Di sinilah kes Mona Fendy mula-mula dibicarakan. Selepas itu kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mona Fendy dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Bagi anak-anak yang tak tahu tentang kes Mona Fendy, bolehlah bertanya dengan ibubapa anak-anak. Mereka mesti tahu. Kes ini menjadi tumpuan satu Malaysia diawal tahun 90an.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Thursday, April 30, 2009
Mahkamah Mona Fendy
Ini adalah bangunan Majlis Daerah Raub. Dulu bangunan ini adalah merupakan sebuah mahkamah. Setelah bangunan mahkamah baru dibina, maka bangunan ini telah dijadikan pejabat MDR.
Wednesday, April 29, 2009
Namaku telah tertulis di sana.
Bulan lepas Pak man dah tulis pasal buah kelapa muda yang tak sempat Pak Man rasa keenakan airnya. Yang itu sudah jadi rezeki orang lain. Jadi kali ini Pak Man telah mengambil langkah berjaga-jaga. Pak Man sudah pun menuliskan nama Pak Man pada buah kelapa muda tersebut.
Kalau ada sesiapa yang berhajat nak mengambilnya.....awas! anda sedang diperhatikan.
Kepada semua orang kampung, kalau anda terjumpa orang yang membawa buah kelapa muda yang tertulis nama 'othman'.....sila hubungi balai-balai polis yang berdekatan.
Kerjasama anda semua amat Pak Man hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.

Tuesday, April 28, 2009
Tempat ambo berguling.
Monday, April 27, 2009
Bisnes anak-beranak.
Bila gi Kota Bharu, kita akan jumpa dengan banyak kedai emas yang ada di merata kawasan di bandar itu. Yang membanggakan Pak Man ialah kedai-kedai itu kepunyaan orang Melayu. Bisnes ini biasanya dijalankan secara 'anak-beranak'. Ianya akan diperturunkan dari satu keturunan ke satu keturunan.
Sering juga kita baca dalam akhbar-akhbar atau majalah-majalah yang menyatakan bahawa negeri Kelantan adalah merupakan salah sebuah negeri termiskin di Malaysia. Tapi Pak Man tengok kedai emas di Kota Bharu selalu penuh dengan pelanggan. Orang dari mana yang beli barang kemas tu, Pak Man tak tahu lah.
Yang Pak Man pasti ialah pembeli itu bukanlah orang miskin.

Sunday, April 26, 2009
Final Piala FA - tuan rumah patut kena denda.
Dalam perlawanan bola sepak sebelum ini, sama ada Liga Super atau Piala FA, kalau berlaku huru-hara atau balingan mercun kedalam padang maka siap lah pasukan tuan rumah akan didenda oleh FAM. Tapi malam semalam adalah perlawanan Akhir Piala FA. Kedua-dua pasukan terpaksa bermain di tempat yang dipilih oleh FAM dan tuan rumahnya ialah FAM. Pak Man nampak ada juga balingan mercun ke dalam padang, balingan botol air mineral....asap berkepul-kepul!.
Jadi Pak Man nak tanya lah sikit, tuan rumah perlawanan akhir tu tak kena denda ke?.
Kalau soalan ini agak 'pandir' bunyinya, maafkan lah Pak Man kerana Pak Man orang tua. Kalau Pak Man salah tolong betulkan.

Saturday, April 25, 2009
Keguguran
Kambing Pak Man terpijak paku. Kakinya luka, dan setelah beberapa hari ianya membengkak dan bernanah. Pak Man pergi ke Pejabat Haiwan untuk minta nasihat. Pegawai di sana cadangkan Pak Man beli ubat untuk matikan ulat dan kempiskan bengkak pada kaki nya. Ubat tu dalam bentuk semburan.
Pak Man pun beli dan semburkan pada kaki kambing.
Keesokanya, kambing itu ber'embeeekkkkk'...........
Lalu keguguran..........rupa-rupanya kambing tu jilat racun yang Pak Man sembur pada kakinya.
Jadi tak ada rezekilah ..........

Friday, April 24, 2009
Satu Malaysia
Tengah hari semalam, sambil menunggu anak habis kelas tambahan, seorang kawan datang dekat kereta Pak Man. Ada hajat besar nampaknya.
"Assalamualaikum, Boh(boss)!". Dia ni semua orang dia panggil boh(boss).
"Waalaikumussalam". Kami bersalaman.
Diringkaskan cerita, kawan tersebut bertanya kalau-kalau Pak Man tahu atau ada kenal dengan mana-mana orang yang boleh tolong bawa seseorang yang nak kahwin di Golok, Thailand.
Pak Man kata, "His..mana lah ambo tahu....tak dok!....tok beso buat kerjo nih."
Kawan ni sebenarnya nak nikahkan adik lelakinya.
"Bakpo pulak?"
"Boh, ambo raso sedih, kecewa, nok maroh, sakit hati dan terhina sekali."
"Bakpo?".
Dia kata adiknya kerja di KL, sudah jatuh cinta dan sepakat nak kahwin dengan seorang gadis dari negeri X. Mereka pun bersiap-siap nak pergi merisik. Tiba-tiba adiknya telefon beritahu tak payah pergi lah kerana keluarga perempuan tu dah cakap awal-awal.......akan mereject pinangan mereka. Terduduk mereka sekeluarga. Emaknya terus pening kepala, tak lalu makan.
Akhirnya kawan kita ni dapat menghubungi keluarga gadis dan dapat bertanya sendiri, apakah sebabnya ........
Jawapan nya ialah mereka tak suka orang Negeri Y. Kenapa?.....entahlah....sebab banyak cerita-cerita tak elok yang mereka dengar tentang orang negeri Y ni.
Dia kata tak semua orang negeri Y jahat.
Orang tu kata, macam Israel lah kalau kita boikot, kita akan boikot semua sekali.
"Ambo tak leh terima boh....dia samakan kita dengan Israel !".
Pak Man rasa cukuplah dulu kisah kawan kita ni......
Pak Man terfikir macam manalah nak jayakan konsep 'satu Malaysia 'ni, Melayu dengan Melayu pun tak leh nak bersatu. Sama seagama pun tak leh nak berbaik-baik, apa lagi dengan bangsa asing.

Thursday, April 23, 2009
Kebun kacang warga mas
Ini kebun kacang panjang yang diusahakan oleh mak mertua Pak Man. Umur dah 77 tahun, ada penyakit darah tinggi dan sakit lutut. Tapi masih lagi nak berkebun. Di belakang rumah, ditanamnya kacang panjang dalam polybag dan pasu bunga. Tak ada siapa yang membantunya. Semuanya dia buat sendiri.
Saja nak keluarkan peluh katanya.
Saja nak keluarkan peluh katanya.
Wednesday, April 22, 2009
Hasil dari pokok belakang rumah
Pokoknya sangat tinggi. Nak kait tak sampai, nak panjat tak terdaya. Nasib baik ada orang kampung yang menawar diri untuk memanjatnya.
Buah yang dapat dibahagi dua. Separuh untuk orang yang memanjat dan separuh untuk tuan punya pokok.
Hasilnya tak lah banyak sangat. Cukuplah untuk dibuat jeruk dan stok untuk kegunaan tahun ni.
Buah yang dapat dibahagi dua. Separuh untuk orang yang memanjat dan separuh untuk tuan punya pokok.
Hasilnya tak lah banyak sangat. Cukuplah untuk dibuat jeruk dan stok untuk kegunaan tahun ni.
Tuesday, April 21, 2009
Ronda-ronda belakang rumah.
Walaupun bunga durian semua gugur, tapi pokok lain banyak yang berbunga. Pokok kantan berbunga sepanjang tahun. Sedap buat ulam dalam nasi kerabu. Boleh juga masukkan ke dalam masakan, terutama asam pedas.
Monday, April 20, 2009
Durian dah berbunga
Minggu lepas, ronda-ronda belakang rumah mak mertua. Tengok pokok-pokok yang hidup subur dan merendang. Rupa-rupanya pokok durian dah berbunga. Alhamdulillah.....rezeki anak-cucu lah tu.
Tapi cuaca sekarang ni tak menentu. Pagi panas.....tengah hari panas.....tiba-tiba petang hujan, ribut.........maka bunga-bunga pun berguguran ke bumi. Tak ada apa yang tinggal lagi.......
Sunday, April 19, 2009
Tapai Pulut
Setiap pagi minggu Pak Man akan ke Pasar Minggu Raub. Antara makanan yang Pak Man selalu beli ialah tapai pulut. Ada beberapa cara tapai ini dibungkus. Ada yang menggunakan daun getah dan beberapa jenis daun lagi.
Saturday, April 18, 2009
Yang mana satu pilihan kalbu.....
Kali ini Pak Man nak bercerita sikit pasal kopiah. Terdapat bermacam-macam jenis kopiah di pasaran. Setiap jenis ada peminatnya yang tersendiri. Ada orang suka yang putih, ada orang suka yang merah, ada suka yang hitam dan berbagai-bagai lagi.
Ada yang bulat leper, ada yang lonjong, ada yang bertangkai dan macam-macam lagi. Pilih lah yang mana satu anda berkenan.
Bagi Pak Man, yang ini lebih selesa dengan Pak Man. Tapi kalau sesuatu majlis itu memerlukan kita memakai songkok maka Pak Man akan pakai songkok.
Lihatlah betapa banyaknya pilihan kopiah di pasaran, pilih saja satu. Harga nya pun tidaklah mahal kalau nak dibandingkan dengan topi.
Kalau nak bersembahyang tu....eloklah dipakai kopiah. Topi tu nampak nya tak berapa sesuai. Kalau tak ada, dalam masjid ada disediakan. Tukar ya!......InsyaAllah.
Kalau pakai kopiah tu....elakkan lah daripada pergi ke tempat-tempat yang tak berapa sesuai dengan kita seorang Islam.
Pak Man selalu berkunjung ke blog 'kopiah senget'. Zi, masih senget lagi kah kopiah anda?
Friday, April 17, 2009
Cerita Buah Perah dan Gulai Asam Rom.
Asam rom dan buah perah. Buah perah setelah diproses akan menghasilkan asam rom.
Bagi yang tak tahu atau belum pernah dengar tentang asam rom, Pak Man nak terangkan sikit apa dia yang di katakan 'asam rom' ni.
Ianya sejenis perencah gulai yang dihasilkan dari buah perah. Sesuai dimasak dengan ikan atau kancil.
Asam rom yang telah siap dan sedia untuk digunakan. Ada jual di pekan-pekan sari sekitar Raub dan Jerantut.
1. Setelah dibersihkan
2. Direbus sehingga masak (tidak sehingga hancur)
3. Dimasukkan dalam tempayan campur garam
4. Boleh dimakan selepas seminggu hingga setahun
5. Awas, jangan makan terlalu banyak! nanti pening! (mabuk -kata orang!)

Gulai asam rom adalah makanan tradisi masyarakat Melayu, asam rom lebih dikenali di sekitar Kg.Ulu Sungai dan Batu Talam, Raub & Ulu Tembeling, Jerantut(Tempat lain ada juga). Terdapat dua jenis asam rom, satu dari buah perah dan satu lagi dari buah getah. Jika anda berada di kawasan Batu Talam Raub, hidangan gulai asam rom adalah menu utama kenduri-kendara(suatu masa dulu laa, sekarang ni masih ada tapi tak banyak).
Asam rom buah perah.
1. Buah perah terdapat dalam hutan (sama spesis dengan buah getah cara sebarannya) Dalam kelonsong ada 5 biji sebelum pecah secara sendirinya menjadi berulas.
2. Ulasnya di keluarkan & dijemur dua-ketiga hari.
3. Kemudianya ditumbuk hancur dicampur sedikit garam
4. Disimpan dan sedia untuk dimasak (sama konsep asam tempoyak)
Asam rom buah getah
(biasanya orang Ulu Tembeling)

1. Buah getah di keluarkan isinya
2. Dijemur dua-tiga hari
3. Ditumbuk hancur campur garam
4. Sedia untuk dimasak gulai atau..sambal lempeng
5. Biasanya dicampur sedikit cili di giling dan dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak (hidangan seperti lempeng)
Jeruk buah perah (Buah perah sahaja)
2. Dijemur dua-tiga hari
3. Ditumbuk hancur campur garam
4. Sedia untuk dimasak gulai atau..sambal lempeng
5. Biasanya dicampur sedikit cili di giling dan dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak (hidangan seperti lempeng)
Jeruk buah perah (Buah perah sahaja)
1. Setelah dibersihkan
2. Direbus sehingga masak (tidak sehingga hancur)
3. Dimasukkan dalam tempayan campur garam
4. Boleh dimakan selepas seminggu hingga setahun
5. Awas, jangan makan terlalu banyak! nanti pening! (mabuk -kata orang!)
Ini saja yang Pak Man mampu tulis, harap anak-anak berpuas hati.
(sumber: Jerantutnet)
Thursday, April 16, 2009
Penantian satu penyiksaan
Kali ini Pak Man nak bercerita tentang kisah yang mungkin boleh kita jadikan teladan dalam menjalani hidup ini.
Ini sebuah kisah benar yang berlaku betul-betul di depan mata Pak Man. Setiap pagi bila Pak Man nak menghantar anak ke sekolah, Pak Man akan melintasi sebuah pondok menunggu bas. Seawal 6.30 pagi lagi seorang mak cik telah duduk tercongok di situ. Mak cik ni dulu nya adalah seorang kaki tangan kerajaan. Lebih kurang 4 tahun yang lalu mak cik ni telah pencen. Suaminya juga seorang kaki tangan kerajaan dan juga telah pencen.
Lebih kurang 2 tahun yang lalu, suaminya telah kahwin dengan seorang janda yang menjual sayur di pasar. Pergi entah ke mana. Meninggalkan makcik ini keseorangan.
Bermula dari hari itu, mak cik ini akan menunggu di pondok itu dengan harapan suami nya akan kembali. Setiap bas yang lalu, mak cik ini akan menjengah dengan penuh harapan.
Begitulah keadaannya setiap hari selama 2 tahun. Dari 6.30 pagi hingga lah Maghrib. Beliau akan balik hanya untuk makan tengah hari sahaja.
Mak Cik ini tidak sewel, beliau normal. Cuma beliau amat yakin yang suatu hari nanti suaminya akan kembali.
Suaminya memang hensem dan tinggi. Semasa muda dulu, suami ini amat patuh dengan isterinya. Dulu,Mak Cik ini adalah seorang isteri yang bengkeng. Itulah cerita jiran-jiran nya.
Pak Man tak tahulah sampai bila mak cik ini akan menunggu.

Wednesday, April 15, 2009
Ikan Layur
Anak-anak semua tentu ada yang tak pernah tengok ikan ini. Orang kampung Pak Man panggil ikan layur. Orang kampung lain Pak Man tak tahulah pulak. Di Raub ni Pak Man tak pernah jumpa pula orang jual ikan nih. Kalau di Bachok ikan ni selalu ada, terutama musim'angin barat'.
Pak Man pernah terbaca dalam majalah ada orang panggil ikan ini dengan nama 'belt fish'. Memang bentuknya sama macam tali pinggang . Orang Jepun suka makan ikan ni. Pak Man baca dalam majalah saja, tak pernah pergi Jepun pun.
Tuesday, April 14, 2009
Telor Jeruk Pembuka Selera
Terlebih dahulu Pak Man nak minta maaf kepada anak-anak semua kerana sudah dua hari Pak Man tak menulis. Pak Man terpaksa ke KL hantar anak pergi temuduga di Ibu Pejabat MARA.
Kali ni Pak Man nak bercerita sikit tentang lauk yang selalu Pak Man cari bila selera Pak Man tak berapa laju.
Bila rasa tak lalu makan, Pak Man akan cari telor jeruk atau telor masin atau telor asin untuk dibuat lauk. Orang kampung Pak Man panggil telor jeruk jadi Pak Man pun lebih selesa dengan panggilan itu. Harap anak-anak boleh faham.
Kalau ada telor jeruk ni Pak Man tak perlu lauk lain. Cuma kena ada kuah gulai lemak, sudah cukup. Kalau bulan puasa terutama pada waktu bersahur, lauk ni mesti ada.
Masa kecik dulu Mak Pak Man ada bela itik dua tiga ekor saja, tapi tiap-tiap pagi bertelor. Kumpul-kumpul, lama-lama boleh bua telor jeruk. Lepas lah untuk kegunaan sekeluarga.

Saturday, April 11, 2009
Dinginnya air telaga.
Gambar di atas adalah merupakan telaga zaman sekarang. Guna baldi dan besen plastik. Kalau telaga zaman dulu, tidak berada di dalam rumah(bahagian dapur). Telaga zaman dulu biasanya berada di bawah pokok, tempat teduh. Airnya dingin. Biasanya ada pokok pinang di tepi telaga. Pokok bunga kenanga dan bunga melor. Bila mandi, ada bau bunga yang wangi. Kadang-kadang bunga akan gugur dalam telaga. Hari-hari mandi bunga!.
Yang lebih speselnya lagi ialah timba(baldi) yang digunakan untuk menceduk air dari telaga itu ialah timba upih. Diperbuat dari upih nibong. Bila ceduk air untuk mandi rasa sungguh sejuk dan dingin. Ooooohhhhh best sungguh!
Sekarang ni, timba upih sudah tiada lagi, yang ada hanya baldi plastik. Kalau anak-anak nak tengok gambar timba upih, tengoklah gambar di atas tu.......
Friday, April 10, 2009
Tahan 'gogoh'
Ini sebuah lagi kesah hidup Pak Man masa kecik. Kalau tengok gambar udang di atas, Pak Man akan teringatkan zaman kanak-kanak Pak Man. Pak Man selalu ikut gemulah tok chek pergi ke sungai tahan gogoh. Penuh dalam perahu kami dengan gogoh, lebih kurang 15 buah.
Sebelum dicampak ke sungai, mesti bubuh isi kelapa yang dibakar sebagai umpan. Ikat tali dan campak ke sungai. Tali di tambat pada pokok nipah. Pagi esok pergi angkat. Dapatlah secupak atau dua cupak udang. Udang boleh buat gulai lemak campur dengan 'ubi badak'.
Thursday, April 9, 2009
Dato' Pa
Kali ni Pak Man nak cerita sikit pasal orang kampung Pak Man, iaitu Dato' Pa. Kami sama-sama di lahirkan di Kg.Badak, Bachok. Semasa Pak Man belajar di sekolah rendah, Dato' Pa sudah pun berada di Australia. Dia memang bijak sejak kecil lagi.....itulah kata orang-orang tua di kampung.
Beliau merupakan orang Kg.Badak yang pertama dapat belajar di luar negara.
Beliau merupakan orang Kg.Badak yang pertama dapat belajar di luar negara.
Orang kampung memanggilnya dengan nama 'Stopa Mat Stawo'. Stopa tu nama beliau, iaitu Mustapa. Mat tu nama arwah ayah beliau, iaitu Mohamad. Stawo pula nama ibu beliau, iaitu Stawa @ Siti Hawa. Arwah ayah beliau seorang guru Al-qur'an. Tepi rumahnya ada sebuah 'balaisah'(surau).
Hari ini Dato' Pa dilantik lagi oleh PM baru kita sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tahniah dari Pak Man untuk Dato' Pa.
Tuesday, April 7, 2009
Pelita dalam hidup Pak Man
Masa kecik-kecik dulu, Pak Man guna pelita untuk menerangi rumah dan juga untuk membaca buku. Waktu makan malam pelita diletak di tengah-tengah, kami sekeluarga akan makan dalam cahaya yang samar-samar. Tak jadi masalah kerana dah biasa. Tapi bila nak baca buku terpaksalah letak pelita dekat-dekat dengan buku.
Menyalakan pelita dan mengisikan minyak tanah(minyak gas)kedalam pelita adalah merupakan tugas hakiki Pak Man dari umur 7 tahun sampailah umur Pak Man 10 tahun. Sumbu pelita, kami guna tali guni. Bila terbakar, arangnya akan jadi bulat-bulat melekat pada sumbu, kami panggil 'buah pelita'. Buah pelita ini mesti selalu di tanggalkan dari sumbunya, kalau tidak, apinya tak cantik.
Kalau dapat rezeki lebih........
Anak-anak semua kena ingat pesanan Pak Man nih.......kalau dapat rezeki lebih dan melimpah- ruah, jangan makan sorang-sorang. Ingatlah sedara-mara kita yang hidup susah, kawan-kawan kita(semasa kecil, kerana kawan-kawan kita yang sekarang ni mungkin orang senang belaka)mungkin ada yang tak berapa bernasib baik, jiran-jiran sekampung dan anak-anak yatim.
Rezeki yang melimpah-ruah itu juga merupakan satu ujian daripada Allah s.w.t terhadap hambaNya.
Jauhkanlah diri dari sifat tamak dan haloba. Bersedekah lah..........
Rezeki yang melimpah-ruah itu juga merupakan satu ujian daripada Allah s.w.t terhadap hambaNya.
Jauhkanlah diri dari sifat tamak dan haloba. Bersedekah lah..........
Sunday, April 5, 2009
8 April - Hati PM berdebar-debar.
8 April, kalau di Johor semua orang akan bercuti. 8 April, tarikh berkuatkuasanya perletakan jawatan TKM Pulau Pinang. Pak Man ingat sangat tarikh tu kerana ada kena mengena dengan hidup Pak Man.
Pak Man tak pernah pun sambut hari jadi ni, cuma tahun ni agak spesel sikit. Pada 7 April, Pak Man akan tunggu hadiah dari sebuah Bukit di Kedah, hadiah dari sebuah Bukit di Perak dan satu Batang di Sarawak.
Apalah agaknya hadiah yang mereka semua akan beri.........tungguuuuuu!
* Pak Man tak pernah tiup lilin, tapi kalau bekalan elektrik terputus terpaksalah Pak Man adakan majlis 'tiup lilin'.(banyak kali juga dalam setahun).

Saturday, April 4, 2009
Alhamdulillah....dah selesai.
Subscribe to:
Posts (Atom)