Orang kampung Pak Man panggil wokah (wakaf). Ada orang panggil pondok. Ada orang panggil gazebo. Bendanya sama saja, lain tempat lain pula nama nya. Pada masa dulu-dulu wokah ni didirikan di simpang-simpang jalan, atau di tengah-tengah kawasan sawah padi. Orang yang membina wokah tersebut adalah dengan satu niat sahaja, iaitu untuk memudahkan orang yang lalu-lalang atau para musafir berhenti rehat. Tempat berteduh daripada panas dan hujan.
Kalau di tengah kawasan sawah pula , tujuan nya adalah untuk petani berhenti rehat, menikmati bekalan yang dibawa dan juga menunaikan sembahyang.
Biasanya di tepi wokah ini akan digali sebuah telaga. Para musafir boleh minum, mandi dan mengambil wudhu'. Betapa banyak nya pahala yang tuan punya wokah itu dapat. Biasa nya wokah tersebut akan dikenali dengan nama pewakaf tersebut. Sebagai contohnya, 'wokah Che Yeh', 'wokah Cikgu Man' dan sebagainya.
.
Dari segi bahasa pula, wakaf bermaksud:
1. Sesuatu yang di berikan untuk kegunaan orang ramai(sbg derma).
2. Tempat berhenti sebentar(membaca dll), jeda. Contohnya dalam bacaan Alqur'an, ada tempat boleh wakaf(berhenti) dan ada tempat yang tak dibolehkan wakaf.
.
Pak Man rasa perkataan wakaf ini juga ada kaitan nya dengan 'wukuf'.(kalau salah, tolong betulkan).
'wukuf di Arafah' bermaksud, berada sekejap di Arafah(walau seminit). Wakaf semasa membaca Al-qur'an bermaksud, berhenti sekejap, kemudian teruskan bacaan. Nampak ada persamaan di situ. Nanti tanya lah ustaz kalau nak lebih pasti lagi.
Sekarang ni tak ada lagi orang yang nak buat wokah secara percuma. Kalau ada pun mungkin badan-badan koorporat. Wakaf(gazebo) buluh seperti dalam gambar di atas, dijual dengan harga RM2000.