Sabtu dan Ahad lepas anak-cucu opah balik kampung.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Tuesday, June 30, 2009
Saturday, June 27, 2009
Tahun lepas RM0.50, tahun ni RM 1.00
Harganya telah naik, seikat sebesar lengan harganya RM1.00 . Kalau tahun lepas harganya masih lagi RM0.50 seikat. Tapi tak apalah, RM 1.00 bukannya mahal sangat.......nak makan beli juga lah. Kalau nak free tu kena cari sendiri lah. Tak payah masuk hutan, tepi-tepi kebun getah tu pun dah boleh dapat.
Friday, June 26, 2009
28 tahun ...lama tuuuu.
Baru sebentar tadi (8:30 am) Pak Man berbual melalui telefon dengan kawan lama yang sudah 28 tahun tak jumpa.
Dia kata suara Pak Man dah berubah.........hahahahaha...maklumlah tiap-tiap hari minum air bumi Pahang dan gulai asam rom.
Fudzail baru semalam tiba dari Dubai. InsyaAllah kali ni kami akan berjumpa. Kerana kalau tak jumpa kali ni mungkin lain kali tak sempat doh.
Kita ni nak dipanggil olehNya tak tahu bila. Bila-bila masa pun akan dipanggil. Nombor giliran tu ada tapi kita tak tahu.
Jadi kalau ada hajat nak buat sesuatu tu buatlah segera jangan bertangguh-tangguh.
Selamat kembali ke tanah air FUDZAIL!.

Wednesday, June 24, 2009
Tokey dapat balak, orang kampung dapat bala.
Semalam kawan Pak Man Ustaz Hashim beritahu Pak Man, "Hati-hati sikit kerana 3 hari lepas ada orang kampung terserempak dengan harimau bersama dua ekor anak merayau-rayau di hulu Sungai Batu".
Rumah mak mertua Pak Man terletak di tepi Sungai Batu dan beberapa KM saja dari hulu sungai tersebut. Kambing memang makanan kegemaran harimau............ooohhhh risau....risau....
Tahun lepas pokok-pokok balak di hulu sungai tu telah ditebang. Tanah telah digondolkan. Mana lagi harimau nak duduk, masuk kampung lah........
Tuesday, June 23, 2009
Projek masa depan.
Monday, June 22, 2009
Warna 'Biru Butir Setar'.
Pernah makan buah setar?. Ada setengah tempat panggil buah kundang. Buah setar ni adik-beradik buah 'gemia' atau setengah tempat panggil buah 'kermia'. Buah setar besar , manakala buah gemia kecil sikit saiznya. Pak Man nak cerita pasal warna 'Biru Butir Setar'. Itu orang kampung Pak Man yang cakap macam tu. Orang tempat lain Pak Man pernah dengar mereka cakap warna 'Biru Biji Kundang'. Orang kampung tak tahu nak sebut warna ungu atau purple, jadi mereka kata warna tu adalah "biru yang sama dengan warna butir(biji) setar".
Saturday, June 20, 2009
Semalam Kambing ku Beranak.
Semalam hari Jumaat, kambing beranak dua ekor.
Alhamdulillah, semua selamat, tak payah panggil doktor.
Jantina nya belum pasti, tetapi .....hatiku gembira tak terperi.
Ibu nya seekor ibu tunggal, bapaknya mati sudah sepenggal.
Tabah sungguh hati ibu, bergilir-gilir anak menyusu.
Walaupun hatinya walang, tapi anak tak akan dibuang.

Thursday, June 18, 2009
YB Buah Kecupu.
Ada setengah tempat panggil buah kecupu, ada yang panggil buah mencupu. Orang kampung Pak Man panggil buah ccupu.
Rasanya masam-masam manis. Masa kecik dulu Pak Man suka makan cicah garam. Panjat pokok bawa garam dan makan atas pokok.
Sekarang ni orang kampung Pak Man sibuk dok bercakap pasal 'YB Buah Ccupu'.
Dulu cakap-cakapnya manis, tapi makin lama makin masam. Masam-masam manis macam buah ccupu.
Dalam sehari dua ni cakap-cakapnya terasa betul-betul masam. Orang kampung Pak Man kata 'masam ppughik'.
Masam ppughik ni adalak darjah kemasaman yang paling tinggi sekali.

Wednesday, June 17, 2009
Seandainya kita hidup sehingga 70 tahun.........
Persoalan-persoalan yang sering bermain di kotak fikiran Pak Man.
1. Berpeluang kah hidup sehingga ke usia 70 tahun.
2. Mungkin kah akan dihinggapi penyakit, atau kesusahan di hari tua nanti.
3. Bagai mana kah layanan anak-anak dan cucu-cucu semasa kita sudah uzur dan nyanyuk.

Tuesday, June 16, 2009
Selsema Babi Hutan.
Habis semua ubi kayu Pak Man kena sondol oleh babi hutan. Pagar ditebuk sana-sini. Pak Man tampal sana, dia tebuk sini. Pak Man tampal sini dia tebuk sana. Pak man risau juga kalau-kalau babi tersebut ada yang demam selsema. Nanti tak pasal-pasal berjangkit pula.
Jadi Pak Man beli pagar baru. InsyaAllah dalam sehari dua lagi siaplah proses menukar pagar. Harap-harap selamatlah pokok pisang dan bolehlah ditanam semula ubi kayu yang baru.
Babi ni tak habis-habis menyusahkan umat manusia.
Sunday, June 14, 2009
Hari-hari terakhir cuti sekolah.
Friday, June 12, 2009
Zakat menyucikan harta.
Ramai diantara kakitangan kerajaan yang telah membuat potongan terus dari gaji mereka kepada Pusat Kutipan Zakat, ini adalah zakat pendapatan mereka. Setiap akhir tahun PKZ akan menghantar penyata. Bagus, boleh guna untuk potongan cukai pendapatan.
Cuma ada terdengar rungutan dari mereka ini tentang ke mana wang zakat ini disalurkan. Bukan tak percaya, cuma sekadar ingin tahu.
Kenapa masih ramai lagi orang miskin yang tidak mendapat bantuan?.
Adakah mereka perlu membuat permohonan?.
Ataupun mungkinkah wang zakat ini disimpan di bank?.
Atau digunakan untuk membeli bangunan dan kenderaan?.
Seandainya dapat diuruskan dengan lebih telus lagi lah bagusnya.............

Thursday, June 11, 2009
Politik dari sudut pandang Pok Wil.
Pok Wil semasa mudanya seorang manusia 'Gedebe'. Kalau dia kata nak gocoh, mesti dia akan gocoh. Seorang yang tegas dan berpendirian. Kalau kena gayanya, Pok Wil akan jadi sebaik-baik manusia.
"Orang politik suko kkecek belawok".
Pok Wil sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji orang politik.
Kisah 1
Dulu Pok Wil penyokong setia AMNOR, tetapi semenjak anak raja dari Kelantan kalah di tangan Dr.Dir Pok Wil keluar dari AMNOR ikut anak raja itu masuk parti FORTI-SIX.
Lama-lama parti FORTI-SIX dibubarkan , ketuanya masuk AMNOR. Pok Wil menyumpah-nyumpah, "orang politik kkecek belawok, tok leh ccayo, tak dok istiqomah dalam perjuangan".
Pok Wil terkonteng-konteng tidak berparti.
Kisah 2
Setelah beberapa bulan tidak berparti, maka hati Pok Wil terbuka untuk masuk parti BULAN. Pok Wil percaya sangat-sangat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tok guru yang menyatakan orang AMNOR kafir.
Tiba-tiba sekarang ni tok guru tersebut nak berbaik dengan AMNOR. Pok Wil sangat marah.
"Aku kalau dah ludah aku tok jilat balik, malu!!".
Pok Wil kebingungan, tak tahu nak sokong parti mana.
Kesian orang kampung macam Pok Wil.

Wednesday, June 10, 2009
Damainya di sana.....
Friday, June 5, 2009
Sebut betul-betul....'KOMITED' bukannya 'KEMETOT'.
Susah juga kalau Bahasa Inggeris di Melayukan dan lepas tu pula ditulis pula dalam tulisan jawi.
Tukang bacanya pula ialah seorang Imam tua yang berumur 70 tahun lebih.
"Kita semua hendaklah KEMETOT.............."
Sepatutnya dibaca begini......
"Kita semua hendaklah KOMITED............."
Bukan mengumpat, tapi sekadar mengingatkan.

Thursday, June 4, 2009
Timbul pula rasa kesian......
Ini adalah bangunan Plaza Serbaguna di tengah-tengah bandar Raub. Tingkat atas ada kedai-kedai dan tingkat bawah ada kedai makan. Saja nak tunjuk gambar ni kerana tak ada apa nak tunjuk kali ni.
Pagi tadi ada 'si penoreh' itu datang ke rumah. Bawa habuan.........dia kata sekarang ni dia sibuk kerana menoreh 3 kebun sekali gus. Pagi petang menoreh, jadi tak ada masa nak hantar 'habuan' ke rumah Pak Man. Dia minta maaf.
Kenapa toreh sampai 3 kebun?
Kerana nak cari duit lebih.
Kenapa jual kepada tokey lain?
Kerana tokey yang biasa tu beli murah.
Betul lah tu...kita kerja nak cari duit, kalau orang tengah dok cekik darah, macam mana kita nak hidup.
Lepas ni kalau sibuk tak apa lah, hantar lah sebulan sekali pun tak apa.

Wednesday, June 3, 2009
Edisi siasat - Spy Leman.
Pak man tanya dengan budak Bangla yang kerja dengan lori getah, "Dalam bulan 5 ni ada tak ambik getah dari kebun saya?, kebun yang atas bukit tu."
"Tak ada laa Pak Cik. Dia ada toreh tapi tak da jual sama kita, mungkin jual sama lain tokey laa".
"Ok lah terima kasih".
Kenapa pula dia tak jual dengan tokey yang biasa, kenapa?...........
"Tak ada laa Pak Cik. Dia ada toreh tapi tak da jual sama kita, mungkin jual sama lain tokey laa".
"Ok lah terima kasih".
Kenapa pula dia tak jual dengan tokey yang biasa, kenapa?...........
Tuesday, June 2, 2009
Melawat kebun getah.
Semalam ada masa lapang, jadi terfikir pula nak pergi melawat kebun getah yang dah beberapa bulan tak dijenguk. Ada orang kampung yang menorehnya, tapi dah sebulan dah orang tu tak datang ke rumah menghantar 'habuan' bahagian tuan tanah. Apa sudah jadi?. Dah berhenti kah dia?, atau sakit kah dia?.
Persediaan nak ke kebun mesti cukup. Ubat nyamuk dan kasut getah, satu kemestian. Musuh utama ialah nyamuk dan pacat. Kebun tu jauh ke dalam hutan, atas bukit. Pergi naik motor.
Persediaan nak ke kebun mesti cukup. Ubat nyamuk dan kasut getah, satu kemestian. Musuh utama ialah nyamuk dan pacat. Kebun tu jauh ke dalam hutan, atas bukit. Pergi naik motor.
Subscribe to:
Posts (Atom)