Saturday, May 30, 2009

Selamat Berehat Cikgu-Cikgu!

Tapi hari ni Pak Man ada kelas tambahan.
Minggu depan baru betul-betul cuti.
Ramai orang buat kenduri kahwin.
Apa-apa pun selamat bercuti........

Friday, May 29, 2009

Apa sudah jadi?


Setiu, Trengganu..........nak buat kenduri kahwin, menantu orang Johor. Jalan rosak, tambak sendiri guna duit hantaran. Kesihaaaaaan.........(gambar : pengantin perempuan dan ibunya. Dari Kosmo online).


Nampak macam ayam goreng tapi bukan.

Gambar-gambar ini Pak Man terima dari seorang pengirim yang dihantarkan ke dalam peti email Pak Man. Dia pesan agar kita semua berhati-hati kalau melawat Indonesia. Bila nak makan ayam goreng tu, pastikan dulu yang ianya betul-betul ayam. Kerana di sana ada yang jual tikus goreng. Pak Man sekadar menyampaikan sahaja.










Wednesday, May 27, 2009

Kekabu

Pokok nya sudah semakin pupus.

Ini lah buah nya, masih muda lagi.

Bila sudah masak, pecah dan gugur ke tanah.


Ini lah rupa nya ..........kekabu (bukan kerabu).


Boleh dibuat bantal atau tilam('lembek').




Monday, May 25, 2009

Usah dirayu pada yang tak sudi.

Kita dah merayu, mereka tolak..............
Jadi fikir lah betul-betul, nak teruskan atau nak berhenti setakat ni.
Budak-budak tu letih......naik bas ke hulu ke hilir.
Berlatih pun tok dan lama.........
Kos lagi nak kena tanggung.
Kutipan makin sikit.
Main kalah sokmo.
Penyokong dengar radio jah......
Stadium ada tapi tok leh guna.

Saturday, May 23, 2009

Maaf lah ambo sibuk sikit.

Hari ini seharian Pak Man di KL. Menghantar Azrul, anak Pak Man mendaftar di Pusat Asasi UIA, PJ. Azrul tak jadi masuk Matrikulasi, dia masuk kursus Asasi Kejuruteraan UIA.
Pukul 8 malam baru sampai di rumah.
Pagi esok nak ke Kuantan melawat anak di MRSM Kuantan. Dia demam dan dikuarantinkan. Dah 100 orang lebih dah budak MRSM tu demam(selsema).
Pak Man dah siap beli penutup hidung.
Harap-harap semua yang demam tu cepat-cepat lah sembuh, kalau tidak......cuti sekolah minggu depan semua tak dapat balik. Semua kena kuarantin.....huhuhuhu.

Thursday, May 21, 2009

Tarik diri - Lupakan saja Liga Super.

Pak Man sokong cadangan Tan Sri Annuar Musa, kemungkinan pasukan Kelantan menarik diri dari meneruskan perjuangan dalam Liga Super.
Pak Man rasa pemain-pemain Kelantan didera supaya mengharungi perjalanan beribu-ribu km seminggu untuk berlawan. Ini satu keadaan yang Pak Man anggap berat sebelah.
Hari Sabtu mereka terpaksa bertolak ke Perlis, ok biasa lah tu, main tempat lawan. Perlis menunggu di Kangar. Lawan dan kalah........
Esoknya balik ke KB. Hari Isnin bertolak pula ke KL, kerana jadi tuan rumah kepada Perlis. Nak jadi tuan rumah terpaksa menempuh perjalanan sekurang-kurangnya 6 ke 7 jam. Apa punya peraturan ni?. Pak man rasa ini lah satu-satunya pasukan dalam liga bola sepak di dunia ini yang stadium tuan rumah berada 6 atau 7 jam perjalanan dari tempat tinggal pasukan tersebut.
Kadang-kadang akan berlaku keadaan dimana pasukan pelawat lebih dekat dengan stadium berbanding dengan pasukan tuan rumah.
Masa pasukan Kelantan banyak dihabiskan di dalam bas daripada berlatih di atas padang. Mereka sentiasa dalam keletihan. Mereka patut dapat anugerah 'Pasukan Paling Banyak Travel'.
Kutipan tiket dah semakin berkurang, Kalau di Kota Bharu, setiap kali perlawanan sekurang-kurangnya 20000 orang akan datang ke stadium. Belanja makin banyak, kutipan semakin kurang.
Peminat sudah mula menjauhkan diri. Mereka hanya dapat berita melalui akhbar dan TV saja. Keghairahan semakin kurang. Adakah ini yang FAM mahu kan?.
Jenayah yang berlaku di luar stadium itu serah kan saja kepada polis. KAFA tak ada upaya untuk mengawalnya.
Kenapa pula pasukan itu yang terpaksa menaggungnya?.
Sekali lagi Pak Man mencadangkan agar KAFA tarik diri saja. Duit baki yang ada dalam poket tu sedekah saja kepada anak-anak yatim. InsyaAllah akan dapat ganjarannya.

Monday, May 18, 2009

Friday, May 15, 2009

(Ga Wau Ra Wau) = Cik gu.

Esok 16 Mei
Selamat Hari Ga Wau Ra Wau
Pak Man nak ucapkan kepada semua cikgu.
Cikgu tadika,
Cikgu sekolah rendah,
Cikgu sekolah menengah,
Cikgu Universiti,
Cikgu sekolah memandu,
Cikgu beruk (orang yang mengajar beruk memetik buah kelapa di Kelantan),
dan semua bekas cikgu-cikgu Pak Man.
Cuba bayangkan dunia ini tanpa cikgu.........
adoiiiiii........semua orang buta huruf termasuk lah kita semua.

Wahai Mat Silver

Pak Man nak ingatkan.............
Jangan bergaduh sesama sendiri,
Nanti jadi macam Palestin,
Kedua-dua puak tak dapat apa-apa,
Israel yang untung,
Rakyat merana.........

Yang kalah.......
dapat abu.
Yang menang.......
dapat arang.
Boleh buat conteng muka.

Dalam perjuangan,
pilihlah Rasulullah s.a.w sebagai idola.
Bukan Mahatma Ghandi atau Mandela.

Orang lain dapat pingat emas,
kita dok berebut pingat perak.

Thursday, May 14, 2009

Anak Badak

Ini adalah merupakan salah seorang anak kelahiran Kg.Badak, Bachok, Kelantan yang berjaya dalam hidup. Beliau adalah merupakan kebanggaan kami semua.
Bulan lepas Pak Man cerita pasal Dato' Pa , kali ini Dato' Pahamin pula.
Kalau Dato' Pa dikenali dengan nama Stopa Mat Stawa, Dato' Pahamin dikenali dengan nama Pahamin Pok Jab.
Kami bangga dengan anda berdua, 'Hidup Anak Badak'.
(Gambar dari minaq_jinggo photopages).

Tuesday, May 12, 2009

Sel Kong Beruk Beng

Semenjak dua tiga hari ni servis nya terketar-ketar. Mungkin ini lah nasib orang di pedalaman macam Pak Man nih. Tak apa lah, terima saja lah. Bila cukup masa, bil sampai laju je!......bila bagi servis terketar-ketar....terhegeh-hegeh.
Baru-baru ni ada plan baru, bayaran bulanannya murah sikit. Pak man nak potong akaun lama dan nak daftar akaun baru guna plan yang murah tu. Tapi kata kerani tu, "Tak boleh Pak Cik , kerana akaun yang lama ni belum cukup tempoh. Kalau potong juga kena bayar denda".
Pulak dah.........orang bisnes macam tu lah.
Terima kasih lah 'Sel Kong Beruk Beng'.

Monday, May 11, 2009

Usong Rumah

Dalam tahun-tahun 70an dulu, Pak Man pernah alami peristiwa ini. Bila ada penduduk kampung yang nak pindah rumah, semua penduduk kampung akan keluar beramai-ramai bergotong-royong ' mengusong rumah'.
Sungguh seronok dan meriah sekali. Lepas tu akan ada jamuan bubur kacang atau 'chacho' atau lompat tikam.
Rumah orang dulu tak besar, jadi senang lah diusong. Biasanya orang yang pindah ini adalah orang miskin yang tak ada tanah. Menumpang di tanah orang, bila tuan nya suruh pindah maka pindahlah.

Sunday, May 10, 2009

Chek ambo masuk wad.


Kak Teh sedang melayan 'Tok Chek nya'..........

Jumaat lepas Pak Man terima panggilan yang memberitahu tentang Chek yang sesak nafas dan dimasukkan ke Wad Panglima HRPZII Kota Bharu. Petang tu Pak Man balik berdua sahaja. Sampai di Kota Bharu 9:00 malam. Masuk ke wad, ada 'Kak Teh Farah' dan 'Mok' sedang menemankan Chek di sana. Mok kata malam ni dah masuk malam kedua dah Kak Teh menemankan mereka berdua tidur dalam wad. Terima kasih Kak Teh. Kak Teh sekarang tengah bercuti , dia belajar di Kolej Matrikulasi Penang. Kak Teh adalah anak kepada abang Pak Man yang sulong.
Ain dan Safawati baru tiba untuk bertugas.
Pagi esoknya, tiba pula giliran Ain dan Safawati(Mek Ti) menjaga Tok Chek mereka di wad. Chek tak boleh ditinggalkan sendirian kerana dia perlu dipimpin kalau nak ke tandas, dia pening. Ain kebetulan balik cuti hari Wesak, dia belajar dalam tingkatan 4 di MRSM Jeli. Mek Ti pula masih lagi belajar dalam tingkatan 2 di SMK Zainab, Kota Bharu. Mek Ti anak kepada abang Pak Man yang nombor 2, manakala Ain pula adalah anak kepada adik Pak Man (no.4, Pak Man no.3).

Mek Ti, Ayah Long, Kak Teh, Chek dan Ain. Waktu makan tengah hari, mereka membantu Chek makan tengah hari.
Ayah Long dan Kak Teh, menolong Chek semasa makan dan minum.
Hari ini adalah hari ibu, tapi Pak Man bercerita pasal ayah, jangan marah semua ibu-ibu.
Selamat Hari Ibu!!!

Friday, May 8, 2009

Bila lahhhh orang kita ni nak sedar.....

Sudah banyak kali dah orang tulis dalam surat khabar dan komplain dalam tv, radio dan sebagainya tentang tandas awam di negara kita ini.
Tapi kali ini Pak Man nak meluah kan rasa SEDIH, KECEWA dan GERAMMM terhadap pengguna-pengguna tandas awam yang tak bertamadun.
Cuba bayangkan betapa kecewa nya kita yang betul-betul memerlukan ......tapi bila masuk..... MASYAALLAHHH.........najis bersepah-sepah, kepala paip semua dah kena cabut, plastik bekas hidu gam bersepah-sepah......perut yang sakit terus jadi baik(usus perut terperanjat).
Bila laaaaa agaknya orang kita ni nak sedar...........

Wednesday, May 6, 2009

A.Gagah sudah tiada lagi.

Semenjak Jelita keguguran, Gagah tak lalu makan dan minum. Setelah berminggu-minggu tak makan maka Gagah tak berdaya untuk berdiri lagi. Pak Man bawa Gagah ke klinik. Pembantu veterinar cakap yang Gagah kekeringan air dalam badan. Dia bagi 2 suntikan. Dia suruh Pak Man paksa Gagah minum setiap hari. Pak Man bagi Gagah minum susu dan air secukupnya setiap hari. Setelah dua minggu, Gagah tak dapat bertahan lagi. Semalam 5.5.09 , Gagah telah pergi buat selama-lamanya.

A.Gagah sudah tiada lagi. Tapi sekarang ni Rupawan sedang bunting 3 bulan. Anak dari benih Gagah. Sama-samalah kita tunggu kelahiran anak Gagah nanti.

Monday, May 4, 2009

Dia kata dia adalah pakar, tapi..............

Ini cerita dua minggu lepas. Pak Man nak tebang pokok kelapa yang sudah dua bulan mati. Takut nanti tumbang kena rumah. Cari punya cari terjumpalah seorang penebang pokok yang berpengalaman kerja dengan tokey balak selama 10 tahun.
Dia kata dia pakar, upahnya RM100 untuk sepokok. Pak Man setuju, maka proses menebang pun berjalan lah.
Tarik arah ke dalam kebun, jauh dari rumah. Mudah-mudahan selamat.
Tetapi perkara yang sebaliknya pula berlaku, pokok itu tumbang tepat-tepat kena bangsal kambing Pak Man.
Aduhhhh.......minggu lepas baru Pak Man 'bank-in' kan duit kepada Pak Sedara(LHDN). Minggu ni nak kena buat bangsal kambing baru pulak. Mana nak cari duit lagi?.
Hoi.....dia kata dia pakar menebang, tapi......hampeh!.

Sunday, May 3, 2009

Cucu-cucu Opah balik kampung.

Rumah Opah di Kampung Batu Talam.
Sudah puas berkhemah depan rumah, angkut pula khemah ke belakang rumah.

Azrul melayan adik-adiknya mengusung khemah.

Berkhemah di bawah pokok rambutan.

Sungai di belakang rumah Opah.

Bermain pasir di tepi sungai.

Air sungai yang tak dalam sesuai untuk kanak-kanak bermain.

Ainul Umairah sudah kesejukan..........

Air nya tak dalam......

Al-Fateh dengan gaya santai.........