Thursday, June 26, 2014

Buah Beko


Nama botani : Oroxylum indicum
Famili : Bignoniaceae

Pengenalan

Pokok bonglai juga dikenali sebagai pokok bolai, bongloi, boli, bikir, kulai, merlai, beka, beko dan lain-lain lagi. Pucuk bonglai yang masih muda dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam dan dijadikan kerabu. Pucuk bonglai biasanya dicelur dahulu sebelum dimakan untuk mengurangkan rasa pahit. Buah bonglai yang muda yang juga agak pahit rasanya tetapi sedap dimakan. Buah ini perlu dibakar sehingga kulit luarnya melecur. Ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai ulam atau dijadikan kerabu. Bunga bonglai dimakan oleh kebanyakan orang Jawa.

Kegunaan

Daun bonglai yang direbus boleh diminum sebagai ubat sakit perut, peransang selera, sengal-sengal tulang dan demam panas atau luka. Manakala air rebusan bonglai juga boleh digunakan sebagai ubat untuk demam panas, penyakit taun, lepas bersalin dan sakit sendi. Daun yang ditumbuk lumat ditampal pada kulit untuk meredakan sakit kepala dan sakit gigi.

Kulit bonglai juga digunakan dalam ubatan tradisional bersama tumbuhan herba lain sebagai ubat sakit pinggang, membuang angin, buasir, lemah jantung, menguruskan badan, tonik, sakit lutut, kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat. Ramuan yang bercampur dengan akar bonglai boleh digunakan sebagai ubat untuk batu karang, sembelit angin, kayap dan panas badan.

Orang India menggunakan akar bonglai sebagai ubat sakit perut, cirit birit dan disenteri. Orang Cina menggunakan biji bonglai sebagai ubat sakit perut dan hati, sakit kerongkong, bronkitis, batuk kokol dan untuk kudis. Kulit pokok bonglai boleh digunakan sebagai ubat hepatitis. 
 
Pak Man ambil dari http://adrydaud.blogspot.com/2009/10/bonglai.html (blog Dedaun Alam). 
Pucuk beko cicah budu, sedappp.
 
Kerabu buah beko pun sedappp.

Wednesday, June 18, 2014

Grand Reunion 5 Series TI Kuantan 8081

Mesej dari mereka untuk kawan-kawan semua.

Sahabat-sahabat yg DIHORMATI,

Kami dalam persediaan untuk menjayakan program Grand Reunion 5 Series TI Kuantan 8081, yang bakal berlangsung seperti berikut :-

Tarikh : 19/9/14 (Jumaat)
Masa : 6pm
Lokasi : KL Tower


Bayaran : RM150 (akaun Hazmal Hassan, Public Bank, 4707-2737-21)
: Sila maklum melalui sms/email/WA
: Sumbangan tambahan amat dialu-alukan


Penginapan : Khas kepada Jemputan luar KL
: Sila beri pengesahan jika memerlukan penginapan
Sila buat pembayaran sebelum 31/7/14

Yg Menurut Perintah,
Hazmal (019-988 3284)

# Bro Zamri, harap puas hati. Tenkiu kerana mengingatkan saya.

Friday, June 6, 2014