Pagi tadi Pak Man baca surat khabar, banyak berita banjir, antara nya ialah :
1.
'Banjir di Kelantan ragut dua lagi nyawa' - ibubapa janganlah biarkan anak-anak main air atau pergi menahan jaring. Bahaya tu.
2.
'1,909 di pusat pemindahan Terengganu' - kalau dok di pusat pemindahan tu jangan lah banyak sangat merungut. Orang bagi nasi lauk sardin pun ok lah tu......terima kasih aje lah. Lepas makan...erkkkk, alhamdulillah.
3.
'Jumlah mangsa meningkat di Rantau Panjang' - sedih juga nampak mereka pindah dok di kaki lima stesen keretapi. Tapi mereka semua nampaknya tersenyum saja. Tabah betul...
4.
'Peniaga lelong barang Pasar Payang dinaiki air' - semua barang-barang jualan tenggelam. Beras yang basah dilelong RM 1.00/kg. Ada seorang peniaga tu dia sedekah kan semua barang jualan nya kepada orang ramai. Bagus tu, dalam kesusahan begini pun dia masih ingat nak buat pahala.
5.
'Rumah roboh dihanyut arus sungai' - ini di Terengganu, nasib baik semasa peristiwa tu berlaku, tuan rumah berada di Johor. Tiada kemalangan jiwa. Tak dapat Pak Man bayangkan bila dia balik nanti mesti terkejut yang amat.
6.
'UMT tutup dilanda bah' - universiti pun terpaksa ditutup. Jalan masuk terputus.
7.
'Banjir di Pantai Timur kemungkinan berterusan' - Jabatan Meteorologi meramalkan demikian, jadi bersedialah.