Beberapa hari yang lalu Pak Man pergi servis kereta di salah sebuahPusat Servis di bandar B.
Sementara duduk menunggu tu, sempat lah Pak Man berbual dengan seorang pelanggan yang sama-sama menunggu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam." kami bersalaman. Dia memegang secawan Milo panas(free).
Setelah berkenalan , maka tahu lah Pak Man yang kami ni buat kerja yang sama.
Namanya Cikgu Rahman. Lagi 2 tahun nak pencen. Dia tak pernah mengajar di sekolah kebangsaan. Mula-mula tu ajar di sekolah cina, lepas tu sekarang ni di sekolah K******k. Majoriti muridnya adalah berbangsa Cina.
Dalam banyak-banyak kisah yang diceritakan itu, ada satu kisah yang Pak Man rasa melekat ke jiwa dan sanubari Pak Man.
Cikgu Rahman memang nampak penyabar dan lemah lembut orang nya. Tapi entah bagaimana pada suatu hari tu dia tak dapat menahan sabarnya.
"Bayangkan lah Pak Man, apa perasaan Pak Man kalau kita tengah mengajar tiba-tiba ada murid yang dengan selamba meludah di dalam kelas."
"Saya suruh dia lap balik air ludahnya, dia kata saya bukan tukang sapu...."
"Menyirap darah saya....tak saya sedari tiba-tiba.....PANG!....tangan saya naik ke muka."
Diringkaskan cerita , esok nya bapa sibudak tu datang ke sekolah.
Berbincang dengan Pengetua dalam bahasa cina. Cikgu Rahman terlopong tak faham. Akhirnya, Pengetua cakap dalam Bahasa Melayu, "Cikgu, dia cakap .....cikgu nak selesai di sini atau di mahkamah."
"Selesai sini aje lah."
Orang cina tu pun cakap,"Kalau mahu selesai lu kena bayar RM100. Apa macam?...setuju?"
"Baik, saya setuju...."
Cikgu Rahman terus keluarkan duit RM100."Nah! ambik ni dan kira selesai"
Orang cina tu ambik duit dan Cikgu Rahman terus keluar. Pengetua diam tak berkata apa-apa.
"Sekarang ni saya dah tawar hati nak mengajar bersungguh-sungguh. Ajar sekadar melepaskan tanggung jawab saja".
"Cukup bulan ambik gaji........"
"Saya sangat-sangat kecewa.....kecewa dengan Pengetua....kecewa dengan ibubapa....kecewa dengan anak murid saya sendiri".