Pak Man terima email dari seorang kawan di Kota Bharu. Dia kata pagi tadi di pergi ke Pasar Siti Khadijah, terkejut besar dia bila terserempak dengan orang ini tengah berjual BUDU jalan kaki keliling pasar. Betul ke?......
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Saturday, February 28, 2009
Friday, February 27, 2009
Sebut biar betul.
Selalu sangat Pak Man dengar orang tersalah sebut bila bercakap pasal mata wang Malaysia. Sebagai contohnya, RM 3000.00 , cara sebutan yang diajar di sekolah ialah 'Tiga Ribu Ringgit'. Kesalahan sebutan yang Pak Man selalu dengar ialah ada orang sebut"AR EM TIGA RIBU"....... ada juga yang sebut "Ringgit Malaysia Tiga Ribu".
Pak Man tak tahu dari mana mereka belajar sebut macam tu....kerana kalau di sekolah cikgu ajar cara menyebutnya yang betul ialah "Tiga Ribu Ringgit".
Bukan setakat orang biasa saja yang tersalah sebut, tapi dua tiga hari yang lepas Pak Man menonton Buletin Utama dan seorang 'orang besar negara' menyebut"AR EM xxx JUTA". Pak Man rasa sedikit kecewa.
Kadang-kadang juruhebah radio atau pengacara TV pun ada menyebut begitu. Jadi yang mendengar nya pun ikut lah.....mereka ingat itu lah cara yang betul menyebutnya.
Sekadar mengingat kan anak-anak semua.

Thursday, February 26, 2009
Bukan Rezeki PM
Tuesday, February 24, 2009
Monday, February 23, 2009
Cenderahati untuk PM
Petang semalam, sebelum balik ke Kg.Setalam Batu, Pak Man ke bandar Raub untuk membeli bekalan barang-barang dapur. Waktu sudah hampir Maghrib.
Pak Man parking kereta tepi jalan , depan kedai, di bawah talian elektrik. Belum sempat Pak Man melangkah keluar dari kereta, beberapa tompok cairan melayang dari atas dan menimpa kereta Pak Man.
Nasib baik Pak Man belum keluar, kalau tidak, alamat semakin suburlah rambut Pak Man kerana disirami baja 'tahi burung layang-layang'.
Sekarang ni banyak sungguh burung layang-layang ni di bandar Raub.
(PM = Pak Man )

Sunday, February 22, 2009
Barang baik.......
Orang kampung Pak Man di Bachok panggil....lada cengek. Ada setengah tempat panggil 'cili api', ada yang panggil 'lada burung'dan ada yang panggil 'lada kecik'. Macam-macam nama orang panggil tapi benda nya tetap sama. Kalau di Pasar Minggu Raub ni memang semua orang cari.
Sebelum harga minyak naik dulu, harga lada kecik ni ialah RM 2 se pot. Pot tu bekas yang lebih kurang sebesar tin susu pekat manis.
Tapi bila harga minyak naik, maka harganya pun turut naik, iaitu RM 3 se pot. Mahal macam peluru 'bedil'(kata orang tua-tua di Bachok).
Bagi Pak Man itu semua tak jadi masalah kerana di belakang rumah Pak Man ada tiga pokok. Lepaslah untuk kegunaan keluarga.
Bagi yang komplen kata cili api ni mahal macam 'peluru bedil' tu, Pak Man nak cakap lah sikit......cili api ni barang tempatan, tapi kalau kita beli barang-barang keluaran orang Yahudi, itu memang sah duit kita tu disalurkan kepada Israel untuk beli 'peluru bedil'. Yang kena bedil ialah orang Palestin. Kalau ada masa fikirlah sekejap.
Jangan asyik nak cakap pasal politik saja.......

Saturday, February 21, 2009
Belakang Parang kalau diasah......
Pagi ini, Sabtu 21 Feb.2009. Pak Man buat kelas tambahan untuk murid-murid Tahun 5 dan Tahun 4 yang lemah dalam Matematik.
Yang lemah tu memanglah teramat lemahnya, bayangkan lah , Pak Man tanya,"Mamat, 2 x 3 berapa?".
Lama dia termenung, nampak gaya macam orang sedang berfikir, berkerut dahinya. Pak Man menanti dengan penuh harapan. Akhirnya Mamat membuka mulut dan jawapan yang keluar ialah,"Entah!"........nak marah ada, nak tergelak pun ada.
Biasanya kalau hari Sabtu dan Ahad, jarang sangat mereka buka buku, rancangan TV semuanya best-best belaka.
Tapi sekarang ni, hari Sabtu dan Ahad ada kelas tambahan dari 8:30 pagi hingga 10;30 pagi. Sabtu, Matematik dan B.Melayu, Ahad B.Inggeris.
Pagi ni, Mamat ada, bersungguh-sungguh nampaknya dia. Alhamdulillah...... tapi bila diberi latihan yang agak susah sikit, Mamat mesti akan bangun dan minta kebenaran nak ke tandas. Tak tahu lah apa masalahnya.
Apakah ada kaitan antara soalan yang susah itu dengan sistem perkumuhan dalam badannya.

Thursday, February 19, 2009
Wednesday, February 18, 2009
Kalah Yang Bermaruah
Semalam budak-budak Semantan Ulu pergi bertanding olahraga di SK Tersang 3. Ada lah seorang yang dapat pingat perak bagi acara lompat jauh perempuan. Yang lain-lain dapat pengalaman saja.......
Mula-mula tu ada harapan pelari pecut Semantan Ulu nak dapat tempat pertama 100m. Si A ni dah mendahului lain-lain peserta sehingga ke 70 meter pertama, cikgu-cikgu dah melompat kegembiraan. Pingat Emas dalam tangan. Peserta lain jauh ketinggalan di belakang, tapi malang tak berbau.....tiba-tiba tali seluarnya terputus!......Si A terus berhenti untuk menyelamatkan maruahnya, peserta lain pun terus memotongnya.
Si A dapat tempat terakhir. Cikgunya kata,"Tak apa, kamu kalah kerana nak pertahankan maruah kamu, cikgu bangga dengan kamu."
Ini lah sebenarnya "Kalah Yang Bermaruah".

Sunday, February 15, 2009
Lompat-melompat Baik Untuk Kesihatan
Mamat, pelompat jauh harapan Semantan Ulu.
Tak lepas....tak apa, cuba lagi!...Hakim wakil acara lompat tinggi.(macam ayam percik)
Tak lepas, tak apa, cuba lagi Faiz! (sapa ada nak sedekah tilam?)

Lepas!...bagus Shahril........
Tak lepas, cuba lagi, Hakim.......
Sudah dua minggu dah budak-budak di sekolah tu berlatih lompat tinggi dan lompat jauh. Minggu depan nak hantar pergi bertanding, harap-harap ada lah yang menang. Kalau tak menang pun tak apa, anggaplah ini sebagai satu pendedahan kepada mereka. Pengalaman yang sepatutnya semua kanak-kanak alami semasa zaman kanak-kanak .
Kalau tidak didedahkan, maka apabila dewasa nanti mereka akan salahkan kita.......mana tahu dalam ramai-ramai tu ada seorang dua yang berbakat.
Masalah Pak Man pula ialah , gambar budak-budak ni tak nak keluar-keluar, sudah empat lima kali dah Pak Man cuba 'muat naik kan'.........
Masalah ggapo dio pulok?.......
Sudah puas Pak Man klik sana....klik sini......akhirnya mata Pak Man yang terkelip-kelip!

(Hari Isnin 16/2/2009....barulah dapat gambar-gambar budak-budak tu di 'upload kan'.)
Thursday, February 12, 2009
Agak-agaknya lah......
Pada suatu masa dahulu, di sebuah tempat yang tak bernama. Penduduknya sangat sibuk mencari emas yang terdapat di situ. Mereka menggunakan tangan saja, meraup emas dari dalam lumpur.
Sekali raup dapat lah beberapa tahil emas. Sungguh banyak emas di situ.
Setiap pagi, akan berduyun-duyunlah orang kampung menuju ke sana. Kalau ditanya, "Nak kemana tu?"
Maka mereka menjawab,"Nak gi meraup emas."
Lama-lama, petanyaan yang sama,"Nak ke mana tu?"
Jawapannya dah jadi begini,"Meraup!".
Lama-lama, pertanyaan yang sama,"Nak ke mana tu?".
Jawapannya dah jadi begini,"RRaup!."
Bila berita tentang emas ni dah tersebar, maka ramailah orang cina yang datang ke tempat itu.
Bila ditanya, "Lu mau pigi mana?".
Maka dijawabnya,"Pigi Rawob!".
Bila orang putih datang, mereka bertanya kepada orang cina,"Apa nama tempat ini?".
Orang cina jawab,"Rawob!".
Maka orang putih tu pun naik kan papan tanda...RAUB.
Sampai sekarang lah tempat itu dikenali dengan nama RAUB.
Cerita ini hanyalah khayalan semata, tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah hidup sebelum ini.

Tuesday, February 10, 2009
Hi Obama, guano demo?
Seluruh dunia orang kenal kamu, OBAMA.
Seluruh kampung orang kenal aku, ABEMAE(abang man).
Kamu ada pembantu, namanya Joseph Biden.
Aku ada kawan , namanya Cikgu Bidin.
Bila orang jumpa kamu, mereka akan tanya,"Obama, Guantanamo?"
Bila orang jumpa aku, mereka akan tanya, "Abemae, Guano demo?"
Kamu adalah Presiden Amerika Syarikat.
Aku adalah Presiden "Persatuan Orang Berjanggut Daerah Raub".

Saturday, February 7, 2009
Kedai Kopi
Pak Man memang jarang gi kedai kopi. Bukan tak ada duit atau kedekut, tapi Pak Man rasa tak perlu. Kita hidup ni tak lama, jadi kita buat apa yang perlu sahaja.
Semasa Pak Man ngajar di sekolah sebelum sekolah sekarang ni, pernah terdengar ibu-bapa komplen, "Cikgu-cikgu ni sombong, tak pernah nak bergaul dengan orang kampung(felda). Balik dari sekolah tu, singgah-singgah lah kedai kopi. Bersembang dengan orang kampung."
Sebenarnya cikgu-cikgu balik dari sekolah nak cepat , nak ambik anak yang bersekolah di sekolah lain, ada yang nak ambik isteri yang mengajar di sekolah lain dan ada juga yang terus ke masjid, sembahyang zohor.
Mereka yang dok bersembang di kedai kopi tu memang tak ada kerja, kebun upah orang Indon bersihkan.......
Bila mesyuarat PIBG, mereka tak hadir, mereka kata banyak kerja. Bila buat solat hajat, mereka juga tak hadir tanpa sebab, yang hadir tu adalah muka-muka yang sama. Yang jarang dok bersembang di kedai kopi.
Bukan tak boleh gi kedai kopi.......tapi jangan lah sampai dua tiga jam ........
Sekarang ni, keadaan di kampung ni baik-baik saja. Tak ada masalah. Pak Man lalu depan kedai kopi, hon!hon!, angkat tangan, senyum........
Friday, February 6, 2009
Thursday, February 5, 2009
Tuesday, February 3, 2009
Kuala Nipah
Di sinilah tempatnya.......zaman kanak-kanak Pak Man......ikut ayah pergi menjala. Dalam sungai ini banyak ikan, ada ikan belanak, ada ikan kitam dan ada udang juga.
Nama tempat ini Kuala Nipah, tapi sekarang ni dah tak ada pokok nipah, di tepi kuala ini sudah ada sebuah chalet.
Dalam sungai ini dah tak ada ikan dan udang lagi. Entah kenapa.......ikan dan udang sudah tidak membiak lagi. Dah tak ada zuriat. Mungkin kah ikan dan udang pun sudah mula menyukai kaum sejenis?

Sunday, February 1, 2009
Pengisytiharan Harta - A.Gagah
Sebagai seorang yang tulus dan telus, Pak Man ingin mengisytiharkan bahawa harta Pak Man telah bertambah.
Pada bulan lepas Pak Man telah beli seekor kambing jantan. Wang hasil bonus bulan Disember 2008. Butir-butir lengkapnya adalah seperti berikut:
Nama kambing : A.Gagah (nama penuh Abang Gagah)
Jantina : Jantan
Umur : 7 bulan
Harga : RM 18 sekg (18 X 15kg = RM 270)
Sepatutnya kita semua kena isytihar kepada orang ramai kalau harta kita dah bertambah. Ini boleh mengelak daripada timbulnya fitnah.
Masyarakat akan jadi kacau -bilau oleh kerana fitnah.
Jangan tiba-tiba keluar surat khabar,"Rumah Dato' XYZ dirompak - barang kemas isterinya hilang 10 kg....nilai tak dapat ditaksirkan ....."
Orang kampung mula lah buat andaian ...macam-macam cerita tersebar.
Kesian mereka yang buat cerita tu....berdosa lah dia.
Ini pendapat Pak Man saja, orang lain mungkin lain pula pendapat nya, anda bagaimana?

Subscribe to:
Posts (Atom)