Sunday, August 30, 2009

Hari ni Pak Man berbuka dengan lauk ikan percik

Panggang-memanggang ni memang tugas Pak Man sejak dulu lagi.
Hari ni, berbuka makan nasi lauk ikan percik. Tapi sayang sikit ikan kembung nya tak berapa segar. Maklumlah duduk jauh dari laut, di Banjaran Titiwangsa.
Kalau ikan yang segar, dapat rasa akan kemanisan isi ikan. Tak apa lah lain kali kalau balik ke Bachok, kita pergi tunggu nelayan balik dari laut, baru dapat ikan segar.
Walau bagaimana pun, syukur alhamdulillah.

Thursday, August 27, 2009

Bbidas tupai


Pokok petai belakang rumah sedang rancak berbunga. Tapi tupai dan monyet suka sangat makan dan jatuhkan bunga-bunga tu. Kalau macam ni , alamat tak sempat berbuah lah petai tuh.
Nak tembak, tak ada senapang. Halau dengan mulut saja, mereka buat tak tahu saja.
Jadi terpaksa lah Pak Man guna kan lastik. Tapi tak pernah kena pun.........
Nampaknya menjadi, mereka takut dan lari.
Inilah aktiviti Pak Man sementara menantikan waktu berbuka puasa.

Monday, August 24, 2009

Terkenang semasa dulu

Bila tiba bulan puasa, Pak Man teringat pada acuan ini. Pak Man selalu menolong mak Pak Man menyediakan juadah berbuka puasa dengan menggunakan benda nih.
Masa dulu-dulu tak ada orang jual kuih, kalau nak makan kena buat sendiri.
Sekarang ni benda ini pun dah susah nak cari. Orang dah tak pakai tempurung lagi dah.

Friday, August 21, 2009

Musim buah perah tiba lagi

Mula-mula kena jemur dalam dua tiga hari.
Begini lah rupa nya buah perah.

Selepas dijemur, kulit nya dititik/pecahkan dan isinya dikeluarkan.

Ini lah rupanya isi buah perah, seakan-akan isi buah getah.

Selepas itu di jemur lagi, sebelum di tumbuk sehingga lumat. Maka jadilah perencah gulai asam rom/ asam rong/ asrong.



Tuesday, August 18, 2009

Banglo RM 130 000 untuk Nik Nur Madihah

Dulu, rumah mereka begini saja. Siapa sangka, nasib mereka akan berubah dalam sekelip mata.
Sekarang, Nik Nur Madihah sudah dapat menghadiahi ibu-bapa nya sebuah rumah. Banglo bernilai RM 130 000 yang di sumbangkan oleh kerajaan negeri Kelantan.
Semoga mereka berbahagia menyambut Ramadhan di rumah baru yang terletak di salah sebuah taman perumahan di Pengkalan Chepa.

Monday, August 17, 2009

Semoga selamat

Selamat menjadi calon
Selamat berkempen
Selamat berpuasa
Selamat mengundi
Selamat dari H1N1
Selamat di dunia
Selamat di akhirat

Friday, August 14, 2009

Tok Guru, cakapnya berlapis-lapis.

Kalau kita dengar tok-tok guru bercakap memang ada makna yang tersirat. Kita tak boleh fikir sekali saja. Kena fikir dua tiga kali dulu baru jelas apa maksud nya.
Tapi kadang-kadang kita buat-buat tak faham dan terus sebarkan berita yang tak betul. Itu kerja saudara setan.
Pak Man teringat satu kisah......entah betul entahkan tidak, tapi sekadar nak buat contoh saja.

Ada seorang guru agama yang tinggal di sebuah kampung di pedalaman sebuah negeri. Orang-orang kampungnya suka sangat 'tikam ekor'. Sudah puas dia menasihati mereka, tapi tak berbekas pun.
Pada suatu hari, datang seorang penduduk yang agak terdesak ,datang naik motosikal, nak minta nombor dengan tok guru tersebut. Sungguh kurang ajar. Dengan nada yang marah tok guru tersebut berkata," Tikam yang ada celah kangkang awak tuh...pasti kena".
Orang itu marah , " Apa lah tok guru ni, orang nak minta tolong sikit tak boleh, dia mencarut pulak. Tak guna punya tok guru".
Keesokan harinya, bila orang tersebut tengok surat khabar, nombor yang dapat first prize ialah nombor motosikal nya. Lantas dia teringat akan kata-kata tok guru semalam.
"Oooooo...maksud tok guru, 'yang ada celah kangkang' saya tu adalah motosikal saya lah, rugi aku tak tikam nombor ni....kalau tidak ,kaya aku!".

Ini adalah cerita yang tiada rujukan dan Pak Man rasa tak benar, tapi sengaja Pak Man gunakan sebagai contoh, kalau rasa tak suka atau tak kena dengan pendapat anda, abaikan saja.

Wednesday, August 12, 2009

Tiada paksaan dalam Islam.

Sebelum ini bila ditanya, kenapa tak pakai macam ni?.....ada bermacam-macam jawapan yang diberikan. Rimas, panas, lemas, suami tak izinkan, tak dapat nak melawa, dan berbagai-bagai lagi.
Tapi hari ini, tanpa ada sesiapa yang paksa, semua orang pakai macam ni. Tak kira perempuan atau lelaki. Islam atau bukan Islam.
Allah telah menghantar mesej kepada umat manusia, jadi fikirlah semua.

Tuesday, August 11, 2009

Apa khabar tok peraih akok?.

Bulan puasa akan tiba dalam masa 10 hari lagi. Pak Man rasa tahun ni tak ramai orang yang akan mengunjungi bazar Ramadhan. Ramai orang yang dah mula mengelakkan diri dari berada di tempat-tempat yang ada ramai orang.
Tapi Pak Man rasa, kalau kita ambil langkah berjaga-jaga tentu penyakit tu tak akan berjangkit. Yang susahnya ada orang yang tak ikut nasihat, bersin dan batuk sesuka hati.
Kepada yang berjualan, jangan lupa pakai penutup hidung dan mulut.

Monday, August 10, 2009

Tilapia 200

Minggu lepas Pak Man dah masuk kan 200 ekor anak ikan tilapia ke dalam kolam yang baru siap dibina. Harap-harap tak ada yang akan mati. Kalau ada rezeki, 4 atau 5 bulan lagi dapatlah hasilnya.
Dalam seminggu dua ni keadaan di luar sana semakin gawat. Ada H1N1, ada perhimpunan haram dan juga yang halal. Ada saman menyaman, ada sepanduk yang tulis'Dulu takbir sekarang take beer'.
Inkues sana , inkues sini. Ada yang jadi pengkhianat bangsa dan macam-macam lagi.
Pak Man rasa lebih baik Pak Man tumpukan kepada kolam ikan, kambing dan pokok-pokok. Mereka semua ni boleh buat kepala otak Pak Man jadi tenang.

Thursday, August 6, 2009

6 Ogos 1992, 9:34 pm.

Pak Man nak ucapkan selamat hari lahir kepada anak Pak Man yang nombor dua, Nur Munirah Azwa yang kini sedang belajar di MRSM Kuantan.
Selamat Hari Lahir Akak !
Ayah doakan semoga Akak akan diberkati Allah dalam apa jua tindakan yang Akak buat.
Semoga Akak akan berjaya dalam SPM nanti.
Ingat cogan kata kita "Buat Sehabis Baik". Kita hanya mampu berusaha, hasilnya nanti Allah yang akan tentukan.
Saja ayah lewatkan sedikit ucapan ini, kerana Akak dilahirkan pada waktu malam.

Wednesday, August 5, 2009

M yang bergetah.

M,
Walaupun usia mu sudah 52 tahun,
tapi kau,
masih bergetah,
masih berminyak,

Bergetah di tengah,
berminyak di tepi.

Anak-cucu mu tak suka Abang ISA,
tapi ambo tak nak kata apa,
Ambo hanya berserah kepada yang ESA.

*kepada anak-anak yang tak faham, Pak Man nak jelaskan agar anak-anak tidak terpesong.
M = Malaysia.
Bergetah = mempunyai ladang getah di kawasan tengah (pedalaman).
Berminyak = ada hasil minyak (petroleum)di tepi atau di kawasan laut.

Tuesday, August 4, 2009

Ziarah sambil cuci mata.

Pada hari Ahad yang lalu, Pak Man sekeluarga pergi melawat anak Pak Man di tempat ini.
Selepas itu kami jalan-jalan ke sini.


Pusing-pusing sambil cuci mata, yang mana berkenan sambar lah.........


Wooooo...macam dekat Paris lah pulak.


Restoran ke?.........tapi penuh dengan kain baju.


Ekonomi merosot mau wang tak mau barang. Apa makna nya, Pak Man tak faham.





Sunday, August 2, 2009

Selamat Pengantin Baru.

Semalam, Sabtu 1/8/2009 Cikgu Hj.Apandi (GPK1 SK Semantan Ulu)telah selamat menjadi suami orang. Sudah lama kami semua tunggu nak makan nasi minyak Tuan Haji. Akhirnya semalam dapatlah kami merasa makan nasi minyak orang Ulu Atok, meriah sekali majlisnya, siap ada cabutan nombor bertuah...........Tahniah.
Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Selamat Pengantin Baru!!