Pak Man keliru....................
Minta cuti dalam dua tiga hari.
Nak tenangkan fikiran...............
Assalamualaikum.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Thursday, September 30, 2010
Friday, September 24, 2010
Nasi Dagang dalam Pasu.
Nasi dagang dalam pasu.
Gulai serati dalam periuk.
Gulai ikan aya juga ada. Ini adalah menu di pagi Raya di rumah emak Pak Man di Bachok.
Hehehe.....ada lagi cerita hari raya. Kalau tak suka .....harap maaf.
Gulai serati dalam periuk.
Gulai ikan aya juga ada. Ini adalah menu di pagi Raya di rumah emak Pak Man di Bachok.
Hehehe.....ada lagi cerita hari raya. Kalau tak suka .....harap maaf.
Tuesday, September 21, 2010
Sunday, September 19, 2010
Mandi Sungai Di Batu Talam.
Dua hari lepas, anak-anak saudara Pak Man dari Kelantan singgah rumah Pak Man. Mereka dalam perjalanan ke Melaka. Mereka tiba dalam lingkungan 4.30 pm. Minum, makan, dan selepas Asar, turun ke sungai belakang rumah.
Seronok sungguh mereka mandi dan berendam dalam sungai. Airnya tak berapa dalam. Cuma nyamuk banyak sikit la. Pacat pun ada juga...........
Panjat atas tebing dan terjun!............kedebooommmm!.........sampai pukul 6.00 pm baru naik. Bilas dengan air paip dan tukar baju. Lain kali nak mandi lagi!!!.
Wednesday, September 15, 2010
Ketupat Palas Dalam Badang.
Pada pagi Raya , Pak Man pergi awal ke masjid Bachok. Takut tak dapat parking dan takut kena sembahyang atas jalan tar macam tahun lepas. Seperti kata pepatah, "sekali jalan kena, dua kali jalan dah tahu". Lebih kurang pukul 7.30 am. Tempat dalam masjid pun boleh pilih. Itulah kelebihan datang awal. Dalam pada itu boleh lah bertakbir raya lama sikit.
Sebelum pergi ke masjid, Pak Man bersarapan pagi dengan ketupat palas cicah nisan cair. Makan juga ketupat yang manis inti serunding. Minum teh 'o'. Gambar ni Pak Man ambil semasa mak Pak Man tengah memasak ketupat pada malam raya. Yang dah masah diisikan dalam badang. Kalau tak tahu apa itu badang, sila rujuk Kamus Dewan.
Ketupat direbus dalam kuali tembaga. Antik sungguh kuali ini. Mak kata dia beli kuali ini 50 tahun yang lalu. Harga nya beberapa ringgit saja. Setiap tahun mak akan guna kuali ini untuk masak ketupat.
Tuesday, September 14, 2010
Saturday, September 11, 2010
Kejar, tangkap dan sembelih.........
Ini adalah gambar-gambar di kampung Pak Man di Bachok, sehari sebelum Hari Raya. Mak Pak Man ada bela itik serati. Jadi pada hari tersebut oleh kerana semua anak-cucu balik kampung, jadi Mak Pak Man suruh anak-anak dan cucu-cucu nya tangkap itik serati untuk dibuat lauk. Kami semua memang suka sangat makan gulai serati ni.
Ayah Long dan Ayah Su mengambil tugas sebagai tukang sembelih.
Seekor tak cukup........tangkap lagi!. Tak apa...... hari ni mok bagi lampu hijau, tangkap saja seberapa banyak yang anak-cucu hendak.
Kejar lagi.....cari celah-celah pokok asam limau purut tu.......kejar dan tangkap.
Haaa.....dah dapat dah tu..........cepat!.....cari lagi!.
Sunday, September 5, 2010
Thursday, September 2, 2010
Majlis Makan Colek.
Sekarang ni sudah menjadi trend di kalangan orang-orang politik di Kelantan mengadakan majlis makan colek pada waktu selepas sembahyang sunat tarawih.
Macam-macam jenis colek ada dihidangkan. Nampak sedap..........kecur air liur.....
Pak Man teringat masa kecik dulu, Pak Man pergi tarawih bawa pitis 10 Sen. Beli asam jawa, pakat makan ramai-ramai(berebut) di 'Balasah Gemulah Tok Aji Omar'. Colek yang mewah-mewah macam tu tak ada.......
Macam-macam jenis colek ada dihidangkan. Nampak sedap..........kecur air liur.....
Pak Man teringat masa kecik dulu, Pak Man pergi tarawih bawa pitis 10 Sen. Beli asam jawa, pakat makan ramai-ramai(berebut) di 'Balasah Gemulah Tok Aji Omar'. Colek yang mewah-mewah macam tu tak ada.......
Subscribe to:
Posts (Atom)