Gelagat budak-budak Semantan Ulu semasa melawat Muzium Kemerdekaan di Melaka beberapa bulan yang lepas.
Hari ini mereka menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 di rumah masing-masing.
Esok ada sambutan kemerdekaan di sekolah.
MERDEKA.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
Berbuka dengan 'Unta Golek'.
Nah....ambik kauu.........unta golek seekor.....siap dengan kakinya lagi.
Lauk lebih besar daripada manusia. Panggil orang sekampung makan pun boleh.........
Pinggan nya sebesar meja makan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 53.

Saturday, August 28, 2010
Sudah-sudah lah tu......
Teringin juga nak baca tentang cerita-cerita yang membina minda. Cerita-cerita kejayaan anak bangsa. Bukan cerita-cerita yang tak ada faedah macam tu............
Sudah-sudah lah tu.........
Wednesday, August 25, 2010
Orang Indonesia 'main tahi'.
Kalau di Malaysia, hanya orang gila dan orang nyanyuk saja yang 'main tahi'.
Di Indonesia mereka main tahi di bulan Ramadhan.
Sungguh tidak bertamadun mereka itu.............
Bila perut lapar, dah tak ada makanan, baru lah ingat kan Malaysia.
Datang sini buat muka sedih, minta kerja demi untuk sesuap nasi........

Friday, August 20, 2010
Penyembuh kepada segala penyakit.
Sewaktu usia muda, minum macam-macam jenis minuman. Bila usia dah bertambah, satu demi satu penyakit datang. Bagi orang-orang yang dah ada penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit urat, sakit lutut dan bermacam-macam lagi, sila cuba minum Habbatus Sauda'.
Sesungguhnya Habbatus Sauda' adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.
Selamat mencuba.

Thursday, August 19, 2010
Murtabak Abang Kasim....pon.....pon.
Idlan (naib juara Raja Lawak 3) ataupun lebih dikenali sebagai Abang Kasim ...pon...pon.. sekarang ni ada buka gerai murtabak di Bazar Ramadan Raub.
Dia berkongsi dengan Caca (salah seorang peserta Raja Lawak 3).
"Macam mana boleh sampai ke Raub?"
"Saya ikut Caca, isteri Caca orang Kg.Tok Machang, Raub".
"Sekarang ni kami menumpang rumah mertua Caca".
"Bila tak ada job, ini lah kerja saya ........Pak Cik kenal saya ke?".
"Kenal.........Pak Cik suka tengok rancangan Raja lawak".
Pak Man belilah murtabak nya.....harga nya RM3.00 sekeping.
Semoga Idlan dan Caca akan maju jaya dalam hidup. Ingat ......carilah rezeki yang halal.

Tuesday, August 17, 2010
Ekor
Manusia memang tak ada ekor. Akan tetapi ramai yang suka tikam ekor. Mereka akan bergembira kalau 'kena ekor'.
Tok Guru kata, kalau kita tak pergi sembahyang Jumaat 3 kali berturut-turut, kita akan tumbuh ekor.(kiasan nya begitulah).
Ramai diantara kita suka sangat makan sup ekor.
Kalau orang guna penjodoh bilangan 'ekor' kepada diri kita sudah tentulah kita marah. Jadi buat perangai tu baik-baik lah sikit, jangan sama dengan makhluk yang ada ekor.
Lagi satu.....saman ekor......semua orang marah, sampai kena bawa berbincang dalam mesyuarat kabinet.

Sunday, August 15, 2010
Solok Lada.
Solok Lada .....ini juga adalah kegemaran Pak Man. Kalau makan dengan nasi kerabu, hooiiii....sedap sungguh.
Ini pula adalah 'lada solok'. Iaitu lada yang khas untuk buat solok lada. Kalau buat dengan menggunakan lada lain pun tak mengapa, tapi kurang molek lah sikit. Lada solok ni kalau makan buat ulam cicah budu pun sedap juga.
Friday, August 13, 2010
Nekbat.
Kalau dapat berbuka dengan Nekbat sedap juga.............................................
Nekbat adalah kuih kegemaran Pak Man bila tiba bulan puasa.
Pak Man nak tanya anak-anak semua, "Siapa suka makan Nekbat?, sila angkat 'mouse'."
Bagi anak-anak yang tak suka ,sila angkat 'keyboard'..............
Angkat tinggi-tinggi, Pak Man nak kira.

Wednesday, August 11, 2010
Puasa Orang dulu-dulu.
Masa dulu-dulu bila bulan puasa , petang-petang akan ada orang jual air batu keliling kampung dengan basikal. Air batu diletak dalam tong kayu. Letak dalam timbunan habuk gergaji kayu. Bila kita nak beli, penjual akan potong dengan gergaji.
Bila kita dah beli, takut cair, kita akan lumur air batu dengan habuk kayu dan balut dengan kertas surat khabarcina. Lepas tu kebumi tanam dalam tanah. Terpaksa beli awal-awal kalau tidak tak dapat.
Dah dekat waktu berbuka baru gali, basuh dan ketuk .
Bayangkan betapa susah nya orang dulu-dulu nak berbuka dengan air batu.
Bila kita dah beli, takut cair, kita akan lumur air batu dengan habuk kayu dan balut dengan kertas surat khabar
Dah dekat waktu berbuka baru gali, basuh dan ketuk .
Bayangkan betapa susah nya orang dulu-dulu nak berbuka dengan air batu.
Sunday, August 8, 2010
Tun tak boleh didakwa di mahkamah?.
Suatu masa dahulu semasa masih lagi belajar, ada seorang kawan yang menjadi tempat rujukan kawan-kawan yang lain, nama nya ZKK. Pak Man masih ingat lagi tentang pertanyaan Pak Man berhubung dengan gelaran Tun. Apa istimewa nya gelaran ini.
ZKK kata ,"oooooooh...banyakkkk."
Yang paling best nya ialah Tun ni tak boleh didakwa di mahkamah. Sebab itulah kalau orang dah berhenti jadi menteri kerajaan akan beri gelaran Tun, agar orang itu tak boleh didakwa.
Tapi sekarang ni, Tun Dr.Ling Leong Sik kena dakwa di mahkamah.
Oooooooooiiii.........ZKK, kau berada di mana sekarang?.
Aku nak dakwa kau..........

Friday, August 6, 2010
Pintu Belakang.
Sebagai ingatan dan pengajaran , di masa-masa yang akan datang tak boleh buat tingkap bersebelahan dengan pintu. Pencuri akan pecahkan tingkap untuk membuka pintu. Bila tingkap dah dipecahkan, maka pencuri akan menghulurkan tangan untuk buka pintu dari dalam.
Tetapi dalam kes rumah Pak Man ini, pencuri tak berjaya membuka nya kerana ada jeriji luar dan dalam. Maka jeriri pula diumpilnya. Pintu dipecahkan nya. Tuan rumah tak ada, buat lah sesuka hati............
Hasil nya tak seberapa, mereka hanya dapat dua buah tong gas dan sebuah komputer buruk.
Sekarang ni Pak Man tutup saja tempat tingkap itu dengan batu-bata dan plaster dengan simen. Habis cerita.

Thursday, August 5, 2010
Hujan Malam.
Sekarang ni, bila malam saja hujan turun.............
Baik sekali untuk kaki tidur. Bagi yang suka merayau-rayau pada waktu malam mengendap rumah orang, Pak Man harap mereka berehat lah.
Bagi yang suka curi durian, insaflah...........hujan tu ada lah isyarat dari yang maha kuasa agar anda menghentikan segala aktiviti yang tak baik itu.
Setiap kejadian itu ada hikmah nya yang tersendiri. Perah lah otak, fikir-fikir kan lah apa tujuan dan maksud di sebalik setiap kejadian yang Allah kurnia kepada kita.

Wednesday, August 4, 2010
Mencari Jalan Pulang.
Sedar tak sedar sudah 3 bulan Pak Man tak balik ke rumah Pak Man di Sempam Baru. Minggu lepas Pak Man dan Azrul pergi ke sana. Rupa-rupa nya jalan masuk ke rumah itu dah tertutup. Semak-samun menutupi jalan. Puas juga lah kami berdua menebas untuk masuk ke sana.
Oh .....penat sungguh. Macam tu lah kalau dah lama tak balik..........susah sungguh nak mencari jalan pulang ..........sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan.

Tuesday, August 3, 2010
Istiharlah harta, apa nak takut........
Semalam pergi gunting rambut. Suasana dalam kedai gunting tu cukup meriah. Ada pelanggan berbilang bangsa. Satu Malaysia!...........
Macam-macam tajuk diperbincangkan. Antara yang menarik ialah, tentang menteri-menteri dicadangkan agar mengisytiharkan harta.
"Kalau betul-betul telus, isytiharkan lah............apa nak takut."
"Rakyat nak tahu juga berapa banyak harta menteri-menteri."
.................................................................................................................................................................
Satu lagi cerita tentang subsidi beras untuk rakyat (SUBUR) yang di programkan oleh Kem.Pertanian.
Masa pelancaran nya dulu , siap ada siaran lansung dalam TV. Perdana Menteri yang lancar kan. Tapi sampai sekarang subsidi tersebut tak jalan-jalan lagi.
Apa sudah jadi?.

Monday, August 2, 2010
Kesihaaaannn mereka.......
Generasi kedua Felda di Pahang yang mengusahakan tanaman pisang di atas tanah kerajaan, pisang-pisang mereka dimusnahkan oleh orang-orang Pejabat tanah.
Cerita ini Pak Man dapat dari blog Braveheart..............
Kesihan........

Subscribe to:
Posts (Atom)