Thursday, July 29, 2010

Pak Abu, ini huruf apa?.

Selamat berpolitik Pak Man ucapkan kepada semua guru-guru yang telah dibenarkan berpolitik. Jangan sampai lupa anak murid sudah lah.
Semoga hasrat dan kehendak orang-orang tertentu akan tercapai.
Yang penting.......ikhlas............

Tuesday, July 27, 2010

Pohon Pitis.

Ada sesiapa tahu di mana ada jual anak benih pohon pitis?. Kalau ada tolong hubungi Pak Man , Pak Man bercadang nak buat kebun pohon pitis.
Kalau dapat dalam dua atau tiga pokok pun dah kira okay dah.......

Monday, July 26, 2010

Ketua Bilal Masjidil Haram.

Sheikh Ali Al-Muollah

Antara petua suara nya sedap bila melaungkan azan ialah :
1. Tak makan makanan pedas.
2. Tak minum minuman sejuk(ais).
3. Tak merokok.
4. Tak marah-marah kepada isteri.

Untuk lebih lanjut lagi, bacalah di SINI.

Thursday, July 22, 2010

Sehari sebelum hari gaji.

Sehari sebelum menjelang nya hari gaji, kaunter bayaran lengang. Tak ada orang langsung.
Akan tetapi bila menjelang nya hari gaji kaunter ini akan penuh sesak dengan manusia yang nak bayar bil.
Sebab itu lah Pak Man akan jelaskan segala bayaran sebelum tiba nya hari gaji.
Bagi orang kampung hari gaji mereka tak tentu. Kadang-kadang tiap-tiap hari, kadang-kadang seminggu sekali dan kadang-kadang tak ada langsung.

Tuesday, July 20, 2010

Sedap sungguh rebung masak lemak.

Hari minggu yang lalu, Pak Man ke Pasar Minggu Raub. Naik motor saja.......(minyak dah mahal).
Musim hujan ni ramai pulak orang jual rebung yang fresh.
Kalau buat masak lemak atau sayur air pun okay, rebung yang fresh ni rasa nya manis.
Sayang nya Pak Man tak boleh nak beli kerana susah nak bawa naik motor.
Tak apa lah, mungkin bukan rezeki........

Monday, July 19, 2010

Getah skrap dia punya, daun kering kita dapat.

Setiap hari pekerja sekolah terpaksa menyapu daun-daun kering yang berterbangan masuk dari kebun getah di sebelah pagar sekolah.
Tuan kebun dapat hasil ribu-ribu ringgit sebulan, masalah daun kering(sampah) orang sebelah kena selesaikan.
Jiran yang baik tak akan marah , tapi lama-lama tak tahan........bersungut juga lah.....sabar.......sabar.......

Friday, July 16, 2010

Main bola 'kaki ayam'.

Baru-baru ni ada seorang Ahli Parlimen cadangkan supaya dilatih beruk-beruk bermain bola agar boleh dibuat pertunjukan kepada pelancung.
Hah.....dah kering idea dah ke Datuk?.
Cubalah fikir idea yang bagus sikit...........kalau nak buat lawak, bukan di Parlimen tempatnya. Masuk lah rancangan Raja Lawak.
Daripada beruk , baik dilatih ayam main bola. Kerana Pak Man pernah main bola dengan 'kaki ayam'. Dapat jaring gol.........
Tak pernah dengar lah pulak orang main bola 'berkaki beruk'.

Thursday, July 15, 2010

Barang naik tengah malam........

Baru sebentar tadi Pak Man terima SMS dari seorang sahabat."Man , barang naik tengah malam ni".
Pak Man tak faham. Barang siapa yang nak naik tengah malam ni?. Kenapa pula dia beritahu aku?.
Pak Man call sahabat tersebut, oooooo..baru lah jelas, harga barang nak naik tengah malam ni.
Petrol, disel, gas dan gula akan naik harga tengah malam ini.
Terima kasih aje lah kerana kasi tahu, bro.
Pak Man malas nak fikir-fikir, nanti darah tinggi Pak Man pula yang naik.
Kepada orang yang jaga hal ehwal harga barang, Pak Man ucapkan TAHNIAH kerana telah berjaya menjalankan tugas......

Murid-murid OA



Sangat mendengar kata dan berdisiplin. Semoga mereka akan membesar sebagai rakyat yang berguna kepada negara.

Tuesday, July 13, 2010

Merempat

Begini lah nasib kalau tak ada tempat tinggal. Baik kita manusia ataupun binatang, tempat tinggal amat lah mustahak sekali.
Bila mengenangkan nasib manusia yang terpaksa tinggal dalam reban ayam, Pak Man rasa sedih sangat.
Nasib kuda lumba yang hidup dalam bilik aircond, makan makanan mahal-mahal, dan ada doktor peribadi lagi bertuah daripada manusia tersebut.
Sama-sama lah kita renungkan.

Sunday, July 11, 2010

Kunyit muda, kapur dan bulu ketiak.



Kunyit muda dan kapur adalah dua bahan yang boleh digunakan untuk mengelakkan bulu tumbuh di ketiak.

Caranya, ambil kunyit muda , celup dalam kapur dan sapu di ketiak anda.

Sebelum tu pastikan anda mencabut kesemua bulu ketiak anda.

Lakukan nya berulang-ulang kali. Insya Allah akan dapat hasil nya.

Bagi anak-anak muda, teruna atau pun dara yang belum tumbuh lagi bulu ketiak nya, boleh juga mencuba. Lakukannya beberapa kali, mudah-mudahan bulu ketiak tak akan tumbuh.

Selamat mencuba.

Tuesday, July 6, 2010

I dah letih lah bang.....

"Dulu saya naik atas, dia duduk bawah, kalau saya nak apa-apa, dia akan baling, saya sambut."
"Sekarang ni saya kena panjat sorang-sorang, kalau tertinggal barang, saya kena turun ambil. Lepas tu panjat semula."
Syarikat nak untung lebih, terpaksa kurangkan pekerja. Bila dah dapat untung juta-juta, ditaja nya pula sukan itu, sukan ini. Kita yang penat-penat panjat tiang tak dapat apa. Duit untung juta-juta bagi tajaan untuk acara sukan.
Kalau kita jatuh semasa panjat tiang, tak ada siapa yang nak tolong. Pandai-pandai sendiri lah.
Pernah terjadi, semasa kawan saya buat kerja di kampung, dia kena sengat tebuan. Dia sendiri terpaksa pandu van pergi hospital. Kalau dulu, semasa belum diswastakan ada dua orang dalam satu pasukan , tapi sekarang ni dah tinggal seorang. Ini syarikat nak untung lebih punya pasal lah ni, kami kena berkorban.
Saya pun dah tak boleh tahan lagi dah. Saya dah letih lah bang.............
- Curahan hati seorang pemanjat tiang kepada Pak Man semasa dia buat kerja di rumah Pak Man-

Thursday, July 1, 2010

Rombongan Cik Kiah Ke Negeri Melaka.

Budak Semantan Ulu dan budak Telanok(orang asli), projek jv kerana murid tak ramai.
Jalan mesti dalam barisan, dua-dua. Kalau tidak......Cik Kiah marah........

Cik Kiah sedang sibuk menguruskan tiket.....nak masuk zoo. Terima kasih Cik Kiah.