perjalanan itu hanya Pak Man seorang sahaja penumpang bas tu.
Tak ada seorang penumpang pun yang naik.
Perjalanan 30 minit tu hanya Pak man dan driver bas sahaja.
Kami berbual-bual tertang pelbagai tajuk.
Dia kata, hanya pada waktu pagi dan tengah hari sahaja bas ni penuh dengan budak sekolah.
Orang kampung semua dah beli kereta.
Harga getah mahal. Ada seorang jiran Pak Man baru beli kereta Wira (2nd hand) , dia bayar cash...........
"Hutang-hutang tak main lah". katanya.(bunyi macam ada 'riak' lah pulak Pak Cik ni).
"Bukan macam orang kerja kerajaan, beli kereta, rumah semua nya hutang".
Aduhhhhh.......terasa menusuk ke kalbu.

Thursday, January 20, 2011
Bawa kambing bersiar-siar.
Kedua-dua gambar ini Pak Man ambil dari blog colourluna.blogspot.com
Sama tapi tak serupa............
Wednesday, January 19, 2011
Subuh-subuh lagi dah ada rezeki depan pintu pagar.
Pagi tadi 6.15 am buka pintu pagar.
Cendawan memutih tumbuh betul-betul depan pintu pagar.
Dapat lah sebesen.
Boleh masak untuk hidangan makan tengah hari.
Alhamdulillah, tak payah susah-susah masuk hutan atau kebun getah.
Kalau dah rezeki kita, depan pintu pagar Allah hantar.
Syukur!

Tuesday, January 18, 2011
Jalan banyak tahi lembu.
Tiap-tiap hari kena cuci kereta.
Bil air meningkat.
Letih pun terasa.
Tuan lembu senyum saja........
Gerammmmm.
Bil air meningkat.
Letih pun terasa.
Tuan lembu senyum saja........
Gerammmmm.
Thursday, January 13, 2011
Budak-budak Semantan Ulu terima wang zakat Bank Rakyat.
Bank Rakyat Bank Pilihan Anda
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Bank Rakyat cawangan Raub kerana telah bermurah hati untuk memberi wang zakat kepada semua 42 orang murid SK Semantan Ulu. Hanya Allah sahaja lah yang akan membalas budi tuan.
Murid-murid gembira sekali dapat bergambar dengan Nuri - maskot Bank Rakyat.
Pertandingan mewarna, adalah antara acara yang diadakan pada pagi itu. Semua peralatan mewarna , kertas lukisan dan hadiah-hadiah disediakan oleh Bank Rakyat.
Persembahan koir oleh pasukan koir SK Semantan Ulu. Lagu Nyala kan Tekad............
Bila pasukan koir naik ke pentas, maka separuh daripada tempat duduk penonton jadi kosong. Begini lah nasib sekolah kurang murid.
Tn Hj Abd Raof b. Abd Kadir, Pengurus Bank Rakyat cawangan Raub sedang menyampaikan ucapan nya. Penuh dengan pesanan dan motivasi.
Salah seorang pengawas sekolah menerima watikah perlantikan dari Tn Hj Abd Raof.
Tuan GB, En Zaharudin Zahid Sofian menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Abd Raof.
Selepas itu, semua orang dijamu dengan nasi , gulai labu berserta ikan pekasam.(gambarnya tak ada kerana Pak Man makan dengan berselera sekali dan lupa nak ambil gambar).
Tuesday, January 11, 2011
Bob Lokman - keturunan Tok Kenali.
Wajah Bob Lokman yang terbaru. Pak Man ambil dari Blog Mimpi Senja.
Pada malam Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ini, semua pencipta lagu dan penulis lirik berhimpun di Bukit Jalil tapi Bob berada di Stadium Melawati Shah Alam kerana menghadiri solat hajat bersama-sama ribuan penyokong kerajaan Negeri Selangor.
Mengikut cerita Mohd Zain Mat Taha, kawan lama Pak Man (gambar atas). Bob ni adalah anak cucu Tok Kenali, ulama besar di Kelantan. Mat Zain ni satu kampung dengan Bob, iaitu Kubang Kerian.
Mat Zain beritahu Pak Man 20 tahun dahulu, tapi Pak Man ingat sampai sekarang.
Pak Man pun dah lama tak jumpa Mat Zain. Sekarang ini dia jadi Pengurus Besar KTMB.
Zain, demo ni hensem dari muda sampai ke tua .
Hensem sepanjang zaman...........

Monday, January 10, 2011
Harga getah naik dan PRU, ada kaitan.
Kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas, memang PRU dan harga getah naik ada kaitan nya.
PRU diadakan dalam keadaan harga getah dan kelapa sawit yang tinggi.
Atau mungkin juga harga getah dan kelapa sawit dinaikkan bila nak adakan PRU.
Pak Man tak pasti yang mana satu bergantung dengan yang mana.
Sekarang ni keadaan nya sangat sesuai kalau kerajaan nak adakan PRU.
Orang kampung tengah senang hati.
Poket tengah kembung.................

Sunday, January 9, 2011
Berserabut.
Dah seminggu tak buka blog.
Malas nak baca berita yang berserabut.
Ada kisah menteri merogol.
Ada kisah SUK.
Ada kisah ahli Parlimen yang nak tarik diri.
Macam-macam.....malas nak baca.
Nak rehat kan otak.
Malas nak baca berita yang berserabut.
Ada kisah menteri merogol.
Ada kisah SUK.
Ada kisah ahli Parlimen yang nak tarik diri.
Macam-macam.....malas nak baca.
Nak rehat kan otak.
Thursday, January 6, 2011
Ujian Allah
Kes 1
Anak kepada seorang doktor.
Sedang belajar perubatan di universiti.
Kena penyakit Barah Otak.
Kes 2
Anak kepada seorang Imam.
Sedang belajar Usuluddin di universiti.
Kena tangkap khalwat.
Macam-macam...........mungkin ada hikmah di sebalik nya.

Wednesday, January 5, 2011
Zaman barang naik.
Hari ini minyak naik lagi 10 Sen.
Bukan nak bersungut, tapi saja nak royat cerita............
Sudah menjadi lumrah dunia, barang-barang semua nya naik harga.
Terima lah seadanya.............
Bukan nak bersungut, tapi saja nak royat cerita............
Sudah menjadi lumrah dunia, barang-barang semua nya naik harga.
Terima lah seadanya.............
Monday, January 3, 2011
Hari Pertama Sekolah, hujan dari malam sampai ke tengah hari
Nasib baik tak banjir , kalau tidak tak dapat lah budak-budak nak gi sekolah.
Murid tahun 1 hanya seorang sahaja.
Selamat Tahun Baru kepada semua.
Murid tahun 1 hanya seorang sahaja.
Selamat Tahun Baru kepada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)