Monday, May 31, 2010

Kolam ikan, pusat penetasan ikan, dan sekarang ni dah ada kilang makanan ikan.


Mula-mula buat kolam ikan. Lepas tu buat pusat penetasan anak ikan dan jual kepada orang yang mengusahakan kolam ikan.
Dan sekarang ni dah ada kilang memproses makanan ikan.
Mungkin dah jadi jutawan .............
Orang ini katanya adalah bekas pelajar SK Semantan Ulu.
Insya Allah suatu hari nanti Pak Man akan tulis tentang kisah orang ini.

Thursday, May 27, 2010

Vell Paari.


Hari ini semua surat khabar tulis tentang Vell Paari. Muka nya keluar hampir semua surat khabar di Malaysia.
Pak Man tak berminat nak baca tentang kisah dia ni.
Pak man pergi pasar, beli 'ikan pari'.
Balik , masak ikan pari bakar. Makan cicah air asam.
Sedap...........

Tuesday, May 25, 2010

Jangan 'kurung budak' , tak baik.

Iklan ini Pak Man jumpa terpampang dalam sebuah kedai di Nilai.
Perkhidmatan kurung budak ke?
Kompius....kompius........
1 hingga 2 tahun, RM 29.90 sekali kurung.
kompius.....kompius........
ke ada maksud lain?
kompius......kih kih kih.

Pintu tandas.


Adakah anda rasa selamat sekiranya' berurusan ' dalam tandas yang pintu nya menggunakan ranting pokok bunga sebagai penyelak nya.
Pengalaman Pak Man menggunakan tandas ini adalah sentiasa dalam keadaan berdebar-debar.
Bila-bila masa kalau ada orang tolak pintu itu dari luar, sudah semestinya lah ranting itu akan patah dah pintu pun akan terbuka......maka ....oooohhhhh....tak dapat nak dibayangkan.

Monday, May 24, 2010

Berkat doa dan usaha gigih Jawatan kuasa masjid.

Semenjak adanya masjid baru di bandar Raub ini, maka masjid lama telah tidak dibenarkan untuk solat Jumaat lagi.
Jawatan kuasa masjid lama telah berusaha memohon agar solat Jumaat diadakan semula di masjid ini. Ini bagi memudahkan orang musafir terutama dari Kota Bharu ke KL menunaikan solat Jumaat. Ini kerana masjid baru yang terletak di atas bukit itu agak terkeluar sedikit dari laluan utama para musafir.
Setelah berusaha selama beberapa tahun maka pada 9/4/2010 solat Jumaat telah kembali diadakan di masjid lama ini.
Alhamdulillah.

Friday, May 21, 2010

Air dalam botol plastik jangan simpan dalam kereta.

Bahaya Botol Air Dalam Kereta
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah di identifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia …
Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.
Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita anda. Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.
Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.
#Pak Man petik dari blog rahimclifford69.....tq tuan.

Thursday, May 20, 2010

Masuk Surat Khabar weehhh!!

Berita banjir pada hari Isnin lepas disiarkan oleh surat khabar Sinar Harian pada keesokan harinya. Ini muka depan edisi Pahang.
Berita sepenuhnya di muka 10.
Orang Semantan Ulu pagi-pagi lagi beli Sinar Harian.

Terima kasih lah semua...........



Esoknya, surat khabar cina pula siarkan berita ini.............





Sinar Harian pula siarkan berita sambungan sambutan hari guru yang tergendala itu.........terima kasih.
* gambar-gambar ini Pak Man ambil gari blog Ustaz Syed Abi Gufran.....terima kasih Ustaz.

Tuesday, May 18, 2010

Semantan Ulu banjir lagi.

Semalam, 17 Mei 2010 sepatut nya ada majlis sambutan Hari Guru. Tetapi terpaksa di buat separuh jalan saja kerana air sungai tiba-tiba naik mendadak. Sekolah terpaksa ditutup awal. Murid-murid mesti balik secepat mungkin sebelum air sungai naik lebih tinggi.

Antara sedih dan gembira.........sedih sebab Hari Guru tak dapat di teruskan. Gembira sebab dapat ..........hehehe...faham-faham sendiri lah.
Airnya agak dalam dan laju. Bahaya untuk kanak-kanak ........orang dewasa pun....

Mengharung air kira-kira sejauh 1 km. Boleh dikategorikan sebagai mangsa banjir........layak dapat bantuan......hehehe.


Mak cik tu termenung di atas tangga...........nasib....nasib.....



Kereta guru-guru dah siap diletakkan di atas jambatan. Insya Allah selamat.




Monday, May 17, 2010

Tunjuk Surat Nikah dulu baru dapat beli gula.

Cerita ini Pak Man baca dalam Kosmo. Di Terengganu bekalan gula dah habis. Banyak kedai yang tak jual gula. Satu kisah yang berlaku di Dungun, seorang suami, Faizul yang berasal dari Kelantan tak dapat nak beli gula kerana tuan kedai tak akan jual gula kepada orang luar. Gula hanya akan dijual kepada orang tempatan sahaja. Tak kan Faizul nak kena balik ke Kelantan untuk beli sekilo gula.
Isteri nya Siti Marsilla terpaksa menunjukkan surat nikah mereka demi untuk mendapat kan sekilo gula. Bila ditunjukkan surat nikah dan diterangkan yang mereka menetap dan bekerja di sini barulah gula tersebut dijualkan kepada mereka.
Kerajaan kata bekalan gula mencukupi, tapi di kedai tak ada. Yang mana satu betul ni?.

Friday, May 14, 2010

Selamat berjuang! - Semoga berjaya.

Pak Man harap budak-budak ini akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.
Pak Man akan menonton sampai habis perlawanan, biar pun darah tinggi naik.
Semoga kita akan mengalah kan China.
Kalau tak dapat Piala Thomas pun, dapat kalahkan Lin Dan seorang pun dah kira puas hati.
Malaysia Boleh!!.

Tuesday, May 11, 2010

.........akhirnya , semua gugur ke bumi.

Hujan, panas, hujan , panas........akhirnya semua bunga-bunga durian gugur ke bumi.
Nampak nya tahun 2010 ini, rezeki tak berapa menjadi.
Sebagai hiburan , Pak Man siarkan gambar bunga durian tahun 2009.
Harap-harap akan ada bunga yang baru.

Wednesday, May 5, 2010

Orang biasa.....tak mengharapkan layanan istimewa..

Pada waktu rehat semasa berlansungnya satu kursus di sebuah masjid. Para peserta kursus telah di beri makan dan minum. Mereka menikmati makanan tersebut dengan seadanya. Tak pernah komplen atau merungut.
Pak Cik ini lagi lah selamba nya. Makan saja.........terima lah seada nya. Tak mengharapkan layanan yang istimewa. Kami orang biasa.

Monday, May 3, 2010

Tepung Pelita dan Gulai Kawah.

Hari Sabtu yang lalu Pak Man menghadiri satu kenduri 'masuk rumah baru' di Taman Shahbandar Raub. Rumah Cikgu Sapura, kawan isteri Pak Man. Pak Man tak nak cerita pasal rumah barunya, tapi nak cerita pasal makanan yang disediakan. Dalam banyak-banyak makanan yang terhidang, hanya dua perkara sahaja yang begitu menarik hati Pak Man. Pertama nya Tepung Pelita. Sedap sungguh tepung pelita nya. Dah lama Pak Man tak rasa tepung pelita sesedap itu. Cikgu Sapura order kuih tersebut dari Cikgu Mat Takiyudin. Memang sedap!. Dulu Cikgu Mat ada jual kuih ni di Pasar minggu. Sekarang ni tidak lagi. Mungkin dia sibuk ataupun dah malas. Atau pun Cikgu Mat dah naik ........
Gulai kawah nya sungguh sedap. Dimasak oleh tukang masak yang di bawa khas dari Kelantan. Gulai kawah campur umbut kelapa. Daging pun di bawa khas oleh tukang masak tersebut. Hoooo....sedap.....dah lama tak makan gulai kawah yang betul-betul macam di masak semasa 'bekwah'....kenduri kahwin.
Terima kasih tuan rumah. Lain kali kalau ada gulai kawah, jemput lah lagi...hehehe.