Monday, November 23, 2009

Rasa-rasa nya nak cuba ikan kelah lah pulak.


Gambar ikan kelah...................dari Utusan Malaysia.(tak ada kena mengena dengan Pak Man).
.
.
Ikan tilapia dalam kolah Pak man tu dah masuk 4 bulan dah usia nya. Bulan depan Pak man rasa sampai lah masanya untuk menuai hasil.
Selepas tu Pak Man rasa-rasa macam nak masuk kan anak ikan kelah pula.
Pak Man dah tanya-tanya orang berkenaan ikan kelah ni. Harga nya boleh tahan juga lah. Tak kurang dari RM50 sekilo.
Pembekal anak ikan kelah ni pun Pak Man dah kenal pasti. Orang ini dapat bekalan dari 'orang asli'.
Harga nya RM5 seekor. Pak Man rasa nak cuba dulu dalam 50 ekor.

Friday, November 20, 2009

India ada 52 bilionair tetapi 600 juta tiada tandas.

MUMBAI - Pasaran saham yang rancak dan pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan jumlah bilionair di India meningkat sekali ganda, demikian menurut senarai hartawan yang diterbitkan oleh majalah Forbes.

Di India kini terdapat 52 bilionair berbanding 27 orang pada tahun lalu manakala pada 2007 jumlahnya ialah 25 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif Reliance Industries, Mukesh Ambani, mengetuai senarai itu dengan kekayaan dianggarkan bernilai AS$32 bilion (RM107 bilion) diikuti jutawan keluli, Lakshmi Mittal dengan AS$30 bilion (RM101 bilion).
Adik Mukesh, Anil Ambani menduduki tempat ketiga dengan kekayaan bernilai AS$17.5 bilion (RM59 bilion).

"Bilionair India kini kembali ceria. Senarai tahun ini menunjukkan India mempunyai keupayaan untuk mencipta kekayaan jika pasaran kewangan dan ekonomi berada dalam situasi yang baik," kata Pengarang Forbes India, Nazneen Karmali.
Jumlah gabungan 100 individu terkaya India dianggarkan AS$276 bilion (RM929 bilion) iaitu hampir suku daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) India.
Nilai pasaran saham India meningkat lebih 75 peratus tahun ini dan ekonomi berkembang hampir tujuh peratus.

Walaupun 100 orang menguasai suku kekayaan India, seramai 600 juta atau 55 peratus penduduk India tidak mempunyai tandas sempurna, menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tahap kebersihan yang rendah dan penyakit menyebabkan India terpaksa menanggung kos sebanyak AS$255 juta (RM858 juta), kata Kementerian Kesihatan India. - Agensi

Dipetik dari Kosmo online.

Thursday, November 19, 2009

Apa kah makna nya ini?


Seolah-olah dah tahu penonton bawa masuk mercun tapi tak ada pemeriksaan dibuat.
Ini lah langkah keselamatan yang dapat menjimatkan wang.
Kalau bakar mercun juga, Persatuan Bola Negeri kena denda.
Senang saja..........

Pak Him Salor.

M Ibrahim Deraman....kawan baik Pak Man semasa bertugas di Penjara Penor, Kuantan.
Yang sebelah kiri tu adalah Pak Him. Yang sebelah kanan, tongkat ke bawah tu Pak Man.
Sekarang ni Pak Him jadi pegawai paroll negeri Pahang.
Sudah bertahun-tahun kami tak jumpa. Tiba-tiba Pak Man terjumpa blog ini.

Selamat berblog Pak Him.



Wednesday, November 18, 2009

SPM bermula hari ni - semoga berjaya.

Akak dan Abang 12 tahun yang lalu
...
Hari ini bermula lah peperiksaan SPM 2009.
Pak Man nak ucapkan selamat menghadapi SPM kepada semua calon-calon SPM, terutama sekali kepada anak perempuan Pak Man, Nur Munirah Azwa(akak).
Ayah doakan akak dapat menghadapinya dengan hati yang tenang. Jangan gelabah. InsyaAllah akan berjaya.
Ayah dan Mak serta Opah mendoakan kejayaan untuk akak. Kami tahu akak boleh menghadapi nya dengan tenang dan kami harap akak dapat melepasi nya dengan cemerlang.
Tahun lepas abang dah berjaya melepasi nya dengan cemerlang. Abang dapat A dalam semua matapelajaran. InsyaAllah akak juga boleh.
Kita hanya berusaha sebaik mungkin, lepas tu terserah lah kepada Allah untuk menentukan kesudahan nya.
Semoga berjaya!.

Tuesday, November 17, 2009

Awang Adik minta Noh Omar kaji semula program SUBUR.

Orang Bachok ramai yang tak ada nama dalam senarai penerima bantuan subsidi beras.
Guano jadi gituh?
Jangan nak jaga kawasan sendiri saja.
Menteri kena jaga satu Malaysia lah......
Cuba semak balik, siapa yang cuai. Kalau dah jumpa jawapan nya , ambil tindakan.....

Hahahahaha........ Pak Man pula nak ajar menteri. Sori lah Dato'. Jangan marah.....kita kan 1 Malaysia.

Malaysia Boleh!!.

Sunday, November 15, 2009

Thursday, November 12, 2009

Kelab Penyokong Kelantan lancarkan kutipan tabung RM 1

Kelab Penyokong Kelantan tak akan membiarkan KAFA menanggung denda RM 50 000 itu sendirian. Mereka akan melancarkan tabung dan akan mengutip RM 1 dari setiap peminat bola Kelantan yang sudi dan bersimpati dengan KAFA.
Semoga usaha murni ini akan mendapat sambutan dari rakyat Kelantan.
Berita selanjut boleh baca disini....

Kambing sakit kaki.


Kita reda kan keadaan sebentar dan Pak Man nak cerita sikit tentang kambing Pak Man. Kambing ni namanya Rupawan.
Sudah 3 minggu kaki depan sebelah kiri nya sakit. Membengkak dan berulat.
Rupawan tak turun ke tanah, jadi makan minum nya terpaksa Pak Man hantar ke kandang.
Tiap-tiap hari sembur ubat . Kadang-kadang Pak Man rendam kaki nya dalam minyak petrol supaya ulat nya mati.
Sekarang ni dah beransur baik. Rupawan dah mula turun ke tanah meragut rumput.

Wednesday, November 11, 2009

Lucu!.....boleh masuk Raja Lawak.

Penyokong Kelantan tak bertamadun.....
Penyokong Kelantan minda kelas tiga........
Penyokong Kelantan ganassss....
Pendek kata semua yang jahat-jahat telah dilebel kan terhadap penyokong Kelantan.
Tidak ada seorang pun yang kata semua itu tak betul, semua nya betul belaka.
Bagi Pak Man pula, Pak Man rasa ayat-ayat tersebut perlu diubah, sepatutnya kita tulis begini : Penyokong Kelantan yang buat onar itu tak bertamadun.
Penyokong Kelantan yang kaki gaduh itu ganas.
Jangan main pukul rata saja.

Pak Man nak luahkan sikit isi hati Pak Man kepada FAM.

Pada 7 April dulu, bila penonton Kelantan mengamuk di Kota Bharu, KAFA kena denda kerana 'tidak menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi' di Stadium Sultan Mohamad IV. Alasan nya tuan rumah (penganjur) mestilah bertanggung jawab dalam soal keselamatan.
KAFA akur dan patuh. Terima hukuman dengan redha.


(Gambar dari blog Muhammad Al-Fateh)

Akan tetapi, bila tiba final, sehari sebelum perlawanan, ada orang besar di FAM kata pasukan keselamatan adalah mencukupi. Mereka dah ada pengalaman menganjurkan perlawanan Malaysia lawan MU. Haruslah diingat, yang perlawanan final ini, penganjurnya adalah FAM. Sepatutnya penganjur yang bertanggung jawab. Bila berlaku kekacauan, penganjur kena denda. Penganjur kena bayar ganti rugi. Jangan nak lepas tangan. Kalau tak bersedia atau tak cukup kepakaran, jangan anjurkan perlawanan besar. Kalau tak ada kepakaran, pergi belajar luar negeri. German atau England atau kemana saja. Kalau tak nak juga, berundur lah......
(Gambar dari blog Muhammad Al-fateh)

Pesanan kepada tuan punya stadium pula (KBS atau MSN atau sesiapa saja), lengkapkan stadium tu dengan peralatan keselamatan yang terkini.
Pergi tengok stadium-stadium di German (sebagai contoh saja..) peralatan keselamatan nya canggih. Pastikan setiap pengacau akan tertangkap.
Kalau buat stadium mahal-mahal tapi tahap kecanggihan nya sama macam Stadium Merdeka saja, baik kita main di Stadium Merdeka.
Pemerhati di Stadium Bukit Jalil ada menulis di sini
Kesimpulan nya :
1. Penonton yang buat onar memang tak bertamadun.
2. Penganjur kena bertanggung jawab.(jangan nak kaut duit saja).
3. Peralatan keselamatan perlu dipertingkatkan. Kita kan dah nak jadi negara maju.......
4. Mercun.......macam mana boleh senang-senang bolos masuk ke negara kita. Mungkin orang yang sepatut nya kawal kemasukan mercun ni kena tingkatkan lagi usaha.

Sunday, November 8, 2009

Adoi laa......sakit nya.


Kepala berdenyut-denyut.
Tekanan darah terus naik dengan tinggi sekali.
Rasa sakit belakang tengkuk.
Mata berpinar-pinar.
Nak tidur tapi asyik terkelip-kelip.
Bakpo jadi gini.........
Nak cuti dari berblog sehingga kesihatan kembali normal.
Kalau panjang umur, Insya Allah akan berjumpa lagi.

Thursday, November 5, 2009

Kesian, Aki.

Pemuda dalam gambar di atas , nama nya Sahrin. Orang kampung Batu Talam memanggil nya dengan panggilan Aki. Aki adalah anak yatim. Emak nya meninggal semasa dia masih kecil lagi.

Aki di ambil oleh Mak Pah sebagai anak angkat. Aki ni tak berapa cerdik sikit, dia tak pernah bersekolah. Cakap nya pun pelat. Tapi cukup rajin bekerja membantu Mak Pah buat kuih. Mak Pah sudah tua dan bongkok tapi masih rajin berniaga kuih.

Beberapa bulan yang lalu, Aki jatuh sakit. Doktor kata ada 'tonsil' dan perlu di bedah. Mak Pah hantar Aki ke Hospital Temerloh untuk menjalani pembedahan.

Pembedahan nya berjaya membuang tonsil tersebut. Malang nya Aki telah kehilangan suara. Balik dari hospital terus tak ada suara. Bila bercakap, mulut saja yang terkumat-kamit. Suara tak keluar langsung.
Tak ada siapa yang tampil membantu. Aki dan Mak Pah terima saja lah nasib mereka.

Petang Ahad yang lalu, Aki datang ke rumah Pak Man. Bersama Aki ada sekeping kertas seperti di bawah. Ada mesej dari Mak Pah untuk Mak mertua Pak Man.



Wednesday, November 4, 2009

8 Nov.2009-Ahad, Nik Aziz bagi cuti kepada semua rakyat di Kelate.

Tak kira kalah atau menang, cuti dah diberi awal-awal lagi. Ini adalah bertujuan bagi mengelak penyokong tergesa-gesa balik ke Kota Bharu selepas perlawanan tamat. Untuk kemudahan semua, syukur........ Tok Guru bagi hadiah. Berita selanjutnya di sini.

Tuesday, November 3, 2009

Terima kasih orang Perlis kerana melayan kami dengan 'BAIK'.

Gambar di atas Pak Man ambik dari blog Klate.fc.
Banyak lagi kisah suka duka penyokong Kelantan semasa berkunjung ke Perlis boleh anda baca di sini.