Tuesday, December 28, 2010

Pancaran Laser - Mat Indon yang mulakan dulu.

Gambar dari Kosmo Online. Ini adalah penjaga gol Malaysia, Sarbinee Alawie semasa Malaysia tewas 1 - 5 kepada Indonesia dalam pusingan awal di Jakarta dahulu.
Tengok lah warna hijau dalam bulatan di muka Sarbinee. Pancaran apa kah itu? Apa lagi.....pancaran laser lah. Mat Indon dah lama dah guna taktik jahat ini.
Bila orang suluh balik ke muka penjaga gol mereka, mula lah mereka bising........(mungkin juga Mat Indon yang buat kerja ini di KL kerana orang kita baik-baik belaka).
Dulu masa kita tewas 1 - 5 kita terima saja. Dah kalah tu kalah lah. Jangan nak salah kan orang lain.
Salahkan lah diri sendiri yang tak tahu main bola sepak.

Sunday, December 26, 2010

Rakyatnya beratus juta orang, tapi tak tahu main bola. Kesihaaaaannnn.

Tersebut lah kisah sebuah negara yang mana rakyat nya ada beratus juta orang. Negara nya sungguh besar. Pulau nya ada berpuluh ribu. Tapi sayang , bila nak tubuhkan pasukan bola sepak terpaksa cari pemain dari Amerika Latin. Kesihaaaaan. Jurulatihnya pun dari luar, kesihaaaaan.
Tapi Malaysia negara yang kecil, rakyatnya hanyalah seramai 27 juta orang. Main bola .....oohhh pandai sekali. Tak payah cari dari luar. Rakyat sendiri berlambak-lambak yang pandai main bolasepak. Sehinggakan susah nak pilih yang mana satu sebagai pemain negara.
Juru latih?....tak ada masalah. Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Pilih saja nak yang mana. Jurulatih luar?.....ishh, buat apa.........buat malu saja.
Rakyat Malaysia semua minat bersukan. Masa lapang kami isikan dengan kegiatan berfaedah . Kami tak ada masa nak berdemontrasi , berarak ke kedutaan negara orang. Baling N---s, uish.....kami tak buat kerja macam tu.
Selamat berjuang HARIMAU MALAYA.

Saturday, December 25, 2010

Allah Huakbar !

 Semoga Allah sentiasa melindungi Tuanku dalam menjalankan tugas seharian.

Ohhh.....sungguh gembira rakyat jelata..........Allah Huakbar !.

Friday, December 24, 2010

Banjir kilat di Mina.

Pada petang 17 Desember November 2010 hujan turun dengan lebatnya di Mina. Angin bertiup kencang. Sampah dan pasir berterbangan. Air mengalir laju. Semua barang-barang yang berada di luar khemah hanyut entah ke mana. Kasut dan selipar semua nya hilang. Air masuk dalam khemah yang berada di tempat rendah.
Selepas hujan berhenti, sampah memenuhi jalan raya. Masa itu semua orang keluar mencari barang-barang yang hilang.

Wednesday, December 22, 2010

Pemandangan dari tingkat paling atas Masjidil Haram.

 Dari tingkat paling atas(laluan saie Safa dan Marwah) dapat lihat orang sedang tawaf di dataran Kaabah dan juga orang tawaf atas bumbung masjid.
Nun di hujung sana(banyak kren-kren) pembinaan sedang rancak dijalankan. Kadang-kadang malam pun ada orang bekerja.

Tuesday, December 21, 2010

Minum teh sebelum ke masjid.

Ini adalah warung teh yang Pak Man selalu berhenti untuk minum. Secawan teh susu harga nya 2 Riyal. Rasanya agak puas hati juga lah. Minum sambil berdiri. Itu yang agak tak puas hati sikit.......
Dalam sehari dua ini Pak Man sibuk sikit menyiapkan jadual waktu untuk tahun 2011.
Minta maaf banyak-banyak lah kalau tak sempat nak jawab komen tuan-tuan dan puan-puan semua.
Akan tetapi, jawab tetap akan jawab............

Sunday, December 19, 2010

Kedai 2 Rial.

Salah sebuah daripada kedai 2 Rial yang tak putus-putus dikunjungi pelanggan. Bermacam-macam jenis barang ada. Sesuai untuk orang-orang yang ada ramai anak-cucu. Boleh beli banyak barang. Kualiti nya pun okay juga lah.
Semalam begasi Pak Man dah sampai. Pak Man ambil di Pejabat Pos Raub. TH kirim dengan Pos Laju dari Jeddah. Alhamdulillah.

Monday, December 13, 2010

Begasi Pak Man masih lagi di Jeddah.

Beg-beg kami, warna biru dan biru tua(kehitaman) masih belum tiba lagi. Setelah seminggu Pak Man balik, maka pagi tadi Pak Man call Tabung Haji tanya khabar. Mereka kata mereka akan hubungi balik dalam masa dua hari.
Tak puas hati, Pak Man call KLIA bahagian begasi. Mereka kata separuh drp begasi KT 43 dah tiba tapi Pak Man punya tak ada.
Panas hati, Pak Man tanya adakah beg-beg tersebut telah tersesat ke Afrika atau pun ke Afghanistan.......
Jawab orang di sebelah sana, beg-beg tu masih lagi berada di Jeddah.
Macam mana keadaan ini boleh terjadi,
Jawabnya, sebab kapal terbang yang kami naik itu kecil tak muat nak isi beg-beg semua.
Hahaha...........nak tipu orang kampung lah ni.
Beri lah alasan yang munasabah sikit.
Pak Man tak boleh tunggu lagi. Esok nak balik Kelantan.
Terpaksa lah beli kurma di Mydin.

Makan , minum, tak ada masalah.

 Burj Al-Haram 2, tempat tinggal kami semasa berada di Makkah. 700 m dari Masjidil Haram. 20 minit jalan kaki. Balik 30 minit, kerana naik bukit.

 Makanan yang disediakan oleh TH Global. Pisang montel.....tapi dari Filipina.

 Ada orang kata, tak sedap. Tapi bagi kami, biasa saja. Kami makan saja apa yang diberi. Tak banyak komplen.

Sarapan pagi kena beli sendiri. Kafe TH Global di tingkat 2. Nasi impit 2 Riyal, Karipap 2 biji serial. Apam bakar seriyal sekeping. Laksam pun ada dijual, tapi rasa nya tak berapa ummph. Kuahnya kurang ikan.
Air kena masak sendiri. Gula 5 Riyal sekilo. Kalau malas masak, boleh minum saja di kafe. Kami berdua bentang tikar depan pintu bilik, sarapan dan makan tengah hari serta malam sama-sama.

Saturday, December 11, 2010

Ada dua tiga keping gambar lagi.

 Masjidil Nabawi, bawah kubah warna hijau itu lah terletak nya makam Rasulullah.

 Pemandangan pada waktu malam.

 Para jamaah  sedang menunggu masuk nya waktu sembahyang.

 Pemandangan dalam Masjidil Nabawi semasa menunggu masuk nya waktu solat.

Setelah 8 hari berada di Madinah maka tiba lah masa untuk berangkat ke Makkah.

Thursday, December 9, 2010

20.10.2010

 Kami berangkat ke sana (dari kampung)pada 20.10.2010 . Berlepas dari KLIA 21.10.2010 jam 4.30 pagi dan selamat sampai di Madinah pada 21.10.2010 jam 9.00 pagi(waktu Madinah).

 Indah sungguh pemandangan di Masjidil Nabawi. Tenang dan mendamaikan.

 Payung-payung gergasi merangkap tiang lampu. Malam , payung-payung ini ditutup dan bila panas payung-payung ini akan dibuka.

 Bila payung-payung itu terbuka, cantik sungguh..............

 Sentiasa terjaga, diservis setiap hari........

 Pemandangan di waktu malam..........

 Pemandangan dari luar pada waktu pagi.

 Pukul 9.00 pagi, payumg-payung gergasi masih belum dibuka lagi.

Makan Rasulullah yang terletak dalam Masjidil Nabawi. Sentiasa penuh sesak dengan pelawat. Berdoa dan sampaikan salam daripada kaum keluarga dan kawan-kawan.

Wednesday, December 8, 2010

Assalamualaikum semua!....Pak Man dah kembali.

Alhamdulillah....syukur . Pak Man selamat pergi dan selamat kembali.
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada semua yang telah mendoakan kebaikan dan keselamatan untuk Pak Man dan isteri.
Selamat sampai ke tanah air pada 6.05 pagi 6 Disember 2010. Tapi ada sikit masalah. Tuan nya saja yang sampai, beg-beg nya tak sampai. Entah bila beg-beg tu akan sampai tak tahu lah. Harap-harap dalam masa dua atau tiga hari lagi sampai lah tu.
Insya Allah ada cerita-cerita dari sana akan menyusul selepas ini. Harap ada lah orang yang sudi menjenguk ke blog Pak Man ni.
Sekian dulu buat sementara waktu. Pak Man nak berehat dulu.......Assalamualaikum.