Gambar ni Pak Man ambil dari Utusan Malaysia.
Suka sangat nak sambut tahun baru sampai sanggup cat muka..........
Cuba bayangkan bagaimana jadi nya kalau cat tersebut tak boleh dicuci lagi. Sampai ke tua lah pipi mereka akan ada nombor tersebut.
Sekian sahaja, lawak tahun baru - 2010 , dari Pak Man.
.
.
Lawak tak semesti nya lucu...........
Kadang-kadang yang tak lucu tu lah yang jadi lawaknya.......
.
.
.
Selamat Tahun Baru 2010.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Thursday, December 31, 2009
Apa masalah sebenar nya?
Ini adalah pemandangan di bandar Raub. Bangunan tersebut katanya sebuah stesen bas, tapi sampai sekarang masih belum beroperasi lagi.
Katanya khas untuk bas ekspress sahaja. Tak kisah lah, janji ianya digunakan. Jangan jadi gajah putih sudah lah. Kalau Pak Man salah harap maaf lah, kerana Pak Man ni orang kampung, sekali-sekala saja keluar ke bandar.
Kos nya pun tentu mahal kan........
Setiap kali lalu kawasan ini, hati ini selalu tertanya-tanya, "Bangunan ni dah lama siap, bila lagi nak beroperasi?. Apa masalah sebenar nya?".
Lagi 2 hari tahun 2010 dah nak sampai, ke nak tunggu 2011?.
Wednesday, December 30, 2009
Tenkiu banduan
Bingkai cermin di atas adalah hasil kerja banduan Penjara Penor semasa Pak Man masih lagi bertugas di sana. Lebih kurang 15 tahun yang lalu.
Kayu nya Pak Man beli sendiri. Upah banduan bengkel kayu, kebetulan ada yang berkemahiran mengukir dan hasil nya tak mengecewakan. Upah nya Pak Man dah lupa dah berapa.
Semasa banduan tersebut sedang membuat kerja ukir bingkai ini, datang Tuan Penguasa melawat bengkel tersebut. Beliau tertarik dengan bingkai gambar ini. Lalu berpesan kepada Kopral yang jaga bengkel supaya cakap pada Pak Man yang beliau berminat nak beli.
Pak Man cakap , " Suruh lah tuan tu cari kayu lain dan banduan tu boleh buat yang lain, lagi cantik". Kopral geleng-geleng kepala lalu pergi.
Kalau orang lain, memang dah bagi dah......
Tapi Pak Man bukan kaki bodek........
Mintak maaf banyak-banyak lah tuan.
Tuesday, December 29, 2009
Durian Sayur
Monday, December 28, 2009
Sadap
Orang kampung Pak Man di Bachok panggil benda ni, sadap. Lain tempat, lain pula panggilannya. Ada yang panggil sabit dan mungkin ada nama-nama lain lagi.
Sadap ni Pak Man ambil dari kampung. Ayah Pak Man kata, sadap ni adalah sadap pusaka.
Pak man simpan baik-baik, kadang-kadang asah biar tajam. Sekali-sekala guna kan nya untuk menyabit rumput untuk makanan kambing.
Insya-Allah Pak Man akan simpan sadap ini baik-baik.

Thursday, December 24, 2009
YB Ponteng.
Pagi tadi Pak Man pergi gunting rambut. Ramai juga pelanggan dalam kedai gunting tersebut. Mereka riuh bercerita pasal YB yang ponteng persidangan Dewan Rakyat.
Orang baju merah : Lu tahu ka cerita pasal YB ponteng?
Orang baju belang : Tahu, wa ada baca surat khabar. Apa pasal?.
Orang baju merah : Lu tahu ka ramai menteri yang ada dalam senarai ponteng tu?.
Orang baju belang : Tak tahu. Menteri mana?.
Orang baju Pagoda menyampuk : Ahli Parlimen Raub macam mana?. Hadir ka?.
Lepas tu Pak Man tak dengar apa-apa lagi kerana tukang gunting letak mesin dekat dengan telinga Pak Man........
Wednesday, December 23, 2009
Arapaima Gigas.
Begitulah nama ikan ini. Pak Man tak berapa pasti ejaan nya tu betul atau tidak. Pak Man eja mengikut bunyi sebagai mana orang sebut. Harap-harap betul lah tu.
Gambar ikan ni Pak Man ambil semasa berkunjung ke rumah kakak ipar Pak Man di KL, tiga hari yang lalu.
Ikan ni sebesar budak TADIKA. Dengar ceritanya, ikan ni boleh makan orang. Tengok pada gaya bila diberi makan, menyambarnya , ada gaya buaya.
Kakak ipar Pak Man bina kolam ikan ni tepi pagar rumah nya. Jadi kalau ada orang yang memanjat pagar, kena lah bertarung dengan ikan ni dulu sebelum masuk ke rumah.
Ok juga tu....boleh gantikan tugas anjing.
Monday, December 21, 2009
Bertaubat lah woi!
Masih lagi dengan kisah di kampung. Mak Pak Man ada bela beberapa ekor itik serati. Bulan lepas, pada suatu malam , hujan turun dengan lebatnya. Semua orang-orang kampung duduk dalam rumah masing-masing. Tak ada siapa yang nak keluar rumah diwaktu hujan lebat begini.
Dipendekkan cerita, pada pagi esoknya, mak Pak Man dapati 4 ekor itik serati yang besar-besar dan dah boleh dijual, telah hilang. Rupa-rupanya, pada waktu malam hujan lebat tu lah si pencuri buat projek.
Sekarang ni itik serati tu dah tinggal 5 ekor saja. Yang dalam gambar tu adalah yang paling besar.
Kurang ajar punya pencuri!....anak siapa kah itu?. Kalau pencuri tersebut ada baca blog Pak Man ni, Pak Man nak ajak pencuri tersebut 'bergocoh'. Bila-bila masa dan di mana saja, Pak Man bersedia.
Pak man juga dah buat solat hajat. Mintak supaya pencuri tersebut insaf. Kalau tak insaf juga, minta Allah tukarkan suara pencuri itu jadi macam suara itik serati.

Sunday, December 20, 2009
Pak Da Daud
Orang tua ni namanya Pak Da Daud, jiran depan rumah Chek (ayah) Pak Man di Bachok. Pak Da ni memang kuat bekerja. Pak Man respek betul dengan beliau, kerana dengan hasil bercucuk tanam Pak Da dapat pergi ke Mekah, beli kereta untuk anaknya dan yang paling best nya buat rumah batu.
Harga rumah ini tak tahu lah berapa puluh ribu, tapi yang pastinya Pak Da bayar 'cash'. Hutang-hutang tak main lah......
Orang makan gaji, kalau buat loan rumah, kena bayar sampai pencen. Tapi Pak Da Daud buat rumah, beli kereta, semua nya secara'cash'.
Saturday, December 19, 2009
Di bukit dan di pantai.
Pantai Irama, Bachok. Waktu ni Pak Man ada di sana. Gambar dari blog Siputturbos(tq.)
Ini adalah hasil perkebunan Pak Man di depan rumah yang terletak di bukit............kalau ada rezeki, tak lama lagi makan jeruk kedondong lah.
Wednesday, December 16, 2009
Balik Kampung......seminggu saja.
Maaf kerana dah lama tak menulis. Pak Man balik kampung selama seminggu. Banyak juga lah perkara yang dapat diselesaikan. Bayar itu dan ini, jumpa orang itu dan orang ini, pergi ke situ dan ke sini, makan benda itu dan benda ini. Alhamdulillah...semua perancangan selesai dengan jayanya. Sepanjang percutian tersebut kami tinggal(bermalam sahaja) di rumah ini. Siang harinya kami berada di rumah 'Chek ambo' di Bachok.
Tengah hari tadi sampai balik ke Raub. Hoooofff.......lega! ikan tilapia yang ditinggalkan seminggu masih hidup. Cuma seekor kambing Pak Man bengkak kaki, berulat. Kurus kering kerana dah seminggu tak turun cari makan.
Semua harta benda yang lain selamat......Alhamdulillah.
Friday, December 11, 2009
Sudah Lama Tak Menang.
Tuesday, December 8, 2009
Terima lah kekalahan itu dengan hati yang terbuka.
Pak Man tujukan khas kepada pemain-pemain bolasepak Malaysia di Sukan SEA.
Kalah menang adalah adat pertandingan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Contohi lah pemain-pemain pasukan sebuah negara eropah baru-baru ni yang tersingkir ke Piala Dunia kerana kesilapan pengadil. Mereka tak mengamuk pun.....
Timor Leste kena 11 - 0 ....rilek saja. Baik sungguh mereka ni.
Jangan tunjukkan perangai yang tak bertamadun kita itu di tempat orang.
Kamu mewakili negara, bukan mewakili kampung.
FAM...Pak Man percaya, akan mengambil tindakan yang sewajar nya.
Dalam bab mengambil tindakan ni...FAM memang cekap.
Selamat berjuang!!

Sunday, December 6, 2009
Nabi Ibrahim AS
Semasa usia baginda 80 tahun Allah telah memerintahkan baginda supaya bersunat.
.
.
.
Sesungguhnya baginda adalah orang yang pertama bersunat di dunia ini.
.
Pak Man petik dari buku' HAMKA'....Berkisah Tentang Nabi Dan Rasul.
Penerbitan Pustaka Melayu Baru, KL , 1982.
.
.
.
Sesungguhnya baginda adalah orang yang pertama bersunat di dunia ini.
.
Pak Man petik dari buku' HAMKA'....Berkisah Tentang Nabi Dan Rasul.
Penerbitan Pustaka Melayu Baru, KL , 1982.
Tuesday, December 1, 2009
Lembu + Kambing = Lembing
Pak Man nak cerita sikit tentang benda-benda yang terhasil dari kacukan dua benda atau lebih. Tentu ramai yang pernah dengar 'yamyuh' (ayam + puyuh).
'Selembu' (seladang + Lembu).
'Neslo' (Nescafe + Milo).
'Kopi + Teh' (Kot*).
Siam + Arab (Sirap).
Arshad + Zainab (Arn**)........dan banyak lagi.
Tapi ini cerita pasal kereta. Rolls Royce + Porsche........hasil nya seperti di bawah.
Kepunyaan seorang sultan. Untuk kegunaan baginda semasa berada di London.

Subscribe to:
Posts (Atom)